Tuesday, December 25, 2012

First experience in Kolej Mara Banting

   Salam and greetings. I know I need to write this as once during my time, I didnt get any chance to know the real description about "What Is IB?" or "What is KMB??" when I tried to google it before we enter here. Because there is less experience sharing by our seniors. Yeah, they are busy. Really busy. Talking from my experience after 1 sem here.

  So, this is just an experience to be shared with my juniors that will have to decide to choose their institution before they apply for the MARA scholarship. Basically Kolej Mara Banting will become the top on the list. I don't know why, but the MARA director told me that KMB is the flagship for MARA. KMB is the most well known preparation institution in the world but less recognized by the malaysian themselves. Im not trying to talk big about KMB, but yeah, if you wanna go abroad, especially european countries, you need to pass the IB exam.

   Basically KMB take IB as our preparation program. There are lots of other preparation programs before you fly overseas such as A-level, ADFP (American Degree Foundation Programme), AusMat (Australia Matriculation) and many more. But A-level and IB is more general. Not bounded to any country yet.

Haaa, "What is IB actually?"

It stands for "International Baccalaureate"

A 2 years programme. 4 Semesters. There are few IB school in Malaysia such as Kolej Mara Banting, Kolej Mara Seremban, Kolej Mara Kuala Nerang and MCKK and some other private schools. KMB take IB as their whole programme while KMS is hybrid. KMS has some A-level students and some IB students. And KMKN also has some IB students mingling with A-level and matriculation students.

   IB is a world school. I mean, the system that IB uses is always the same throughout the world. You will understand this further in my explaination below.

In every nation in the world, they will have at least 1 IB School in their country. Either Canada, UK, USA, or even in Saudi Arabia, they have this programme. So, every assignments that we got, every syllabus and homework that we learnt, everything will be the same throughout the world. Nice is it?

  As far as I know, KMB has become the BEST IB World School in the world. Alhamdulillah .

The main purpose or objective for this programme is to create a balanced student. Not a book worm student. So, as what you already read, this programme will push and squeeze you to become a balanced student. Thats why we have some special activities that is compulsory to be done. Now, I will show to you how is the lifestyle of An IB student.


  • We start class at 8 a.m. and finish at 2 p.m.
  • The classes will be 5 days in a week. Means that no classes on weekend
  • Once in a fortnight, you will go outside for CAS activity. Usually its more to community services in society like going to primary schools, PDK, or any old folks home. 
  • The CAS activity will be organized by the teacher, but you still have to organize one at least at your own. 
  • 180 credit hours of CAS to be passed throughout 2 year programmes. 
  • Outing only on WEEKENDS
  • There are few courses offered here such as Medicine, Engineering, Biotech, Finance and Applied Sciences.
  • We don't use CGPA or pointer like other colleges do. We use 45 points system. 7 for 85 and above. And so on. 
  • We have 6 compulsory subjects
  • For Medic students : Malay, English, Mathematics, Biology, Chemistry and 1 elective subject either ITGS, Economics or Bussiness
  • For Engineering Students : Malay, English, Mathematics, Physics, Chemistry and 1 elective subject either ITGS, Economics or Bussiness
  If there is any update, I will add up later.

So, here comes to my commentary essay on how KMB life is =)

  I think this will be easy to be expressed in our lovely malay language. 

Lepas je dapat result MARA, aku ditawarkan ke Kolej Mara Banting. Mungkin aku tak setakut yang lain sebab kat sini belambak je senior aku. Dan memang cita-cita aku nak kesini. How weird is it? Tapi, aku dah dapat 'exposure' tentang KMB ni sendiri. Dan masa dah nak dekat SPM, stereotype dan pandangan kawan-kawan aku yang lain tentang IB, dorang sendiri cakap ini program yang paling susah. 

Tak tipu. Senior aku pun cakap macam tu. 

Jadi, aku jadi lagi semangat. Haha. 

Once, masuk je pintu pagar KMB, aku jadi pelik. Ini sekolah ke kolej? Takkan nak masuk sekolah balik kot. 

Ini di tengah-tengah kelapa sawit dan kampung.

  First aku masuk, aku redha je. Sebab ini dah memang cita-cita aku. Jadi, di saat orang lain sedang sibuk kemas2 barang, aku jalan-jalan dulu. Dan siap melekat dengan my ex-schoolmate. Alasan, nak duduk sebilik. 1 bilik 2 orang. Alhamdulillah dapat duduk sebilik ^_^ Bukan As-sobiyah ye, tapi ehem sayang kawan. hehe. 

  Masa 1st week orientation, sangat-sangat hectic. Yelah, 7 bulan dah tak belajar apa2. Otak dah berkarat. Dan biasalah, bila cuti, siang jadi malam, malam jadi siang. Haha. Sebagai seorang pelajar lepasan SPM, jangan jadi macam saya. Amat tidak cool okay. Dan oh ye, pengalaman yang tak boleh lupa. Malam pertama, sebelum tidur ada roll call. Ada senior suruh berkumpul kat padang. Lepas kena sound lambat dan sebagainya, tiba-tiba.
     
     "Arifuddin mana Arifuddin?"
           Semua berpandangan. Tak kenal siapa-siapa lagi. Aku dah mula cuak. Apahal abang ni tiba-tiba panggil nama aku ni.

           "Aku panggil lagi sekali, Arifuddin mana Arifuddin Adam?"

    Ahhh sudah. Habislah aku. Maka aku pun angkat tangan.
   
           " Hah kau, kenapa lambat mengaku?" Aku hanya pandang kaki dia.

           "Perkenalkan diri" arahan senior. Aku pun perkenalkan diri.

Tiba - tiba,       "Kau KISAS kan?" *Angguk sikit2.

           "Aku nak kau bagi tazkirah, boleh?"
    *Berderau darah aku wehh. Mau nak pitam tetiba.

Maka, dengan tazkirah yang biasa aku dendangkan. Pasal niat.

Sejak tu, mulalah ada geng yang sibuk2 perli "hai ustaz" kat aku. Pergh, saat tu memang tak tipu sakit. Tapi aku hanya mampu bersabar dan aku ceritakan apa yang aku alami kat senior aku.

    "Now, you still can't see the real ukhuwwah in KMB. Just be patient and you will get the sweetness soon"

Alhamdulillah, now aku dah rasa. Tak tipu sweet tahap kencing manis.

Then bila dah habis orientasi, maka bermulalah kelas seperti biasa. Mula-mula agak kekok. Ramai orang hebat-hebat. Bukan calang2 student yang masuk sini. Semua stock straight A dan ada yang A+ berterabur lagi atas slip. Memang aku akui agak tercabar kat sini. Dan kat sini pakai sistem kelas dan bukan lecture hall macam kolej atau universiti lain. Kat sini tak pakai istilah "Lecturer" macam kolej lain. Sini kami panggil murabbi kami dengan panggilan "cikgu" kerana lebih rapat dan mesra. Walaupun masing2 dah berpangkat pensyarah, tapi dorang still be humble and stay low profile. Super salute kepada cikgu-cikgu kat sini.

  Then, bermulalah minggu-minggu yang sibuk di KMB. Kat sini ada dobi. 2 kali seminggu. Boleh hantar satu bakul yang disediakan untuk setiap student. Sangat besar dan memang tak perlu cuci tangan atau jemur. Semua siap dikeringkan. Selain itu, ada jugak makanan 5 kali sehari disediakan kat dewan selera. Memang tak perlu risau pasal makanan. Tapi in case kalau lapar, ada KMB food court atau lebih mesra dengan panggilan K.F.C. Then kat sini ada surau dan akan ada ceramah once in 1 week. Pada hari khamis selalunya akan ada ustaz jemputan dari luar untuk memberi makanan rohani kepada student. 

   Dari segi facilities sukan, memang cukup. Ada gimnasium, 2 court bola tampar, 2 court futsal, 3 court tenis,  1 padang besar, 2 court takraw, 3 court badminton dan trek jogging keliling KMB. Alhamdulillah cukup segala. Dan mengenai elaun, selalunya MARA scholar akan dapat RM 100 sebulan. Ye, mungkin sikit untuk foundation, tapi kat overseas nanti berkepuk duit dapat. Sila bersabar ye. Dan problem MARA scholar yang common adalah pemberian elaun yang agak lambat. Ye, even aku dah 1 sem habis tapi still tak dapat duit lagi. Dorang akan bagi 1 sem terus. 

  Dari segi biah dan suasana. Okay this part is very crucial. Alhamdulillah. Lepas 5 tahun aku duduk sekolah agama. Ditakdirkan masuk ke KMB dengan suasana islamik yang memang sedia wujud dari awal kami masuk. Alhamdulillah, presiden kami merupakan ex-kisas jugak, merangkap ketua umum zaman dia, memang membawa perubahan yang drastik tetapi bagus untuk KMB. Ramai je lagi abang2 senior yang sama2 usaha wujudkan biah ni. Aku berani katakan yang susah nak dapat biah macam ni kat kolej2 persediaan lain. Konsep ikhtilat ditekankan. Konsep usrah sangat kuat dan ramai sebenarnya kawan2 aku yang buat U-turn masuk KMB. Aku sangat respect dengan usaha dorang. MasyaAllah. 

  Dari segi lifestyle, mungkin agak hectic. Kena buat lab report every week, kena hadiri program beruniform (zaman kami ada JPAM) every wednesday setiap minggu. Dan akan ada program bersilih ganti setiap minggu. Memang sangat busy sampaikan rasa 24 jam tu tak cukup sehari. Tapi percayalah, 24 jam yang Allah bagi pada setiap daripada kita berlainan. Andai kita sentiasa ingat Allah, in sha Allah masa akan lebih diberkati dan lebih panjang. 

  Rasanya ini je kot perkongsian dan pendapat peribadi mengenai pengalaman aku kat KMB untuk 1st sem. Ada apa-apa soalan anda boleh tanya kepada saya. 

Wallahua'alam.

Wednesday, December 19, 2012

3rd Day Of Hospital Attachment

    Alhamdulillah. Again done with my 3rd day of hospital attachment :) Exhausted. Really. But worth it.

From morning till evening we were in the operation theatre watching those surgeries from one to another. Pagi-pagi datang dapat tengok "Womb removal surgery" atau pembuangan rahim. Ada sorang wanita yang terpaksa dibedah akibat rahim ada masalah. Sangat scary. I mean, I dont really feel it, but my female friends berkerut2 dahi mungkin sedang merasai apa yang pesakit tu rasa. Hehe.

 Then we proceed with the removal of gallbladder surgery. It was just the same like yesterday. They use the fibre optic camera to remove the gallbladder. Its just that this one was quite complicated. Banyak lemak rasanya.

  Then at 3.00 P.M. we were allowed to watch ACL Arterior something something which the patient have ligaments problem. Ligamen kaki dia putus kat lutut. So dia terpaksa dibedah dalam keadaan sedar. Tapi lepas dibius di bahagian spine, he didnt feel anything masa operation. Tapi yang scary nya waktu nak bius tu. Panjang jarum tu 1 JENGKAL dan dicucuk kat bahagian tulang belakang. That was really scary.Budak tu menangis kot. Aku yang tengok pun rasa seram sejuk.

   Then at 5.00 pm, the operation was done. So today is our last day kat surgical department. Esok kitorang akan pergi ke bahagian emergency dan tukar dengan team yang lain. Dengar kata dorang nak stay malam sampai pagi sebab nak rasa the real emergency cases malam-malam.

So, till then, penat lah. need to rest early tonight. Homework banyak lagi tak siap ni. Nanti lah fikirkan.

P/s : Sempat lagi bercandid dengan doctor's car. Ferrarri kot! Moga dreams will become true~ =)


Tuesday, December 18, 2012

My.Life.Plan.

   Alhamdulillah. Another great day. I just got my chance to see 2 surgeries today which is removal of gall bladder (laparoscopic gall bladder) by using an optic fibre and removal of woman breast lump.

For the laparoscopic you can watch the video below :




Well, the surgery was not scary at all :) Watch it live was the best experience ever. The doctors showed us some of parts in the body like small and large intestine, liver, stomach, and heart. It was REAL you know! I was kinda shocked at the first 5 minutes but then I can just adapt to it easily. These surgeries really intrigue my passion to become a doctor and also a specialist :)

Alhamdulillah.. Surgeries tadi start pukul 2 petang dan habis pukul 5. Memang berturut-turut doktor tu bagi tengok and siap bagi pegang breast lump sebelum start surgery lagi =.= since im the only guy, malas nak pegang sekali. haha.

So moving forward to my planning to become a doctor and a specialist.Maybe neurologist or orthopedic.  Actually aku ingat nak apply for pakar terus kat UK nanti. Doktor kat sini suggest macam tu. Sebab katanya, by the time korang grad nanti, dah belambak graduan dari medical school. Dan kemungkinan kerja akan makin mudah tapi anda akan susah untuk rasa life dan specialty of becoming a doctor. Dan kat Malaysia, kami kena buat housemanship around 2 years dan tempoh wajib berkhidmat kerajaan 3 tahun. Lepas tu baru free untuk buat specialist. Memang lambat dan makan masa. Kalau kat UK, doc kata lebih senang nak pursue for specialist level sbb lepas housemanship kat sana dah boleh start buat specialist. Dan kata doktor lagi, tak perlu risau pasal  orang cakap "Kalau tak buat housemanship kat malaysia nanti u tak boleh masuk kerja kat malaysia" sebab once u dah jadi specialist, tak perlu buat housemanship dah.

Jadi the plan is 5 years degree MBBS then go to Housemanship approximately 2 years then 3/4 years for specialists. By the time I come to Malaysia, I ll be at age 30. Wow. Bila nak kahwin? hahaha.

Then I wanna go to any pondok and start memorizing the holy quran. Allah. Cita-cita ini moga dapat dicapai :')

Working for Malaysia maybe around 5/6 years then I ll move to palestine. I wanna stay there. Help our relatives there :'( Dan Allahurabbi, kalau dapat peluang syahid kat sana, masya Allah itulah cita-citaku !

Orang kata "Mudah untuk berkata - kata tetapi nak buat super duper susah"

Tapi I believe. Niat will be the peranan here. So guys, lets tajdid niat :)

P/s : Oh btw, doctor said just now, their salary is RM 100K per month. So tak perlu fikir pasal duit dah. Dan becoming a doctor is not about money, its about passion :)

Goodnight and salam :)

Monday, December 17, 2012

First Experience Dalam Dewan Bedah

   Alhamdulillah. A very open-wide-my-eyes-day. 17 Disember 2012. A miracle happened. Allahu akbar.

Hari ni aku dan beberapa kawan dari KMB start buat hospital attachment. Total adalah 8 orang. So kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan akan pergi ke bahagian Emergency dan my group pergi bahagian Surgery. Benda ni akan berlaku selama 3 hari dan kami akan rotate antara satu sama lain. Actually benda ni terlalu awal untuk kitorang sebab kitorang baru start foundation. tapi disebabkan semangat nak dapat exposure and tengok kawan2 lain pun dah buat benda ni, jadi kami pun pergi lah untuk 5 hari.

Jadi nak dijadikan cerita, pagi tadi aku terpaksa bertolak awal dari rumah sebab kena ikut ayah aku pergi kerja. On the way, dia drop aku kat DEMC (Darul Ehsan Medical Centre.) Tapi ketika nak masuk highway,  tiba-tiba ditakdirkan Allah, cermin depan kereta pecah berderai. Dah lah tengah speeding. Mujur tak terbabas dan tak masuk mata. Punyalah buntu akal, akhirnya my dad ambil keputusan pecahkan semua cermin dan patah balik ambil kereta lain. Memang beranginlah sepanjang perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai.

Adalah hikmahnya tu.

Kemudian kami mula pada pukul 9.30 pagi. Selepas taklimat, kami dibawa ke bahagian masing2. Kami diambil alih oleh seorang doktor cina yang bernama Dr Chang. Orangnya sangat peramah dan sangat encouraging kami untuk jadi doktor yang berwibawa. Beliau adalah seorang orthopedik. Antara kata2 beliau,

     "Medicine is not about hobby, but this is about passion"

We were really inspired by him :)

Then, jumpa ketua head of department bahagian Orthopedic (Bahagian surgery tulang). Dr Mahamud

"Kamu betul ke nak ambil medic?"

*Mengangguk dengan semangat

"Kamu tahu tak kamu akan hilang life kamu, kamu tak akan dapat enjoy life kamu? Ni kenapa buat hospital attachment? Kan bagus cuti. Boleh tengok wayang, boleh jalan2. Ni apa buat hospital attachment. "

*Kami tunduk

"Ni sempat tukar course lagi tak ni?" *Dengan gaya sarkastic.

*Kami tergelak terbahak2.
Sempat lagi buat lawak rupanya. Doktor yang ni lebih tua dan lebih "otai". Dia bagitahu realiti hidup sebagai seorang doktor yang tak seindah disangka. Tapi diakhir perbualan, dia cakap:

  " Biar orang kata kita lifeless. Biar orang kata kita tak enjoy life. Kerana sebenarnya kita sedang enjoy our life to the fullest kerana THIS IS OUR PASSION"

Inspiring enough.

Sebenarnya kami tak dibenarkan untuk masuk ke "Operation Theatre" tapi akibat curiousity kami yang sangat tinggi, Alhamdulillah. Kebetulan ada kes tadi, sorang lelaki patah tulang clavicle (bahagian antara leher dan rusuk) Dan akhirnya kami dibenarkan masuk. 

Here is the important part.

Mula2 kami kena tukar baju. Pakai baju hijau yang dah disediakan. Well, since ini private, memang selesa lah. 

Tapi, malangnya, ada 1 rule yang sangat menyedihkan. "NO TUDUNG" inside operation theatre. Kalau nak pakai pun kena yang khas dan special tapi tak disediakan di situ. Memandangkan Im the only man there, aku sorang je lah yang dapat masuk. 

Well, nak kata cuak, siapa tak cuak. Bagi aku lah. Aku sebenarnya takut darah. Bukan takut, tapi lebih kepada geli dan seram. Mungkin aku tak pernah dapat exposure sebelum ni. Tapi waktu mula2 tadi, aku takut aku pengsan tadi, tapi Alhamdulillah aku dapat overcome rasa tu. Mula2 doktor bius dan mula cari bahagian mana yang akan dibuka. So, itu waktu paling crucial buat aku. Sememangnya mula2 rasa macam nak pitam tengok darah. Tapi makin lama tengok, I found a miracle. Aku jadi semakin minat!

Aku jadi makin curious. Aku mendekati doktor dan lihat secara live. 

Bagaimana doktor mula buka dan potong tisu2 sehingga nampak tulang yang patah tu. Sebelum ni nampak kat TV rasa biasa je. Tapi kat sini nampak sangat real dengan bau yang sangat pelik. 

Doktor letak besi dan drill tulang tu supaya ianya attach together dan heal dengan sendiri. 

Pembedahan selama 2 jam tu berlaku dengan lancar dengan diketuai oleh doktor Chang. Sambil potong memotong tu sempat lagi berborak pasal politik. Haha.

Selesai pembedahan, aku keluar lebih awal dari bilik pembedahan. Aku tergumam sebentar.Betul ke apa yang aku nampak tadi? 

Naluri aku mula tergerak. Minat aku mula mengatasi rasa takut. Rasa hendak menyelamatkan orang lebih tinggi dari rasa seram. 

Alhamdulillah. 

Sebenarnya apa yang aku tulis ini hanyalah 1 dari 1000 rasa dalam hati. Tak dapat dibayangkan dan digambarkan dengan kata2. Sebelum ni aku hanya membayangkan hendak menjadi seorang doktor tanpa terfikir mengenai practicality. Mungkin ini permulaan yang baik.

Selesai hari pertama.

Esok ada operation gall bladder, lump in breast, and 2 more cases. Esok akan full dengan operation. Kami dibenarkan untuk join semua. Aku rasa excited. First time. Tak pernah rasa macam ni. 

Doakan aku sahabat2. Aku ingin menjadi doktor dan in sha Allah seorang ustaz. :')


Sunday, December 16, 2012

Azam 2013

 



Petang tadi dapat 1 soalan dari ask.fm

"Get a life man"

Yep, maybe tu bukan satu soalan, mungkin si penanya soalan ada masalah nak faham bahasa melayu kot. Takpelah.

Then, it makes me wonder. Apa yang aku buat selama ni? Well, aku bukan nak jadi sentimental, tapi bila muhasabah balik hidup, apa yang aku dah buat dalam hidup ni?

So, aku dengan bangganya mengisytiharkan, AKU TAK ADA LIFE. Yeah, lega. fuh fuh.
Actually aku ada life, yeah literally, but mostly only in social networking sites.

FACEBOOK
TWITTER
BLOGSPOT
ASK.FM

And so on. Well, yeah, aku ada banyak sangat life dalam these social networks. Nak kata aku famous tu tak lah. Tapi aku antara pengguna yang tegar dalam mengaktifkan diri update status, comment, poyo2 di facebook, yep that's me. 

Best gila kot dapat online facebook. Rasa addicted gila. Kalau diberi pilihan nak makan McDonald, KFC, atau Facebook, I will choose facebook.

Tapi, lama kelamaan, rasa best tu dah bertukar jadi annoying. Aku mula berubah niat. Aku mula dicucuk-cucuk oleh bisikan syaitan yang direjam.

        "Eh, ada orang like status kau lah"
        "Eh, ada orang like photo kau lah"
        "Eh ada orang puji kau comel lah"

Tipulah kalau tak pernah terdetik benda ni dalam hati. Sebagai manusia biasa ini normal. So, sebagai jalan mudah nak get rid from all these, finally aku ambil keputusan untuk deactivate account.

Jadi menjelang tahun 2013 ni, aku akan membuat azam yang paling besar dalam hidup aku. "NO more Facebook". Aku kena bina balik dalaman aku. Tekadkan hati, kentalkan semangat, kuatkan jiwa. Sememangnya aku nak berterima kasih kepada "haters" aku yang berjaya buka mata aku. Banyak nasihat diberi secara anonymous.

Ini merupakan azam 2013 saya yang pertama. Dan dengan bersaksikan seorang sahabat, aku telah deactivate account FB aku pada pukul 9.40 malam 16 Disember 2012. Moga ini terbaik buatku. In sha Allah :')

Saturday, December 15, 2012

Apa tujuan hidup kita?

*Termenung seketika.



Setelah sekian lama, mencari apa yang tersimpan di lubuk hati. Sering juga aku bertanya pada diri, sudah cukup baikkah diri ini?

Hurm, melihat sahabat-sahabat ada yang sudah menyiapkan cerpen-cerpen mereka. Cemburukah aku? Ya, mungkin aku cemburu dengan anugerah yang Allah kurniakan pada mereka. Anugerah bakat dalam penulisan.

Sesungguhnya aku tidak mempunyai kelebihan itu. Apatah lagi ingin bercakap di khalayak ramai. Aku ini hanya nampak seperti gah di mata orang, tapi persoalannya, benarkah sebegitu? Benarkah tanggapan mereka semua itu kepadaku? Diri ini mula berpusing, bergelut dengan perasaan sendiri. Apa sebenarnya yang boleh aku sumbangkan untuk islam? Agamaku yang maha tinggi ini?

Melihat abang-abang usrah, yang bijak mengurus masa, mentarbiyah, belajar, dan juga menjadi insan ulul albab. Aku sangat cemburu. Mengapakah aku tidak sehebat mereka? Mengapakah aku kian pudar hari demi hari? Mengapakah aku kian rasa tidak tenang? Rasa ikhlas kian longgar dari diri. Allah. Ujian apakah ini?

Tetapi, terdengar satu suara. Jauh di lubuk hati.

     "Betulkan niat" 

Aku terkesima :O

Kemudian aku teringat, tertanya pada diri. Apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup? Apakah tujuan aku hidup? *Tet. Killer Question.

Memang orang cakap, tujuan kita hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Untuk mendapat syurga. Untuk menjadi khalifah Allah.

TETAPI, bagaimana?....

Mungkin ini agak retorik. Tak mengapa, teruskan bertanya pada diri. *Hati berbuih.

Menurut satu kajian, dari barat. "Most people only know how to live on earth. They know how to survive in the forest, even on the top of Everest, but only few know, WHY they live on earth".

Sebenarnya kita tak perlu ada "konflik identiti' kerana identiti kita sudah semestinya sebagai seorang muslim. Tapi dalam menjadi seorang muslim itu yang kita susah untuk mencapai misi kita.

Orang juga bertanya, bagaimana hendak 'survive' kalau takde biah solehah?
Jawapannya : Niat

Bagaimana nak hadapi segala rintangan dalam berdakwah? Segala caci maki?
Jawapannya : Niat

Andai kata pekat dan tekad niat kita, in sha Allah usaha kita akan berjalan seiringan. Tetapi pastikan, ianya betul-betul pekat.

Maaf, aku tidak pandai menggunakan ayat-ayat berbunga. Aku bukanlah seorang yang berbakat. Tetapi aku akan terus menanam. Terus membaja. Suatu hari nanti, aku akan perlukan ini semua. Aku akan menuai hasilnya. Bila? Wallahua'alam.


Sunday, December 9, 2012

To live means to endure pain




Pain is an unavoidable reality of life. Don’t run away. The key to success is to learn how to accept the pain and grow from it.

What is the opposite of pain?
Nine out of 10 people will say, “Pleasure.”

Incorrect. The actual opposite of pain is “no pain” - i.e. comfort. And while comfort may be very nice, it is not the ultimate pleasure. A person who goes through life chasing comfort will be very disappointed at the end - because if you spend your life avoiding pain, you will also avoid the deepest pleasures.

As much as everyone tries to minimize pain in life, the fact remains that pain is unavoidable. Everything has its ups and downs. Therefore, if we want to succeed in life, the key is not to eliminate pain entirely (for that is impossible), but rather to learn how to understand and accept the pain.

Pain is the price we pay for pleasure. All of life’s lasting pleasures - good relationships, successful careers, the pursuit of meaning - require a lot of effort to achieve.

What we call “pain” is frequently a matter of “effort.” The effort of physical fitness is painful. The effort of thinking through a complex idea is painful. The effort of building a long-term relationship is painful. From here we see that although effort may be “painful,” the goal of life should not be to escape it.

Anyone looking for a smooth ride will miss out on life’s immeasurable pleasures.

Source : http://islamic-quotes.blogspot.com/2012/12/to-live-means-to-endure-pain.html

Saturday, December 8, 2012

Makanan minda untuk menjana mukmin yang hebat

Salam and greetings =)


Jadi straight to the point, semua orang nak jadi muslim dan mukmin sejati, kita kena 'balanced' minda dan fizikal. Jadi, sebagai inisiatif untuk mendapat minda dan otak yang cerdas, ada beberapa makanan yang dicadangkan untuk anda: 






Antaranya : 

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi Pigmen Antosianin:

1. Anggur
2. Beri
3. Kobis Ungu
4. Epal Merah
5. Terung

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi bahan aktifKuarcetin:

1. Bawang
2. Brokoli
3. Anggur Hitam
4. Aprikot
5. Tomato Ceri

Ikan yang mengandungi Asid Amino Omega 3 tinggi:

1. Tuna (Tongkol)
2. Tenggiri
3. Makeral (Kembung)

Kekacang yang mengandungi Asid Folik:

1. Kacang Soya
2. Kacang Pis
3. Oren
4. Bijian serapan yang diperkaya dengan Asid Folik


Faktor Pemakanan

Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bok choy serta buah-buahan yang mengandungi Pigmen Antosianin dan bahan aktif Kuarcetinmerupakan makanan yang amat baik untuk memori.

Asid Folik dan kumpulan Vitamin B seperti B1, B3 dan B12 dikatakan dapat membantu dalam mempercepatkan pemprosesan maklumat dan proses mengingat.

Selain itu, madu lebah asli dikatakan baik dalam melegakan tekanan dan membaiki daya ingatan.

Seorang individu itu perlu minum air kosong antara 1.5 hingga 2 liter sehari bagi mengelakan penyahhidratan.

Penggemar minuman Diuratik seperti kopi, teh dan minuman beralkohol pula perlu mengambil lebih banyak air kosong.

Aktiviti riadah mampu melancarkan aliran oksigen ke dalam otak.


Manusia Obes Pendek Umur

Penyelidik University Monash, Melbourne Australia mendapati semakin lama seorang itu hidup sebagai manusia Obes, semakin pendek jangka hayat umurnya untuk hidup.

Kajian selama 48 tahun sejak 1948 oleh Framingham Heartmerekodkan data daripada 5,209 orang peserta. Kajian yang hanya melibatkan mereka yang bebas daripada Diabetes, penyakit Kardiovaskular dan kanser, menunjukkan bahawa golongan yang hidup dengan Obesiti untuk jangkamasa lima hingga 15 tahun berdepan resiko kehilangan nyawa sebanyak dua kali lebih tinggi.

Bagi tempoh Obesiti lebih daripada 15 tahun, resikonya meningkat tiga kali ganda.


Makanan Yang Dijual Secara Terbuka

Menurut kajian FASEB Journal, Makanan yang dijual secara terbuka di warung-warung ditepi jalan atau yang terdedahmengandungicampuran yang tinggi di dalam lauk-pauk adalah seperti berikut:

1. Bulu hidung manusia
2. Habuk pasir dan batu halus
3. Serpihan Kahak-kahak halus manusia
4. Sel-sel kulit mati manusia
5. Serpihan kulit kelemumur manusia
6. Bulu roma dan bulu ketiak manusia
7. Taik telinga manusia
8. Rambut manusia
9. Titisan Air hidung halus manusia
10. Daki kuku jari manusia
11. Daki muka/badan manusia
12. Bulu / kutu haiwan
13. Najis dan bawaan lalat
14. Titisan Air liur dan Air peluh manusia
15. Taik mata dan taik hidung manusia


Kurangkan makan di warung yang mempunyai makanan yang terdedah. Pesan makanan yang dimasak/masih panas atau bawa saja bekal makanan dari rumah untuk makan tengahari di pejabat. Banyakkan minum air kosong, makan sayur-sayuran serta buah-buahan.


Seperti sabda rasulullah :

“Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada semua daripada mereka adalah baik, berlumba-lumbalah kamu ke atas manfaat dan mintalah pertolongan daripada Allah dan janganlah bersikap lemah atau malas.” (HR Muslim)

Mari sama-sama kita menjadi mukmin yang sihat akal dan minda =)

Friday, December 7, 2012

Kepimpinan dalam islam

Kepimpinan Dalam Islam













Orang kata, hendak memimpin itu perkara yang mudah. Pergi pilihanraya, kempen dan tunggu keputusan. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar ingin menjadi pemimpin seperti khalifah Umar bin Abdul Aziz?  Berapa ramai yang nak menjadi pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh?

Tanya diri. Adakah kita layak untuk memimpin?
Atau hanya sekadar bercakap tanpa sebarang tindakan? Umpama tin kosong yang berbunyi kuat tapi kosong semata-mata?

Sebenarnya tidak mudah untuk menjadi pemimpin. Ada beberapa perkara yang perlu di ambil berat sebelum menjadi pemimpin:

1) Pemimpin kepada diri sendiri. Kalau diri sendiri pon tak mampu nak pimpin, tak mampu nak jauhkan diri dari perkara-perkara lagha, tak boleh nak jaga amal, tak boleh nak jaga tangan dari buang sampah merata, sendiri ingat lah ye.

2) Pemimpin kepada kumpulan. Perlu pimpin orang terdekat. Perlu jaga keluarga. Jaga classmate. Jaga kawan-kawan. Itulah fungsi teguran antara kita.

Dan, menurut professor Dato' Dr. Adham Baba, dari UNIKL, ada 3 tips untuk menjadi a 'great leader' :

1) Manage yourself - Uruskan diri.
2) Manage your team - Uruskan kumpulan anda atau sahabat seperjuangan anda
3) Manage your network - Uruskan perhubungan anda dengan pelbagai pihak agar mudah untuk membuat perkongsian.

Tetapi, apa yang membezakan antara pemimpin kafir dan pemimpin islam? Sudah tentu kita mempunyai prinsip yang tersendiri dalam islam.



Pertama: Muslim (Islam), dan ‘akil baligh 

Firman Allah SWT:

          يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَـرَى أَوْلِيَآءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّـلِمِينَ - فَتَرَى الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَـرِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِىَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَآ أَسَرُّواْ فِى أَنفُسِهِمْ نَـدِمِينَ

Yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka”. Surah al-maaidah ayat 51dan52.(1)

Ayat di atas menjelaskan kerjasama dalam gerakan islam dengan orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis ketaatan  (wala’) kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai persamaan dengan akidah Islam. 

Kedua: Adil 

Seorang pemimpin mestilah tidak fasik seperti tidak meninggalkan solat, beramal dengan segala amalan yang di ketahui selagi mana amalan tersebut tidak menyalahi kata-kata dan perbuatan serta tidak menyalahi landasan islam.
Firman Allah swt,

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإْحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْى يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Bermaksud, “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, member kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberimu pengajaran agar kamu dapat mengambil pelajaran”.( Surah an-Nahl ayat 90.)

Ketiga: Berilmu.

Seorang pemimpin mestilah mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma’aruf dan yang mungkar serta mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan pimpinan. Al- Imam Al Ghazali berkata : "sesungguhnya Islam yg diperjuangkan atas landasan kejahilan akan lebih memudharatkan berbanding serangan musuh Islam. Malangnya kebanyakan pendukung Islam adalah dari kalangan orang-orang jahil.”

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Bermaksud boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan atau masalah yang berlaku samada melalui tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam segala aspek.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Seseorang pemimpin mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Firman Allah swt :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Bermaksud, “Sesungguhnya telah adaa pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik begaimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah Al-Ahzab: Ayat 21)


Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Firman Allah swt.

لَّيْسَ عَلَى الضُّعَفَآءِ وَلاَ عَلَى الْمَرْضَى وَلاَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُواْ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya"tiada dosa(lantaran tidak pergi berjihad)atas orang2 yang lemah, sakit dan orang2 yang tidak memperolehi apa yang akan mereka nafkahka, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya" (surah al-Maidah ayat 91.)

Tetapi pemimpin juga mestilah menjaga "Tsiqoh" atau kepercayaan orang. Manusia hanya dapat mencapai tahap tsiqoh ini dengan menjaga dirinya dari percakapan yang tidak baik dan sentiasa menjaga perlakuan. 

Daku hanyalah insan biasa yang tiada kemampuan untuk memimpin. Tetapi aku akan cuba dengan sedaya upaya dengan seluruh kudratku ini untuk menjaga amanah Allah yang telah diberikan ini. 

Dan pemimpin tak semestinya memimpin negara, terdapat banyak jenis pemimpin seperti hadith rasulullah, Dari saidina Umar (ra) :

عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم؛ أَنَّهُ قَالَ : أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ. وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. فَاْلأَمِيْرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُمْ. وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ، وَهِيَ مَسْئُوْلَةٌ عَنْهُمْ. وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ، وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُ. أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ. وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya (Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).

Konklusi? Kita semua adalah pemimpin.



Monday, December 3, 2012

Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada . Halal .



Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.



Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

                Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.

Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

                Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

                Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

                Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

                Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

                Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

                Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

                Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

                Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
                Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
                Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
                Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
                Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

                Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

                “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

                Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

                Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

                “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
                “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

                Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

                Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

                “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
                “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
                -----------------------------------------------------------
                Perbualan di atas ini adalah SMS
                ------------------------------------------------------------

                Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

                “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
                “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
                “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
                Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

                Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

                Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

                Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

                Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

                Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

                Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

                Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

                Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

                Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

                Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

                Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
                Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
                Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
                Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

                Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.

Maksud couple lain , maksud cinta lain ( sila klik sini )

sumber : Hilal Asyraf ( note facebook )


Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...