Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

How to make your facebook browsing faster?

     Hey guys,I just got an interesting article from him.Its about how to fasten your browser especially while using facebook.I dont know why facebook is becoming slower and slower.If we wanna assume the disasters happened in Japan caused it,I dont think so,as the facebook user among japanese are very little.But then here is the tips on how to make your facebook browser becomes faster.

  Im sorry,but if you dont know malay words,then it ll be your problem in understanding this.

*original copy*



ADA 6 STEP UNTUK TURORIAL NI. SILA IKUT SATU PERSATU OKEHH!!

 
STEP 1. mula mula buka My Computer

image

STEP 2. Copy    perkataan nie   

 C:\Windows\System32\drivers\etc\    

pastu pastekan dalam address bar di atas sekali tu dan tekan ENTER..seperti contoh di atas
lepas tu akan jadi macam ni

image

STEP 3. anda nampak kan file yang bernama “hosts” ?open file tu . Right click dan pilih open with Notepad

image

bila dah open. Akan keluar file macam ini

image

STEP 4, JANGAN EDIT ATAU KACAU code lain.sekarang anda cuma perlu  pastekan perkataan dibawah ini dibahagian paling bawah file tersebut
pastekan perkataan ini

203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

dan akan jadi seperti ini

image

STEP 5. lepas tu tekan SAVE .Pilih save as type –All Files dan gantikan file “hosts” tersebut

image

STEP 6 .dan siap. Browser anda akan menjadi laju sekarang. Kalau lambat jugak, memang ada masalah dengan berukben atau streamyx atau P1W1Max anda…

PERHATIAN : ada sesetengah pengguna yang menghadapi masalah TAK BOLEH SAVE file tersebut. Macammana untuk selesaikan masalah tu?senang ja. Ikut tutorial dibawah


Buka file “hosts” seperti di awal tutorial dan copy file tersebut ke Desktop.Edit seperti STEP 4 di awal turorial ini dan SAVE di DESKTOP .

image

kemudian Copy file “hosts” tersebut dan paste di bahagian awal tadi. DiC:\Windows\System32\drivers\etc\  (STEP 2).Gantikan file sedia ada dengan file yang telah anda edit .
 Dan siap untuk diguna
bye-bye!




Monday, December 20, 2010

Exposing a Galaxy within the Brain


Exposing a Galaxy within the Brain

A new imaging method developed at Stanford reveals the complex array of synapses in the cortex.

Shown here is the visual reconstruction of synapses in part of the mouse cortex that
responds to whisker stimulation. Neurons are depicted in green. Multicolored dots
represent separate synapses— about one billion of them per cubic millimeter of
tissue. Credit: Stephen Smith
The cortex of the human brain holds more than 100 trillion neural connections, or synapses, packed into a layer of tissue just 2 to 4 millimeters thick. Visualizing these densely packed units individually has proved extremely challenging. Synapses in the brain are crowded in so close together that they cannot be reliably resolved by even the best of traditional light microscopes, explains Stanford neuroscientist Stephen Smith in a press release from the university.
Smith and collaborators have developed a new technology that highlights all the synapses in the mouse cortex. "Now we can actually count them and, in the bargain, catalog each of them according to its type," he says.
The ability to study synapses en masse could help scientists understand Alzheimer's disease, autism and other neurological and developmental disorders. Many of these have been shown to be linked to dysfunction or degeneration of the synapses. 
Smith and collaborators first sliced thin pieces of brain tissue and then stained the slices with groups of three different antibodies. Each antibody was designed to bind to a specific type of protein found in different types of synapses and to glow a certain color, with 17 different antibodies in all.
Sections of neurons are shown in green. The protruding
bulbs are the parts of the neuron that receives a connection
from another cell, highlighted in blue, yellow and pink.
After each application huge numbers of extremely high-resolution photographs were automatically generated to record the locations of different fluorescing colors associated with antibodies to different synaptic proteins. The antibodies were then chemically rinsed away and the procedure was repeated with the next set of three antibodies, and so forth. Each individual synapse thus acquired its own protein-composition "signature," enabling the compilation of a very fine-grained catalog of the brain's varied synaptic types.
These individual pictures were then stitched together using specialized software also designed in Smith's lab, creating a three-dimensional image of the section of brain tissue. The research was published this week in the journal Neuron.
The researchers were able to "travel" through the resulting 3-D mosaic and observe different colors corresponding to different synaptic types. Observed in this manner, the brain's overall complexity is almost beyond belief, said Smith. "One synapse, by itself, is more like a microprocessor —with both memory-storage and information-processing elements — than a mere on/off switch. In fact, one synapse may contain on the order of 1,000 molecular-scale switches. A single human brain has more switches than all the computers and routers and Internet connections on Earth," he said.
His group is now focused on using array tomography to tease out more such distinctions, which should accelerate neuroscientists' progress in, for example, identifying how many of which subtypes are gained or lost during the learning process, after an experience such as traumatic pain, or in neurodegenerative disorders such as Alzheimer's. With support from theNational Institutes of Health, Smith's lab is using array tomography to examine tissue samples from Alzheimer's brains obtained from Stanford and theUniversity of Pennsylvania.
"I anticipate that within a few years, array tomography will have become an important mainline clinical pathology technique, and a drug-research tool," Smith said. He and Micheva are founding a company that is now gathering investor funding for further work along these lines.


Saturday, December 18, 2010

(LAW OF ATTRACTION)

HUSNUZON DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM TARIKAN 
(LAW OF ATTRACTION)



Hukum tarikan (Law of Attraction) merupakan satu hukum alam dari sudut Fizik Kuantum. Kita umumnya pernah mempelajari tentang hukum graviti (Law Of Gravity) yang merupakan salah satu dari hukum alam yang diperakui dari segi sains dan diterima oleh Islam sebagai salah satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, Pencipta alam semesta. 


Dalam hukum graviti, apa juga akan tertarik ke bumi oleh tarikan graviti. Tidak kira siapa anda, bangsa atau agama, baik atau jahat, sekiranya anda terjun dari tingkat sepuluh menara KLCC, anda sudah pasti akan jatuh ke bumi. Ini adalah kerana hukum graviti sentiasa berlaku dan tidak pernah gagal menjalankan sistemnya yang telah ditetapkan oleh Allah, kecuali di dalam beberapa kes tertentu atas kehendak Allah, hukum graviti tidak berlaku seperti dalam peristiwa Isra' dan mi'raj Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan bahawa ada sebuah batu yang ingin mengikut Nabi ke langit, tetapi tidak diizinkan Allah.




Maka batu yang baru naik beberapa meter ke udara itu terhenti dan terapung-apung di udara, tidak jatuh ke bumi semula. Mengikut logik sains, batu itu seharusnya sudah jatuh ke bumi kerana wujudnya tarikan graviti. Namun Allah menghendaki supaya batu itu tergantung di tempatnya sehinggalah tiba pada batas waktu yang ditetapkan Allah.

Manakala dalam hukum tarikan pula, prinsipnya ialah suatu cetusan fikiran akan menarik cetusan fikiran lain yang sama dengannya. Dalam erti kata lain, ianya boleh difahami dengan tiga perkataan iaitu: "Fikiran Menjadi Kenyataan (Thoughts Become Things)".

Para pengkaji Hukum Tarikan telah menyenaraikan banyak terjemahan pada prinsip ini, seperti:

"You Are What You Think You Are"

(Anda adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda)

"If You can See It In Your Mind, You Can Hold It In Your Hand"

(Jika anda boleh melihatnya di dalam fikiran anda, anda boleh memegangnya di tangan anda)




Umumnya, setiap hari manusia pasti akan berfikir, sama ada tentang masa lalu, masa kini, masa depan, tentang urusan-urusan harian dan sebagainya. Terdapat pelbagai cetusan fikiran setiap hari, yang dicetuskan oleh minda kita daripada pelbagai arah dan tentang pelbagai perkara. Dari segi sains, otak normal seseorang manusia mampu mencetuskan kira-kira 60,000 cetusan fikiran sehari. Menurut kajian Fizik Kuantum, setiap cetusan fikiran mempunyai gelombang (frekuensi). Otak manusia mengeluarkan frekuensi setiap kali manusia itu berfikir dan frekuensi ini mempunyai signal magnetik yang sangat kuat.


Anda tidak dapat melihat frekuensi dari gelombang otak tetapi anda boleh mengambil contoh dari frekuensi telefon bimbit anda, atau frekuensi radio, yang mana frekuensinya juga tidak dapat dilihat oleh kita, tetapi kita amat menikmati faedah dari gelombang-gelombang radio dan telefon bimbit kita setiap hari.


Bagaimanakah frekuensi telefon bimbit anda berfungsi? Ramai juga yang tidak tahu tentangnya tetapi amat bergantung pada penggunaannya. Apa yang perlu kita tahu, jika kita mendail nombor telefon rakan kita, satu frekuensi akan dihantar ke satelit dan satelit akan mengenalpasti nombor penerima lalu menghantar isyarat ke telefon rakan kita. Kemudian selang beberapa saat, anda sudah dapat berbual dengan rakan anda walau pun jaraknya beratus batu dari anda.


Kesimpulannya, setiap frekuensi mempunyai isyarat untuk dihantar dan mampu diterima oleh sistem penerimaan yang tepat.


Persoalannya pula, ke manakah frekuensi yang dihantar oleh otak kita dan jenis frekuensi apakah yang kita hantarkan? Sebelum membincangkan hal ini dengan lebih mendalam, kita perlu memahami tentang kewujudan alam semesta ini.


Kita semua memahami bahawa alam semesta ini terdiri daripada tenaga yang dikenali dengan nama atom. Di alam semesta ini terdapat galaksi-galaksi, dan salah satunya adalah galaksi Bima Sakti, di mana terdapat sistem suria kita. Di dalam sistem suria kita pula terdapat sembilan planet, masing-masing dengan sistem orbit yang tersendiri, dan salah sebuah planet tersebut adalah planet kita, iaitu bumi.


Maka di bumi inilah manusia ditempatkan, di mana manusia pula terdiri daripada tubuh badan fizikal yang mempunyai sistem organ tubuh yang terdiri dari sel-sel badan, dan sel-sel badan ini pula terdiri dari atom. Manakala atom pula merupakan tenaga yang bergetar. Hakikatnya, seluruh alam semesta ini adalah berasaskan atom atau tenaga. 



Oleh itu, sedar atau tidak, kita semua adalah berhubungan antara satu sama lain dalam bentuk tenaga. Kita bukanlah hanya terdiri dari daging, darah dan nyawa, tetapi lebih dari itu. Manusia adalah penciptaan Allah yang sangat hebat. Firman Allah: 


Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. (Surah At-Tiin, Ayat 4)



Dengan itu, fahamlah kita sekarang bahawa di seluruh alam semesta ini terdapat banyak tenaga. 



Berbalik kepada persoalan kita tadi, frekuensi yang dikeluarkan oleh otak manusia akan terpancar ke seluruh alam semesta dan akan menarik tenaga yang ada di persekitaran, lalu dipantulkan semula kepada kita, sebagai penghantar isyarat frekuensi tadi. Jenis tenaga yang ditarik adalah bergantung kepada jenis frekuensi yang dihantar.



Menurut kajian sains, hanya terdapat dua jenis frekuensi (gelombang) yang dikeluarkan oleh otak iaitu:

1. Frekuensi Positif

2. Frekuensi Negatif

Sebagai contoh:

a. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuat kita merasa senang hati, selesa dan gembira, maka ini bermaksud otak kita sedang menghantarkan frekuensi positif.

b. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuat kita merasa risau, sedih, marah, takut, khuatir atau was-was, maka bermakna otak kita sedang menghantarkan frekuensi negatif.

Apa yang berlaku seterusnya ialah, frekuensi ini, yang mempunyai signal magnetik yang kuat, akan mencari tenaga-tenaga yang ada di alam semesta yang mempunyai frekuensi yang sama, iaitu samada tenaga positif atau tenaga negatif, kemudian tenaga ini akan ditarik dan dipantulkan semula kepada orang yang berfikir tadi. 


Al Quran telah menyebut tentang kewujudan tenaga-tenaga yang disediakan Allah untuk ditarik oleh kita. Di antara ayat yang boleh kita jadikan rujukan ialah:


Dan di langit pula, terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. (Surah Adz Dzariyaat, Ayat 22)



Kesimpulannya, lebih banyak tenaga positif di sekitar kita, maka lebih positif pula kehidupan kita dan begitulah sebaliknya. Sebagai contoh;



1. Lebih banyak kita merungut tentang sesuatu, maka akan lebih banyak perkara lain yang datang kepada kita untuk kita rungutkan.


2. Lebih banyak kita bersyukur, memberi dan menghargai (positif), lebih banyak pula kita akan menerima rezeki, penghargaan dan nikmat. 



Sekarang kita telah memahami konsep hukum tarikan itu sendiri dan bagaimana tenaga itu dimanifestasikan semula kepada kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering tidak sedar apakah fikiran kita telah mengeluarkan frekuensi negatif atau pun positif.



Demikianlah hukum tarikan bekerja, sebagaimana firman Allah dalam hadis Qudsi seperti yang telah disebutkan awal-awal tadi, iaitu:


Naa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a (Rowahu Thobarani wal hakam)


Ertinya:

"Aku akan bersama sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah ia bersangka dengan apa yang ia inginkan". 



Maka jika kita bersangka baik atau positif, Allah akan mengikut sangkaan baik kita. Ini adalah kerana yang positif itu adalah sangkaan positif Allah pada kita. Sama juga jika kita berfikiran negatif, maka yang negatif itulah yang akan datang kepada kita.

Hukum tarikan ini adalah mencerminkan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang lagi Maha Memakbulkan permintaan dan doa hamba-hambaNya. Allah telah menciptakan otak manusia sebagai alat untuk mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik, yang memancarkan frekuensi itu kepada alam semesta, sebelum dipantulkan semula kepada kita.

Dalam membicarakan soal keinginan kita, adalah penting untuk kita memahami apakah yang benar benar kita inginkan. Kita perlu memahami, seperti yang telah kita bincangkan dalam bab hukum tarikan, bahawa tenaga dari alam semesta akan tertarik oleh kita, sama ada kita sedari atau tidak, melalui cetusan fikiran dari minda yang mendominasi pemikiran kita, iaitu segala apa yang kita berikan tumpuan, tenaga dan juga perhatian yang mendalam, tidak kira negatif atau positif.

Permasalahan yang akan menyukarkan kita dalam mengaplikasikan konsep husnuzon(bersangka baik) adalah:
  • Kita suka memikirkan perkara yang kita tidak mahu
  • Kita selalu memperkatakan tentang perkara-perkara yang kita benci berulangkali
  • Kita terlalu memberi tumpuan, tenaga dan fokus kepada permasalahan hidup yang ingin dihindari
  • Kita berulangkali merungut tentang sesuatu yang tidak disenangi


Apabila kita memberi fokus, tumpuan dan tenaga kepada hal-hal yang kita tidak suka, tenaga-tenaga dalam bentuk hal-hal yang ingin kita hindari akan lebih banyak ditarik kepada diri kita dan mengakibatkan hal-hal yang tidak kita inginkan ini masih berlaku berulangkali, melanda kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah memberikan fokus, tumpuan dan perhatian yang maksima, kepada perkara-perkara yang kita inginkan, berlaku dalam hidup kita, seperti:

  • Banyakkan berbincang atau memperkatakan perkara yang kita sukai dan sayangi.
  • Berikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan cara mengatasinya.
  • Memahami dan mempercayai bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
  • Berhenti daripada mengeluh tentang nasib buruk dan apa jua yang selalu kita rungutkan.
  • Sentiasa berterima kasih, menghargai dan bersyukur.

Untuk mengenal pasti keinginan anda, cuba ikuti langkah-langkah berikut:

PERKARA YANG TIDAK DISUKAI

KEINGINAN ANDA
1. Hutang dan masalah kewanganKekayaan harta dan wang ringgit
2. Masalah kesihatanTubuh badan yang sihat, zahir dan batin
3. Masalah percintaanPasangan yang ideal dan kasih sayang yang cukup.
4. Masalah sikap: malasRajin dan bersemangat
5. PelupaTajam minda, cerdas dan produktif
6. Selalu lewatSentiasa awal dan berdisiplin
7. Kehidupan yang rumitDipermudahkan urusan dunia dan akhirat
8. Tidak suka keadaan tubuh fizikalTubuh fizikal yang menarik


Anda juga boleh membuat senarai sendiri, mengikut kesesuaian situasi atau keperluan diri anda. Setelah kita mengenalpasti segala apa yang ingin kita hindari dari hidup kita, maka kita dapat pula mengenalpasti akan apakah sebenarnya yang kita inginkan berlaku atau miliki dalam hidup kita seperti yang dinyatakn dalam contoh di atas.

Langkah seterusnya selepas anda mengenalpasti keinginan anda, ialah cuba berhenti dari sering memperkatakan dan merungut tentang hal-hal yang anda tidak sukai tadi.

Berikan fokus dan tumpuan anda kepada hanya perkara-perkara yang anda inginkan kerana kita telah memahami bahawa dalam bab hukum tarikan, anda akan menarik tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang dicetuskan oleh minda anda. Cuba jadikan perkara-perkara yang anda sukai dan inginkan, sebagai cetusan minda yang dominan dalam diri anda.

Monday, December 6, 2010

Contoh Azan Tarannum Hijjaz

Assalamualaikum,ok guys,this is an example of Azan yg bertarannumkan hijjaz.Bak kata my ustaz.So,I hope U guys could enjoy it.



Tatatititutu~

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn) 

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn) 

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Friday, November 26, 2010

Language of the world.

   Salam.Okay good morning everyone.Bosan betul kan pagi2 ni.Okay,so for today,untuk mengurangkan rasa bosan yang dah bergunung lagi tinggi dari Gunung kat Nepal tu.Apa dia eh?Oh,ah,Everest.I just wanna share with you guys about how to conquer a language.Memanglah aku bukanlah hebat sangat nak cakap sampai sembilan bahasa.Tapi,this is the concept.If u got the concept right,yes,you can get all the language in the world.

1. Chinese (1.1 billion) 
2. Hindi (360 million) 
3. Spanish (340 million) 
4. English (322 million) 
5. Arabic (206 million) 
6. Bengali (180 million) 
7. Portuguese (180 million) 
8. Russian (167 million) 
9. Japanese (127 million) 
10. German (95 million) 


     See?The most spoken language is Mandarin.If Im not mistaken,Chinese ada 4 bunyi slang yang membezakan,dimana kalau tersalah sebut,maksudnya akan berlainan.Contohnya Ma~ .Ok.Kat dalam ni tak boleh nak sebut.Kalau nak tau lebih lanjut tanyalah kawan2 cina korang tu.Ada yang bawa maksud "emak","air",then bla bla bla.Agak susah.And it is the most complicated language in the world.Tapi korang pernah tak dengar pasal native african languages?It is called as "click Language".Dengan hanya guna / ! # // ,4 simbol ni sahaja dah boleh buat satu language.Gempak tak gempak?Tak percaya?saksikan sendiri~ 




    Hah,yang ni lagi.Subhanallah.Pelik kan?tapi benar.

    Ok.Back to the story.There are three levels of language.

    1. Reading
    2. Writing
    3. Speaking
    But sometimes,It could be differ for another person.So,Moral of the story,Try ur best to be fluent in all language.Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum,maka dia akan terselamat daripada fitnah tersebut".

    Sebab kalau korang fikir2 balik,if there is chinese,or maybe indian,then korang dengar dia bercakap.Especially India yang memang hebat dengan 'tongue twister" dia tu.(Jangan libatkan dgn hindraf).Ok.tak paham takpe.At least korang boleh defend diri korang kan?Lu pikir lah sendiri-bak kata pakcik berambut kerinting tu.

    So,sampai sini dulu kot.Yang tak mandi tu pergilah mandi dulu ye!

    Argh!Adik aku ni dah kecoh suruh pergi kedai beli nugget dia!

    Thursday, November 25, 2010

    Cinta dalam Islam

     Salam.Selamat petang,Salam satu negro.Actually,aku baru jumpa satu video yang agak menyentuh hati dan dapat dijadikan pedoman bagi orang bujang macam aku lah kan.Cubalah tengok dulu.
      
      

    Sebenarnya aku agak respect orang yang buat video ni.Dia cuba mengenengahkan konsep bercinta selepas kahwin.Seperti mana yang kita selalu baca dalam novel,yang agak Islamic,contoh  "Rona Cinta Damascus" .Sebuah novel mengisahkan kisah cinta dua orang pelajar di Damascus,Syria.Bayangkan,watak2 dalam novel ni agak menjaga lah batasan dorang.Yang paling menarik bila ada babak dimana yang heroin yang si heroin rajin melakukan solat Istikharah.Harap2 jangan ade yang tak tahu pulak ape tu Solat Istikharah.OK.Sambung.Then,satu hari,si Heroin ni jalan2 then terdengar sorang kawan dia sebut seorang nama ustaz ni.(Kat sana,semua student dah dipanggil ustaz-ustazah),nama dia Ustaz  Safwan.Bila dia dengar je nama tu,terus bergetar naluri kewanitaan dia.Bak kata penulis,tu adalah salah satu petanda jodoh.Padahal tak pernah tengok muka pun.Agak pelik kan dengar?Tapi tiada yang mustahil.


    Sebenarnya aku bukan nak cakap sangat pasal cinta2 ni.Tapi dah aku rasa aku pun ada masalah ni.Tapi tak seteruk yang difikirkan.Naluri lelaki.Ah!Menipulah aku cakap ada lelaki yang sebaya aku tak ada rasa "eueww" "eueww" tu kat perempuan.Its normal.Yang tak normal kalau kat lelaki.Ok.Fine.Satu lagi,Dont ever deny the fact that men are loyal.Sebabkan,kalau korang perasan kan,lelaki ni memang suka menggatal.Pandang sana sini,Hai sana sini,belanja sana belanja sini,So?Korang tak nampak ke betapa pemurahnya lelaki ni?Oh,WTh...kesian kat lelaki.


    Oh,anyway,nanti kalau korang rasa sangat nak bercinta ni,cuba convert cinta tu jadi semangat nak belajar yang berkobar2.Tak kira,yang penting tahun depan nak SPM.So,focus on your study gedik!Jangan fikir nak geli2 nih.Kau dapat result bagus,sambung oversea,amik PhD,Kerja bagus2,duit banyak,then kau tengoklah kaunter calon isteri yang comel2 tu ade tengah tunggu pinangan kau.OK.Nak pergi tusyen.Ada awek cun.HAHA.

    Isk,pergi tusyen naik moto jer.takpelah,boleh merempit.HAHA.

    The most top degrees with highest salary.

    This is the most top degrees with highest salary in this world.Since you guys are going to choose the most desirable degrees with high income in the future,this is the list.





    #1 - Health Care Degree


    Graduates with recession-proof degrees in health care will find the most success in 2010, according to Challenger. In fact, more than one in four (26.3 percent) HR professionals picked health care as the best bet for job security. Nurses are receiving the most job offers in this category.
    Desirable Degrees: 
    Nursing
    Physical Therapy
    Pharmacy
    Medical Technician
     
    Average Starting Salaries:
    Nursing: $47,217
    Health & Related Sciences: $30,522


    #2 - Business Administration Degree



    It's no coincidence that business is booming for graduates with a business degree...it's the most popular bachelor's degree in the country.
    Graduating with a degree in business administration puts job seekers in the second strongest position overall, just behind health care, according to the Challenger survey. 
    Desirable Degrees:
    Business
    Business Administration
    Business Administrative Support
    Average Starting Salary:
    Business Administration: $45,200


    #3 - Computer Science Degree



    Computers are an indispensable part of the economy, and so are graduates who studycomputer science, which ranks as the third most valuable degree in today's job market.
    Desirable Degrees:
    Computer Science
    Technology Support
    Information Technology and Systems
    Average Starting Salaries:
    Computer Science: $61,205
    Information Sciences & Systems: $54,038


    #4 - Accounting/Finance Degree



    Finance and accounting graduates can expect their fortunes to improve as the economy improves. "Historically, hiring on Wall Street has recovered before the rest of the economy," Richard Lipstein, managing director at Boyden Global Executive Search, told the Philadelphia Inquirer.
    Desirable Degrees: 
    Accounting
    Finance
    Average Starting Salaries:
    Economics: $52,909
    Finance: $49,607
    Accounting: $47,982


    #5 - Engineering Degree



    It might surprise you to learn that engineering degrees are ranked fifth in terms of employment - and not first - but don't start feeling sorry for engineers just yet. According to a survey by the National Association of Colleges and Employers, eight of the top 10 best-paid majors are in engineering.
    Desirable Degrees:
    Biomedical Engineering
    Civil Engineering
    Electrical Engineering
    Mechanical Engineering
    Network Engineering and Administration
    Programming and Software Engineering
    Average Starting Salaries:
    Petroleum Engineering: $86,220
    Computer Engineering: $60,879
    Mechanical Engineering: $58,392


    #6 - Marketing Degree



    Demand remains strong for marketing graduates in the business world, though a more generalbusiness administration degree, ranked number two overall, gets the edge in today's tight job market because of its broader application.
    Desirable Degree:
    Marketing
    Average Starting Salary:
    Marketing: $42,499




    All salary information from the National Association of Colleges and Employers' Winter 2010 Salary Survey, which looked at starting salary offers for new Class of 2010 college graduates.

    Punca : http://education.yahoo.net/articles/six_in_demand_degrees.htm?kid=12X5N

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...