Saturday, June 6, 2015

Summer Rant Part 1

Alhamdulillah, dengan berakhirnya paper exam terakhir untuk semester kedua, maka berakhirlah tahun pertama di sini sebagai seorang student medik dii Dublin. Tiada kata yang lebih sesuai diberi melainkan Alhamdulillah. Peperiksaan yang telah berlangsung selama 3 minggu yang merangkumi 4 written exams, 1 oral anatomy and 1 OSCE. Mohon tembakan doa supaya kami tak perlu pulang awal ke Dublin masa summer untuk re-sit for the exam. Cuak tu tak perlu cakaplah. Susah tu hanya Allah yang tahu betapa perit jerihnya hampir sebulan menjadi walking zombie yang hanya bangun untuk study dan hanya kembali ke katil pada lewat malam. Biasalah tu kan. Kalau tak susah belajar, macam mana nak jadi pandai kan? In sha Allah ilmu yang bakal dibawa pulang ke Malaysia agak banyak kerana syllabus RCSI yang quite compact untuk kami. 





Sebenarnya dah lama berniat nak update blog ni tapi disebabkan kesuntukan masa, terpaksa dibiarkan bersawang. Terlalu banyak pengalaman yang ingin dikongsi, tetapi kerana diri ini bukanlah penulis yang berbakat, maka maafkan saya andai bahasa agak rojak dan kengkadang baku. Well, almost a year jauh dari Malaysia, tipulah kalau diri ini mengatakan tiada apa yang dipelajari kat sini. 

Perkara yang paling menarik saya dapat alami di sini adalah pengalaman belajar memasak. To be honest, masa datang ke Dublin september yang lepas, jangan katakan masak ayam, nak tanak nasi pun tak reti. Nak buat macam mana, kat rumah 5 orang adik perempuan, dan mak pulak full time housewife (read: Domestic Engineer). So, cukuplah kan alasan untuk tak pernah masuk dapur kan? Haha. Tetapi yang unik apabila berada jauh dari family, suddenly rasa macam genes pandai masak dari mak tiba-tiba turned on. Hehe. Alhamdulillah, by the time sampai Malaysia, dah boleh lumba masak-masak dengan mak siapa masak lagi sedap kot.

Another thing yang saya belajar masa di sini adalah cara hidup berdikari. Hidup di asrama selama 7 tahun tak menjanjikan anda sudah betul-betul boleh berdikari. Kerana di sini, anda betul-betul kena bina your own circle of friends, house environment, study environment dan financial management anda sendiri. Dah tak ada mak, ayah, atau kawan yang akan bantu anda everytime anda jatuh atau malas study. Setiap orang kena cuba bina inisiatif sendiri untuk cuba belajar. Macam saya, saya akan letak phone alarm lagu MARA. Dan everytime nak bangun, akan always dengar dan get insipred. (Tipu je sebenarnya). So yeah, kena betul-betul get prepared before datang sini. 


Selain tu, I know every new students yang datang here in europe will be amazed with the temperature here. Looks cool enough kan. But hell no once dah sampai musim winter. Anda akan rindukan suasana di Malaysia sangat-sangat. At least bil letrik kat malaysia tak sampai ribu-ribu untuk bukak heater during winter (lol). Perubahan musim dimana kadangkala malam menjadi panjang ketika winter dan siang menjadi panjang ketika winter menjadi barrier untuk hidup secara normal. Contohnya, ketika winter, pukul 4 petang dah masuk maghrib. Maksudnya, zohor dan asar menjadi pendek dan menyusahkan mobility anda untuk pergi kemana-mana even ketika lecture pun anda kena curi masa untuk solat. Dan malam yang panjang membuatkan anda cepat mengantuk. Baru pukul 7 dah tidur which is after isya, So ujian jugaklah untuk winter exam. Kalau musim panas pulak, siang jadi panjang di mana maghrib anda pada pukul 9 petang, isya pukul 11 dan subuh pukul 3 pagi. Dan bayangkan anda sedang struggling for exam masa tu dimana tidur yang cukup sangat diperlukan, maka terjadilah kes insomnia, subuh gajah dan kelesuan tubuh kerana kekurangan tidur. Well, itu based on my own experience yang akhirnya ambil keputusan nak lari dari puasa waktu summer di Dublin dan balik ke Malaysia. Well, at least lepas teraweh boleh lepak mamak :p

Tuesday, December 30, 2014

Travelog to Cork, Ireland

      Alhamdulillah selepas 3 hari dan 4 malam berada di Cork, now it is time berhijrah ke Galway. Cork yang menjadi salah sebuah daripada 3 bandar utama yang terdapat di Ireland telah berjaya dijelajahi dalam masa yang singkat. Mungkin ianya agak pelik kerana kebanyakan dari pelajar yang belajar di Ireland akan pergi keluar dari Ireland untuk travelling around manakala me and some of my friends decided to only travel around ireland first before going somewhere else.

"Morning view from side of River Lee"

"Morning walk at Fitzgerald Park"

"Just one word about Cork: Subhanallah."

    We spent few days here with one of friends in Cork. Nabiha, pernah study in KMB. Cuma mungkin berlainan kelas di KMB membuatkan kami tak pernah bercakap pun semasa di KMB. I guess it's one of the benefit to travel around which is dapat mengenenali lagi ramai kawan-kawan seperjuangan di negara asing. Me and abang (best buddy since KMB, don't ask about why I call him abang, it is just his name is Abang. An awesome mate to travel around including Erina. Abang's classmate. Me and abang stayed in one of senior's house which most people panggil beliau dengan "freddy". A very lovely and peramah guy. Agak kagum dengan rumah di sini to be compared dengan Dublin. Dengan harga yang lebih murah, you ll be able to get a bigger house here in Cork. Service dan layanan abang freddy memang tak perlu cakaplah. Hari 1st dijamu dengan nasi lemak. Hari 2nd dijamu dengan spaghetti. Mana aku tak makin comel duduk sini. In sha Allah bakal suami mithali tu.

"Abang-abang hensem yang sangat awesome"


   So nak dipendekkan cerita, the first day we here in Cork, we went to the city centre or people around here call it as town. Since memang masa ni masih musim "Boxing Day", sale bersepah dan murah-murah. Memang agak menguji iman. Tetapi hasrat di hati cuma nak mencari benda yang tiada di Dublin. I guess the best place to shop here in Cork is their outdoor's equipments. From sweater, beanie, jacket, jersey, shoes and even bags. Cakap je nak brand apa. Regatta, North Face, Columbia, semua ada. Dengan harga yang sangat superb murah. Alang-alang dah kat city, we went to "Banna Thai" for lunch. The food is awesomely delicious. Memang akan rindu tanah tumpahnya darah Malaysia. Ayam masak lemak cili api dia sangat sedap. Fuh. After one whole day shopping, we went home. Balik je rumah tengok dah terhidang nasi lemak atas meja dapur. May Allah bless you senior :)

"Tak banyak pun shopping. 2 bag je. Eh"

"The quadrangle. The main campus of UCC"

"The building is so old. Just like hogwarts. Lol"

"The main gate and entrance of UCC"

  So for the 2nd day, we decided to go for a tour trip on the bus. Kami bayar 30 euro, dari pukul 8 pagi sampai 7 malam dia akan bawa jalan pusing "The Ring of Kerry". As this is my first trip, I never expected anything sebab it is just a small coach bus and ingatkan it is just a normal visit to somewhere like in normal places. But eventually my expectation goes beyond the limit. Sepanjang perjalanan tu, mulut tak berhenti ucap Subhanallah. Sangat mengkagumkan. Kalau trip ni kena bayar 100 euro pun I really willing to pay for it. Cuaca pun banyak membantu. Sangat cantik pemandangan diikuti suhu yang sejuk but still bearable. Ring of Kerry ni sebenarnya satu kawasan yang berdekatan Killarney National Park dimana ianya merupakan satu circle yang sangat besar dan terletak betul-betul bersebelahan Lautan Atlantik.  Seperti yang kita tahu, Ireland adalah sebuah pulau yang paling hujung bersebelahan UK dan kawasan yang kami pergi ini adalah yang paling hujung in Ireland. Agak hujung dan pedalaman kawasan di sini tapi itu yang membuatkan the tour sangat interesting. There is no one yang create all those scenes. Hanya The Creator yang menciptakan. All the scenes memang naturally terbentuk.

"Dalam terik matahari, air dingin sedingin ais"


"Segalanya natural. No human touch or anything"


"KMBians. Selamanya KMBians."


"Beza air terjun sini dan malaysia? Cuba terjun. Beku ke tak beku rasanya"


"Cuaca 3 degree celcius. Tapi pemandangan tetap Subhanallah"


"At 3 pm. Matahari dah nak melabuhkan tirai beliau"



"Seindah mana gambar yang ditangkap, indah lagi mata yang memandang"

"Kadangkala kita terlalu banyak mengambil gambar melalui lensa kamera. Tetapi terlalu sedikit yang diambil melalui mata dan masuk ke hati." #deep



    As the 3rd day goes, we decided to just jalan-jalan around town just nak lihat "sale-sale" yang menguji iman. Sebenarnya plan untuk hari tu nak pergi ke puncak bukit dan lihat the "last sunset" sebelum bertolak pulang. So, we hiked together around 3 pm macam tu dan lepak di satu taman yang memang dah siap ada beberapa bangku. Nampaklah this is the spot yang memang disediakan khas for those yang suka lihat sunset petang-petang. Sementara menunggu, kami sempat bergambar and disebabkan langit yang agak berawan petang tu, we can't really see the sky clearly.


"I can see the whole Cork from here"


Sayu hati nak tinggalkan bumi Cork. Dah jatuh cinta dengan bandar dan orangnya. Kalau pagi-pagi pergi morning walk, Irish especially akan keep saying "good morning" dengan senyuman yang sangat mesra. Mereka sangat peramah. Even to foreigners. Ya Allah. Berikanlah mereka hidayah. Akhlak islam memang sudah lama tertanam dalam diri mereka. Cuma cahaya keimanan je yang masih belum sampai.

"Im gonna miss you guys. Thanks biha for the memories :)"


 "So tepat pada pukul 7 malam, kami pun bertolak pulang."

"Eh, misi jelajah ireland kami masih belum tamat. "

"Jeng. Jeng. Jeng"

So nantikan sambungan travelog saya di post akan datang.

Galway.

Here I come ;)



P/s: Rasanya kat Cork graviti kurang sikit kot. Macam senang sikit nak melompat kat sini. Eh


Thursday, December 25, 2014

Celoteh Musim Sejuk

    Nampaknya sudah 4 bulan diri ini berada di bumi Shamrock. Rasanya baru semalam diri ini mendaftar di KMB. Rasanya baru semalam menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan untuk IB exam. Rasanya baru semalam diri ini melangkahkan kaki ke lapangan terbang untuk memulakan perjalanan hidup yang baru di negeri orang. Segalanya pantas berlalu. Pejam celik pejam. Dah habis 1 semester di sini rupanya.

"View from sundrive park ( 5 mins from house)"

   Perjalanan hidup diriku tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segalanya kelihatan kabur. Kerana apabila mataku mula menyedari dimanakah aku sebenarnya, aku sudah berada di sini. Setahu aku, aku masih lagi bermimpi di dalam tidurku untuk menjejakkan kaki ke negeri asing. Rupanya aku sudah berada di sini, sudah biasa dengan norma hidup di sini. Sudah mula menunjukkan rasa bosan terhadap 'environment' di sini. Bukannya aku tidak bersyukur, tetapi aku sendiri tidak faham perjalanan hidupku. Kalau dahulu, mimpi di dalam tidur hanyalah bermimpi untuk pergi ke negara orang, makan dan minum dari duit biasiswa yang lumayan, 'shopping' baju lawa-lawa, 'selfie' sepuas hati berlatar-belakangkan suasana yang subhanallah cantik di sini, kini segalanya telah tercapai.

Aku bertanya pada diriku ini.
Segalanya sudah tercapai.

"What's next?"

  Sudah terang lagi bersuluh, aku telah mengimpikan sesuatu yang bersifat short-sighted. Sesuatu yang materialistik. Sesuatu yang duniawi.

"Eh, aku rasa aku dah hilang matlamat kat sini"

  Matlamat di bumi asing ditemani oleh rakan-rakan semalaya yang kian pupus tidaklah sehebat ketika masih berada di bumi malaysia. Hari demi hari. Terasa makin malas. Makin rasa terpaksa untuk 'study'. Makin hilang arah. Rasanya inilah ujian hidup sebagai seorang pelajar di tempat orang.

"Sebab tu kerajaan hantar pakai duit mahal-mahal kat sini"

"Sebab nak kau tahan ujian kemudahan dan kesenangan" ujar aloy kepada arifuddin.

  Alhamdulillah. Segalanya dah tercapai di sini. Senang cerita bila aku flash back balik moments aku right now pada 2 or 3 years lepas ni, I would say "that was the happiest moment of my life"

"Kadang-kadang kita kena keluar, tadabbur alam"

  Tapi sebenarnya bila dah makin rasa mudah dan senang, kita kena tahu satu fitrah alam. Makin mudah hidup kita, makin besar ujian bakal mendatang. Nampaknya diri ini kena mula tanam matlamat baru. Kalau dahulu, orang akan cakap "jadilah doktor, doktor hidup senang". Allow me to deny to this statement handsomely. Rasanya matlamat diri ini memang nak jadi doktor. Walaupun salah satu sebab adalah nak avoid dari maths, tapi bila tengok lecture notes beriban banyaknya, rasanya boleh cakap balance lah kot susahnya.

   Hidup kat sini memang lonely. Tak tipu. Pernah je cakap dengan mak.

"Mak, nak kahwin awal boleh?"

Mak dengan selamba menjawab, "Boleh, ada calon?"

"Err, belum lagi"

"Dah ada calon pun, mak nak arif score first honor dulu untuk first year"

Akur.

   Memang ramai je kawan melayu kat sini. Tapi honestly, suasana sekeliling memang sangat sunyi. Tambahan memang budaya kat sini, malam memang takkan ada satu pun kedai yang buka kecuali bar dan pub. Tak macam malaysia ada kedai mamak, burger bakar, nasi kandar dan sebagainya (gulp). Nak kata bandar orang tua pun ada jugak. Tapi ada juga benefit bila duduk sorang ni. Masa nilah kita akan menilai diri kita sejauh mana diri kita kuat untuk bertindak tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mujur duduk rumah dekat dengan masjid. 3 min berjalan. Itu pun susah nak complete 5 kali sehari jemaah (facepalm). Maklumlah, sejuk menusuk ke tulang. Memang beku otak.

"A morning selfie to gain more confidence. Eh"


  Sekarang dah masuk winter. Hidup memang tak lekang dari duvet dan selimut. Hibernasi merupakan rutin harian. Ramai kawan-kawan memilih untuk travel keluar dari ireland demi mencari pengalaman. Tetapi nampaknya diri ini tak pergi kemana cuti ni dengan alasan sejuk sangat dan malas nak keluar rumah. (Agak menyesal sebenarnya). Tapi at least, pusing ireland dulu lah kot. Baru first year. Still there are lots more places to visit here. (Nak sedapkan hati)

"Cycling is my new hobby here (sebenarnya malas nak walk)"

  Nak dijadikan cerita, cuti kali ni cuba signed up to join PUISI (Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland). Alhamdulillah. A great turning point indeed. Ramai muslimah hebat-hebat. Ramai kawan-kawan baru dari seluruh ireland termasuk german dan france. A nice memory indeed. Kalau cerita banyak-banyak kat sini nanti meleleh air mata. So to wrap up i ll say it's a great turning point ever dan tahun depan in sha Allah pasti akan join lagi.

  Banyak ibrah hidup yang mula disedari bila berada di sini. Tak tipu. Kalau nak jadi down to the earth kat sini pun takde siapa yang boleh bantu unless diri sendiri. Kalau lapar macam mana kat sini pun takde orang akan masakkan unless sendiri yang masak. Alhamdulillah. Dari zero tak tahu masak apa-apa. Now dah boleh masak segala bagai lauk dan pauk. Just say it, i ll cook for you ;)

"Air nampak macam biasa. Tapi sejuk dia hanya tuhan yang tahu"


  Perjalanan dan misi masih jauh. Baru 1/10 dari apa yang diimpikan. Mohon doakan ketabahan dan kekuatan diri ini dalam misi untuk membina diri ke arah doktor dan seseorang yang bukan sahaja 'heals' physically, but mentally and spiritually too.

  In sha Allah aloy yang 4 atau 5 tahun akan datang akan jadi aloy yang ummah perlukan.



"From the peak of the hill. Glendalough"

Tuesday, June 10, 2014

Perdebatan isu gelatin babi. Dr Maza dan Ustaz Kazim

      Bismillahirrahmanirrahim. Kali ini kita ubah sedikit genre. Kita cuba lihat kepada perbincangan mengenai isu gelatin babi yang kian hangat di Malaysia. Berakarkan isu cadbury dan kini mengenai bihun yang tiada cop halal jakim, saya percaya bahawa isu gelatin babi ini lebih teras dan penting kerana apabila saya perhatikan terdapat sedikit perselisihan pendapat di antara dua ilmuwan islam tersohor di negara kita. Saya tidak berniat untuk memberikan apa-apa komen, tetapi ingin mengumpulkan rentetan-rentetan hujah yang diberikan oleh para agamawan tersebut supaya rakyat marhaen seperti saya lebih jelas mengenai hujah di antara mereka sekaligus mengelakkan berlakunya fitnah yang akhirnya menghancurkan umat islam sendiri.

Ustaz Kazim

Syeikh Yusuf Qardawi dan Dr Maza


Pada mulanya, saya ada terbaca artikel yang dikeluarkan oleh sebuah laman sesawang yang pada saya agak diragui sumbernya, tetapi setelah meminta bantuan beberapa sahabat untuk mencari artikel berkenaan Yusuf Qardawi menghalalkan penggunaan gelatin babi atas sebab 'istihalah' (salah satu cara untuk mengeluarkan hukum) di laman web rasmi beliau, maka benarlah, ada artikel tersebut.

Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain. Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut. “Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun. “Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan. “Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata. Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’. Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran. Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM. Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan. Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.

Sumber: (Suara TV, 2014)
Artikel dari laman web Syeikh Yusuf Al-qardawi: qaradawi.net

Tetapi, saya telah terbaca sanggahan oleh Ustaz Kazim mengenai penggunaan fatwa ini di Malaysia yang agak tidak kena pada uruf dan adat masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana fatwa yang telah dikeluarkan oleh syeikh yusuf ini adalah untuk masyarakat islam di Eropah yang lebih terdedah dengan makanan yang tidak pasti halalnya.


SHAH ALAM – Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias. Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak. "Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya. Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini. "Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging. "Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya. Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak. "Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Video ada di sini

Sumber: (Sinar Harian, 2014)

Secara ilmu dan hujahnya, ada benar dan logik akalnya. Beserta dalil yang diyakini beliau. Tetapi, agak mengejutkan apabila Dr Maza telah menyangkal dakwaan ustaz Kazim yang kelihatan seperti merendahkan kebolehan Syeikh Yusuf Al-Qardawi.



MENGULAS PENCERAMAH BEBAS YANG MERENDAHKAN DR YUSUF AL-QARADAWI Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram. Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi. Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas. Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini. Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya. Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah. Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat. Jika kita semak, pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani. Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi. Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan. Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan. Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkenaan membabitkan banyak produk yang wujud sekarang terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna

Sumber: Page Dr Maza

Setelah ditegur secara tidak langsung oleh Dr Maza, Ustaz Kazim telah memberikan respons yang juga agak emosional dari segi cara penulisan beliau.


Demikian adalah petikan dari facebook beliau. ” Saya sebut secara umum tentang masalah DNA Babi dlm satu ceramah di sebuah syarikat penerbitan. Tiada temubual diadakan tetapi petikan ucapan sy dijadikan sebuah tajuk bg sebuah berita maka jd hebohlah.. Ada pulak seorg Dr menjawab kata2 sy dgn hujahnya yg detail, elok dan bagus hujahannya.. maklumlah berhujah sorang2 dlm fbnya.. Sy tidak menolak atau menyanggah pdpat Dr Yusuf, siapalah saya utk itu ttp kata2 sanggahan itu ditulis oleh si wartawan bukan sy kata sy sanggah.. Itu pendapat Dr Yusuf, hak dia, dia ada ilmu. Cuma sy kata knp kita hanya melihat kpd pndapatnya sahaja n tidak melihat kpd pendapat ulama lain.. Bukankah ilmu fiqh ini luas dan knp kita tidak merujuk kpd Fatwa sedia ada dr kalangan ilmuan di negara kita? Sy sebutkan kesepakatan mazhab dlm pemakanan daging babi sy tak sebut dlm pggunaan organ atau bahagian lain babi yg menjadi khilafiah.. Yg Dr. sorang ni pulak main nak taram saya pasal pulak? Balik pd konteks yg dibncangkanlah iaitu dna babi bukan bahagian2 lain..Lain kali tanyalah dy dulu sblum nak ulas pjg lebar dlm fbnya.. Cubalah kembali semula kpd disiplin ilmu, hormat menghormati bukan mai tibai aje, siasat dulu antara tajuk akhbar online dgn isi ceramah yg begitu pendek. Jgn anggap kita aje bijak org lain kurang bijaknya, kita ada majlis fatwa maka adalah lebih afdhal utk merujuk ke majlis fatwa spy selesa n selesaikan masalah. Sy mengajar di masjid dan surau menggunakan kitab2 tulisan Dr Yusuf n sy kagum dgn keilmuannya yg bagus tp dlm isu dna babi sy berpendapat adalah lebih molek kita merujuk kpd yg berhak didalam negara kita krn sesuai dgn uruf masyarakat setempat.. Dia berhak dgn pendapat ilmunya dan kita jugak berhak memilih fiqh selagi mana bertepatan dgn nas syarak .. Tlg lah hormati pendapat ulama2 yg lain jgk berlapang dada n kalau boleh kalau nak menulis di fb ke tweeter ke apa ke adalah lebih molek berbincng dan dapati duduk perkara yg sebenarnya bukan main tulis sahaja.Sy hormati pendapat Dr Yusuf dan sy jgk menghormati pendapat ulama2 lain, maka sy jgk berhak utk memakai atau bersetuju utk pndapat2 tersebut. Ilmu Allah sgt luas dan jgnlah kita paksa org lain menerima pendapat kita.. Kalau dah rasa dna babi tu halal terpulang la, bg sy buat masa sekarang zaman belum darurat tiada sebab utk sy memakan apa2 perkara yg berunsur babi atau dna babi..Bab khilaf mazhab ttg perkara lain ttg babi mmg saya akui sy maksudkan dlm ceramah sy ialah pemakanan daging babi itu sendiri, harap maklum..Ok la tu panjang dah ni jgn nanti ada org yg ternak babi bukan utk dimakan cuma utk dibuat dna babi….fikir2 kan lah.”

Sumber: Networked blog

Dan akhirnya Dr Maza dalam respons beliau yang terakhir, beliau berkata:


KESIMPULAN ISU ISTIHALAH KHINZIR Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara Majma' al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil? Saya ingin rumuskan seperti berikut; 1. Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih. 2. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain. Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan 3. Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram termasuk dari khinzir tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan: Fatwa (34) Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods? A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin: First: compounds of artificial chemical origin. Second: compounds of vegetal origin Third: compounds of animal origin Fourth: compounds dissolved in Alcohol The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following: The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items. The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal. As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter. Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do. Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut; 1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar) 2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon) 3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland) 4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France) 5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan) 6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK) 7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK) 8. Sheikh Ounis Qurqah (France) 9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK) 10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia) 11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain) 12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania) 13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK) 14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar 15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Saudi Arabia) 16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia) 17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait) 18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France) 19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan) 20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar) 21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK) 22. Sheikh Tahir Mahdi (France) 23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway) 24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan) 25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany) 26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE) 27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany) 28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim) 29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia) 30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany) 31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia) 32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland) 4. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah. Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah. 5. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya. 6. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal. 7. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.

Sumber: Page Dr Maza


Kesimpulannya:

Tahniah kepada yang telah membaca sehingga habis. Tujuan saya membuat kompilasi hujah dari 2 orang ulama' hebat ini BUKAN untuk melaga-lagakan ulama' sama sekali. Saya amat menyegani akan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua ulama' ini. Cuma yang hendak saya tekankan di sini, saya hendak sampaikan kepada golongan marhaen seperti saya ini juga mengenai hujah-hujah yang disampaikan oleh kedua-dua ilmuwan ini. Terpulang kepada diri masing-masing untuk memegang mana-mana dalil yang anda lebih yakin.

Pesanan saya, kadangkala janganlah kita menghakimi seseorang itu melalui cara penghujahan beliau semata. Kerana ulama' juga adalah manusia. Mereka boleh jadi terikut dengan emosi apatah lagi jika melibatkan ilmu yang dimiliki. Sikap keterbukaan kadangkala menjadi sesuatu yang sukar dicapai apabila melibatkan diri dan personaliti seseorang itu.

"Lihatlah pada apa yang disampaikan, dan janganlah lihat kepada siapa yang menyampaikan semata"
Tambah ilmu di dada, mantapkan iman di hati, tajamkan akal di minda, jadilah pemuda yang qawiy. In sha Allah.


Sunday, June 8, 2014

Rant over holiday

    It has been a week, officially a week of holiday at home. Secara jujur, I feel bad. Bad for myself. Selalunya orang lain masa holiday akan pergi bercuti, hang out with friends, sitting at home having good moments with family and so on. Yeah, I can see from their twitter, instagram, facebook pictures. I know that lain orang, lain perspective, lain background, lain cara untuk define happiness, but the real problem yang sedang aku alami sekarang, adalah how to define happiness bagi diri aku.

   Dulu, masa dekat KMB, hari-hari dok pikir bila lah nak balik rumah, rindu masakan mak, rindu kawan-kawan dan sebagainya. Tak tipu, memang rasa menderita jugak lah bila orang lain tengah happy kat rumah, and Im here studying alone. Duduk KMB banyak masa dihabiskan dengan duduk sorang-sorang. Bukan apa, I have my own style of studying, so I prefer to isolate myself dari hiruk-pikuk masyarakat di KMB. Tapi bila kat rumah, How I missed all these. I miss all my friends. Dan rasa diri ini terlalu teruk kerana kurang mingle dengan kawan-kawan. The fact is, I do have lots of friends. Seriously banyak. Tapi, I don't know why, aku memang susah nak rapat dengan siapa-siapa. I don't tell people about my problems. Well, people can see how talkative I am dekat social network. But in reality, I am not. Im kinda geek yang duduk pandang screen phone when people are talking. I love to multitask. I can still hear the conversations, cuma I don't like to give any response. Why? Because my opinions are always different with others. Dan mungkin kerana ini juga aku dah hilang my critical thinking skills? Boleh jadi.

   Dan aku juga mungkin semakin kurang kawan rapat sebab aku tak join usrah macam kawan-kawan lain. Dan jika hendak dibuka kisah jemaah-jemaah di KMB ni, maybe satu post panjang later lah kot. Tapi sebagai wrap up, jemaah-jemaah di KMB ni buat aku kurang berminat nak join usrah. Hence, less friends I got. In my assumption, aku rasa budak-budak usrah ni mesti tengah active bergurau senda dalam whatsapp group mereka. Ikhwah lah katakan. Budak 'jahat' macam aku siapalah nak kawan. Hm. Dan disebabkan dah 7 tahun duduk asrama, my friends dekat my neighbourhood ni is very little. Sekadar 3-4 orang je yang ada dan most of them are budak UITM. So hari ni they are going back to their campus. Maka tinggallah aku keseorangan, menikmati holiday selama 3 bulan ini dengan penuh rasa kesunyian.

   Kadangkala orang menganggap hidup di rumah ini heaven. Tapi aku tidak bersetuju atas beberapa faktor. Dan sebab paling utama adalah kerana kesunyian yang tahap dewa. Being the eldest and hanya seorang teruna di dalam family dikelilingi bunga-bunga sebanyak 5 kuntum menjadikan aku seorang yang lebih suka berdiam diri instead of gossiping and talking with them. Dan sekali lagi aku menyalahkan asrama kerana menghasilkan gap yang agak luas between us. Dan biasalah, masa duduk asrama dulu, tak habis habis rindu rumah, tapi bila dah seminggu holiday, rasa nak cepat-cepat balik asrama balik.

   Bayangkan, bangun pagi, makan, movie, makan, movie, game, makan dan tidur. Rutin yang sama setiap hari sampaikan hari-hari adalah hari ahad. Nak keluar, lesen takde, poket kering. Nak jog and workout, mood and kasut takde. Nak hangout, kawan-kawan sekitar takde. Stress tak stress dok terperap kat dalam rumah 24 hours. The only thing yang mampu hiburkan aku adalah pergi kuliah between maghrib and isya'. At least rasa tenang dan damai. Tapi malangnya, majoriti jemaah kat surau hanyalah pakcik-pakcik yang dah pencen dan tak berapa kuat dah. Mana pergi kawan-kawan sebaya aku? Entahlah. Mungkin dorang kat Uni masing-masing kot. However, talking with these pakcik-pakcik pun is kinda cool. They know much better about life. And masing-masing sangat friendly. Sampai aku sendiri segan.

   Dan disebabkan inilah jugak, aku lebih prefer cara pemikiran ahli sufi dimana mereka sangat mementingkan pembangunan diri dan jiwa. Also called as suffism. I know ada banyak cara hidup in islam. Ada aliran sufi, usrah, tabligh, tarekat dan sebagainya. Setelah merasa all these, I guess aliran sufi lebih kena dengan diri ini. Sebab mungkin aku memang dilahirkan sebagai lone rangers and I inquire all these islamic knowledge by myself. Dan secara jujur, memang susah nak jaga iman sepanjang cuti. Memang sangat mencabar apabila tiada suasana dan juga rakan-rakan yang saling mengingatkan. Naik dan turun iman adalah perkara norma dalam hidup kita. Dan aku percaya, dengan pembangunan diri secara berseorangan dan individu dapat membina benteng diri yang lebih kuat. Dan might be useful bila pergi overseas nanti. I don't prefer to join these geng-geng ikhwah so much sebab im afraid bila dah tak ada kawan and environment, semua akan lupa. Ini penyakit yang selalu terjadi kepada pelajar lepasan sekolah agama. That is why I prefer to build the islamic view inside myself by joining every single kuliah yang ada tanpa meletakkan diskriminasi kepada mana-mana fikrah yang berbeza. Travel mencari kuliah-kuliah yang ada di surau dan masjid yang berdekatan lebih menyeronokkan dan memuaskan kerana bukan sahaja dapat belajar ilmu dari pelbagai pandangan, tapi dapat mengenali lebih ramai ustaz-ustaz dan sekaligus mengelakkan taksub pada tok guru. Bukankah imam-imam mazhab kita juga buat macam ni? Travel seluas alam untuk mengumpul ilmu-ilmu yang ada. Dan I have my own fikrah and I guess I don't wanna restrict myself by joining only certain jemaah or NGO only.

  Huh. Cakap pasal jemaah ni memang trigger my adrenaline. Takpe, yang tu akan dihuraikan kemudian. My point here is, holiday is good when it is filled with good and beneficial things. And it sucks when you are just laying on the bed for the whole day.

  And sebenarnya boleh kira dengan jari berapa word je yang aku cakap dalam sehari. Im so quiet when at home. And it makes my holiday become worse. Dan I dont feel weird when I say Im an introvert. Because, this is how I grow up.

Random picture
Taken during doing lab work


Enough for tonight. Let's sleep. Bahaya stay up lama-lama.

Nanti overthink susah. Good night peeps.

Kawan-kawan setia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...