Saturday, December 15, 2012

Apa tujuan hidup kita?

*Termenung seketika.



Setelah sekian lama, mencari apa yang tersimpan di lubuk hati. Sering juga aku bertanya pada diri, sudah cukup baikkah diri ini?

Hurm, melihat sahabat-sahabat ada yang sudah menyiapkan cerpen-cerpen mereka. Cemburukah aku? Ya, mungkin aku cemburu dengan anugerah yang Allah kurniakan pada mereka. Anugerah bakat dalam penulisan.

Sesungguhnya aku tidak mempunyai kelebihan itu. Apatah lagi ingin bercakap di khalayak ramai. Aku ini hanya nampak seperti gah di mata orang, tapi persoalannya, benarkah sebegitu? Benarkah tanggapan mereka semua itu kepadaku? Diri ini mula berpusing, bergelut dengan perasaan sendiri. Apa sebenarnya yang boleh aku sumbangkan untuk islam? Agamaku yang maha tinggi ini?

Melihat abang-abang usrah, yang bijak mengurus masa, mentarbiyah, belajar, dan juga menjadi insan ulul albab. Aku sangat cemburu. Mengapakah aku tidak sehebat mereka? Mengapakah aku kian pudar hari demi hari? Mengapakah aku kian rasa tidak tenang? Rasa ikhlas kian longgar dari diri. Allah. Ujian apakah ini?

Tetapi, terdengar satu suara. Jauh di lubuk hati.

     "Betulkan niat" 

Aku terkesima :O

Kemudian aku teringat, tertanya pada diri. Apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup? Apakah tujuan aku hidup? *Tet. Killer Question.

Memang orang cakap, tujuan kita hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Untuk mendapat syurga. Untuk menjadi khalifah Allah.

TETAPI, bagaimana?....

Mungkin ini agak retorik. Tak mengapa, teruskan bertanya pada diri. *Hati berbuih.

Menurut satu kajian, dari barat. "Most people only know how to live on earth. They know how to survive in the forest, even on the top of Everest, but only few know, WHY they live on earth".

Sebenarnya kita tak perlu ada "konflik identiti' kerana identiti kita sudah semestinya sebagai seorang muslim. Tapi dalam menjadi seorang muslim itu yang kita susah untuk mencapai misi kita.

Orang juga bertanya, bagaimana hendak 'survive' kalau takde biah solehah?
Jawapannya : Niat

Bagaimana nak hadapi segala rintangan dalam berdakwah? Segala caci maki?
Jawapannya : Niat

Andai kata pekat dan tekad niat kita, in sha Allah usaha kita akan berjalan seiringan. Tetapi pastikan, ianya betul-betul pekat.

Maaf, aku tidak pandai menggunakan ayat-ayat berbunga. Aku bukanlah seorang yang berbakat. Tetapi aku akan terus menanam. Terus membaja. Suatu hari nanti, aku akan perlukan ini semua. Aku akan menuai hasilnya. Bila? Wallahua'alam.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...