Friday, December 7, 2012

Kepimpinan dalam islam

Kepimpinan Dalam Islam













Orang kata, hendak memimpin itu perkara yang mudah. Pergi pilihanraya, kempen dan tunggu keputusan. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar ingin menjadi pemimpin seperti khalifah Umar bin Abdul Aziz?  Berapa ramai yang nak menjadi pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh?

Tanya diri. Adakah kita layak untuk memimpin?
Atau hanya sekadar bercakap tanpa sebarang tindakan? Umpama tin kosong yang berbunyi kuat tapi kosong semata-mata?

Sebenarnya tidak mudah untuk menjadi pemimpin. Ada beberapa perkara yang perlu di ambil berat sebelum menjadi pemimpin:

1) Pemimpin kepada diri sendiri. Kalau diri sendiri pon tak mampu nak pimpin, tak mampu nak jauhkan diri dari perkara-perkara lagha, tak boleh nak jaga amal, tak boleh nak jaga tangan dari buang sampah merata, sendiri ingat lah ye.

2) Pemimpin kepada kumpulan. Perlu pimpin orang terdekat. Perlu jaga keluarga. Jaga classmate. Jaga kawan-kawan. Itulah fungsi teguran antara kita.

Dan, menurut professor Dato' Dr. Adham Baba, dari UNIKL, ada 3 tips untuk menjadi a 'great leader' :

1) Manage yourself - Uruskan diri.
2) Manage your team - Uruskan kumpulan anda atau sahabat seperjuangan anda
3) Manage your network - Uruskan perhubungan anda dengan pelbagai pihak agar mudah untuk membuat perkongsian.

Tetapi, apa yang membezakan antara pemimpin kafir dan pemimpin islam? Sudah tentu kita mempunyai prinsip yang tersendiri dalam islam.



Pertama: Muslim (Islam), dan ‘akil baligh 

Firman Allah SWT:

          يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ

Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maaidah ayat 51dan52.(1)

Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan  (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam. 

Kedua: Adil 

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.
Firman Allah swt,

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Bermaksud, “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)

Ketiga: Berilmu.

Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al- Imam Al Ghazali berkata : "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Firman Allah swt :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Bermaksud, “Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)


Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Firman Allah swt.

لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya"tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)

Tetapi pemimpin juga mestilah menjaga "Tsiqoh" atau kepercayaan orang. Manusia hanya dapat mencapai tahap tsiqoh ini dengan menjaga dirinya dari percakapan yang tidak baik dan sentiasa menjaga perlakuan. 

Daku hanyalah insan biasa yang tiada kemampuan untuk memimpin. Tetapi aku akan cuba dengan sedaya upaya dengan seluruh kudratku ini untuk menjaga amanah Allah yang telah diberikan ini. 

Dan pemimpin tak semestinya memimpin negara, terdapat banyak jenis pemimpin seperti hadith rasulullah, Dari saidina Umar (ra) :

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم؛ أَنَّهُ قَالَ : أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ. وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. فَاْلأَمِيْرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُمْ. وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ، وَهِيَ مَسْئُوْلَةٌ عَنْهُمْ. وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ، وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُ. أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ. وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya (Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).

Konklusi? Kita semua adalah pemimpin.



1 comment:

  1. Assalam. ni masa konvensyen MPP kan. thanks for sharing;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...