Sunday, March 18, 2012

Articles dari Hilal Asyraf. Semoga menjadi pedoman buat diriku dan dirimu .

   Salam And greetings guys, saya baru terbaca dari articles dari Hilal Asyraf tentang nota2 cinta beliau yg islamik. Dan saya rasa dia ada bnyk persamaan dgn saya. Mari saya share :)





Antara kebesaran Allah SWT kepada saya adalah, Allah SWT memberikan peluang kepada saya untuk menjadi seorang penulis. Daripadanya, saya mendapat peluang berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia di dalam masyarakat. Meneruskan nota cinta saya, antara yang sering mengisi inbox saya adalah masalah remaja dalam percintaan mereka.

Antaranya masalah dalam menentukan apakah pilihan hati mereka tepat, antara lain adalah masalah mereka mencintai seseorang tetapi tidak tahu bagaimana hendak melamar dan sebagainya.

                Saya sebenarnya kehairanan. Mengapa soalan itu perlu sampai kepada saya?

                Sebab saya kira, mereka ada orang yang lebih layak membantu mereka di dalam hal tersebut berbanding saya. Siapa? Itulah dia ibu bapa mereka, Ustaz Ustazah mereka, pakcik makcik mereka, dan veteran-veteran yang wujud di sekeliling mereka.

                Tetapi bila ditanya: “Bincang tak dengan ibu bapa?”
                Ramai akan menjawab: “Seganlah.”, “Nanti Ummi Abah tak suka.” Dan sebagainya.

                Ada juga yang menjawab: “Dah, tetapi Ibu Ayah belum apa-apa lagi sudah kata tak boleh.” , “Sudah, duit pun tak ada masalah sebenarnya. Tapi Mama Papa saya tetap tak mahu dengar apa-apa. Mereka mahu ikut pandangan mereka sahaja.”

                Ketika itulah saya berfikir untuk menulis nota ini.
                Untuk remaja. Untuk Veteran.
                Untuk Cinta.
                Untuk kita muhasabah bersama sebenarnya.





Remaja.
Sebenarnya, adalah penting untuk kita melibatkan veteran di dalam urusan percintaan kita. Dan percayalah, orang yang libatkan veteran dalam percintaannya adalah orang yang serius dalam bercinta. Kita telah melalui beberapa nota cinta sebelum ini. Dan saya telah menyatakan beberapa langkah yang sepatutnya kita lakukan, sekiranya kita benar-benar mencintai seseorang. Antaranya adalah, menghantar wakil(bagi perempuan) atau menyatakan kepada wakil(bagi lelaki) untuk menyatakan hasrat kita.

                Tetapi persoalan timbul apabila hendak mengaplikasikan keseriusan dalam percintaan ini(yakni menghala ke arah perkahwinan. Sebab pada saya, itu tanda seseorang serius cintakan kita). Soalan-soalan remaja seperti – Saya dah bersedia ke? - , - Duit tak ada. Macam mana ya? - , - muda sangat. Tapi dah suka. Macam mana? - , - macam mana kalau pilihan saya ini tidak tepat? – dan 1001 lagi keraguan, semuanya mengaburi remaja untuk melakukan tindakan yang betul.

                Pada pandangan saya, semua persoalan itu boleh kita selesaikan dengan baik, mencapai satu solusi yang baik, sekiranya kita bawa keluarga dalam perbincangan kita. Kita bawa orang tua, masuk dalam perbincangan kita. Bukan menghadapinya sendiri, semata-mata dengan akal remaja kita.

                “Ish, libatkan ibu bapa? Besar tu.”
                Ya. Cinta memang benda besar. Bukan benda main-main.
                “Rilek-rilek la bro.”
                Ha. Rilek? Anda serius ke tak? ^^

                Nampak? Sebab itu saya sentiasa kata, yang serius bercinta ni, hanya yang segera menggerakkan hubungan ke arah perkahwinan. Bukannya membazir masa dengan couple, dengan sekadar layangan kata cinta dan hadiah.

                Balik kepada tajuk, maka kita libatkan veteran. Bincang dengan mereka masalah-masalah kita. Dan hakikatnya, adalah paling baik, saya ulang, paling baik, sebaik sahaja kita jatuh cinta dengan sesiapa, kita terus beritahu keluarga kita.

                Bukan beritahu untuk merisik atau apa. Janganlah gelabah sangat. ^^
                Bagitahu sekadar untuk ada kata nasihat, yang memandu kita dalam menangani perasaan itu. Agar tidak tersasar. Agar tidak lemas. Agar tidak terbakar di dalam ruang cinta. Tanya mereka, sesuai ke tak perempuan/lelaki yang kita cintai itu. Tanya mereka, apa pandangan mereka dengan usia kita, apakah ok? Kalau ok, apa langkah seterusnya? Kalau tak ok, apa yang perlu dilakukan? Dan sebagainya. Bincang. Sembang-sembang.

                Saya, saya buat benda itu. Bila saya jatuh cinta, pertamanya saya pastikan apakah benar itu ‘cinta’. Atau itu mainan nafsu sahaja? Lebih tiga bulan saya cakap pada diri saya, kalau benar cinta, kena serius. Kalau sekadar suka-suka, baik tinggalkan sahaja. Bila saya rasa benar-benar mencintainya hingga ke tahap mahu perempuan yang saya cinta itu menjadi isteri saya, maka saya tidak toleh kiri kanan lagi, dan memulakan langkahan.

                Pertamanya, saya beritahu Ummi Abah saya. Saya jatuh cinta dengan perempuan ini. Saya tunjukkan gambarnya. Saya ceritakan latar belakang keluarganya, umurnya, dan saya katakan juga sejauh mana saya kenal dia(yang pada masa itu sebenarnya saya tak kenal apa-apa, melainkan muka dan namanya sahaja. Haha. So cakap kat Ummi Abah masa itu: Tak kenal pun. Tapi Hilal suka. Nak kahwin dengan dia. ^^)

                Ummi Abah suruh fikir. So, saya fikir lagi. Saya masih ingat lagi Abah kata masa itu: “Dia suka awak tak?” Haha. Saya kata: “Hilal pun entah dia tahu wujud ke tak. Haha.” Abah kata: “Muda lagi ni. Sabar dulu sikit. Check apa yang patut.”

                Nah. Mudahkan? Sudah dapat guide. Check apa yang patut. Maka saya teruskan kembara saya.

                Masuk langkah kedua, yakni saya bertanyakan pendapat guru-guru saya. Pertama berkenaan persiapan diri. Keduanya berkenaan perempuan yang saya sukai(memandangkan kami sekolah sama, jadi saya buat background checking dengan tanya guru-guru). Di situ, saya dapat beberapa nasihat lagi. Antaranya kepentingan saya mempunyai kematangan, mempunyai kekuatan untuk menyara hidup dan sebagainya. Nah, dapat lagi guide.

                Langkah ketiga, saya bertanya sendiri kepada abang perempuan yang saya cintai. Kebetulan kami sahabat. Jadi, tanya pendapat dia. Pendapat berkenaan saya menjadi ahli keluarganya, berkenaan sesuai ke adik dia dengan saya dan sebagainya. Di situ dapat lagi beberapa nasihat. Tiada harapan diberikan, tetapi di situlah saya belajar bahawa – aku ada kemungkinan ditolak ni – haha.

                Itu antaranya. Kemudian saya lebih kepada banyak berbincang dengan Ummi Abah saya. Saya siap buat kertas kerja. Menyatakan pada umur sekian, saya akan usaha capai sekian. Pada umur sekian, saya akan usaha jadi sekian. Pada umur sekian, nak masuk merisik dan sebagainya. Minta persetujuan mereka. Tanya apakah mereka restu dan sebagainya. Di situlah ada lagi beberapa nasihat, pandangan dan sebagainya.

                Antara yang saya ingat, Ummi saya selalu gertak: “Nak kahwin, kena ada at least RM20,000.” Haha. ^^

                Tapi itu buat saya semangat kumpul duit, cari duit. Berdikari. Usaha itu ini.

                Dan saya tetap tidak lupa untuk sering meluangkan masa dengan pasangan-pasangan suami isteri yang saya kenali, minta nasihat mereka, pandangan mereka dan sebagainya.

                Ya. Itu yang saya lakukan. Hingga kini pun, selepas saya berjaya bertunang dengan perempuan yang saya cintai itu, saya masih banyak berbincang dengan orang tua. Kini ditambah pula bakal mertua saya. Jangan kata saya tak dilanda angin kemaruk cinta. Dilanda juga. Angau juga. Tetapi itulah indahnya bila libatkan orang tua, saya bila dilanda semua itu, saya luahkan kepada bakal mertua saya(yang saya sudah panggil Ibu dan Ayah).

                “Ibu, rindula dengan Ibu dan Anak Ibu.” ^^

                Dan nanti datang la nasihat-nasihat yang bermakna buat saya daripada bakal mertua saya itu.

                Ada masa, saya bergurau dengan Ummi saya. “Ingat kalau kahwin, kita serve Biskut Merry je la Ummi. Dengan air teh. Low budget. So, kita boleh jemput ramai lagi orang.” Dan saya akan dinasihati Ummi saya akan kepentingan majlis perkahwinan, keteraturannya dan sebagainya. ^^

                Saya juga menyatakan setiap sen perbelanjaan saya kepada Ummi Abah dan Ibu Ayah. Saya buat list kira-kira, setiap duit yang saya ada, dan bagaimana saya nak belanjakannya. Itu semua agar mereka boleh berikan pandangan mereka.

                Begitulah saya. Saya sentiasa libatkan orang yang lebih tua di dalam hal percintaan saya. Supaya saya terjaga. Supaya saya kekal serius. Supaya saya tidak melencong. Supaya saya tidak sesat. Bukanlah saya ikut 100% semuanya yang veteran hamburkan kepada saya. Saya pun ada sahaja baca buku, belajar, tambah ilmu sendiri dari sumber yang lain, maka pastinya saya juga ada prinsip dan pegangan saya. Tetapi sekurang-kurangnya, bila veteran beri nasihat, saya dapat tambahan petunjuk. Option. Untuk saya pilih dan guna bila masanya sesuai.

                Nah.
                Tetapi kebanyakan remaja hari ini tidak mahu melibatkan orang tua. Ramai yang memberikan alasan bahawa veteran tidak mahu mendengar. Ramai yang memberikan alasan bahawa veteran akan kata umur mereka terlalu muda dan sebagainya.

                Memang benar. Ada sahaja veteran yang tak reasonable. Tetapi saya rasa, sebab utama kita tidak mahu libatkan orang tua dalam percintaan kita adalah, kerana kita tidak serius dalam bercinta. Kita sekadar suka-suka sahaja. Sebab itu, melibatkan veteran di dalam percintaan kita kelihatan seperti ‘satu komitmen’. Kita tak nak komitmen. Kita hanya nak seronok-seronok sahaja. Sebab itu kita tak nak orang tua terlibat. Dan kita hamburkan pelbagai alasan, sebagai penyedap untuk menghalalkan tindakan kita tadi.

                Tetapi tidak dinafikan, ada sahaja yang tidak libatkan orang tua kerana segan, takut, malu.

                So, saya nak kata di sini, tidak perlu segan, takut, malu. Tidak perlu.

                Terutama Ibu Bapa sendiri. Nah remaja. Kalau serius nak bercinta, buat apa segan, takut, malu dengan veteran. Pergi minta nasihat mereka. Agar kita tidak tersasar dengan ‘kehijauan’ kita dalam menghadapi dunia. ^^

                Kalau orang tua tidak suka dengan orang yang kita cinta, tanyalah kenapa. Bincang. Mudah kan? Tak adalah kita dah bercinta sakan, kemudian baru bagitahu ibu bapa, tup-tup mereka tak berkenan, haa... susah dah. ^^

                Baik. Itu untuk remaja. Maka, lapang-lapangkan jiwa, libatkan veteran di dalam cinta!

                ^^

Veteran

Veteran. Segan sikit nak tulis untuk veteran. Yalah, Hilal adalah seorang remaja, pemuda. Veteran selalu claim, veteran lebih makan garam. ^^

                Tetapi Hilal yakin, disebabkan veteran lebih makan garam, veteran akan lebih rasional dalam menilai nota do’if ini. ^^

                Oh ya, Hilal memang biasa menggunakan ganti nama ‘Hilal’ dari menggunakan ‘saya’, apabila berbicara dengan orang tua. Itu sebagai tanda hormat. Maka Hilal mulakan ya? InsyaAllah tidak panjang untuk veteran ini. ^^

                Pada Hilal, veteran sepatutnya menjadi contoh, sepatutnya menjadi pembimbing di dalam percintaan. Memahami bahawa pada veteran-veteran wujud pelbagai harapan kepada remaja, tidak mahu remaja membazirkan masa dengan cinta yang sia-sia, tidak mahu membiarkan remaja lalai dan alpa, terpesong dan jatuh ke lembah yang hina, Hilal amat memahami mengapa kadangkala ada veteran yang agak ‘keras’ di dalam hal ini.

                Ada juga Hilal lihat, segelintir daripada veteran-veteran teramat keras dalam menentukan jodoh anak-anak. Mahu tidak mahu, anak itu mesti perlu tunduk pada pilihan veteran.

                Pada Hilal, Ibu-ibu, ayah-ayah, pakcik-pakcik, makcik-makcik, veteran yang Hilal kasihi, tidak sepatutnya veteran bersikap sedemikian. Hal ini kerana, itu sekadar melempar remaja ke lembah tekanan. Akhirnya, remaja akan berusaha melawan tekanan itu dengan pemberontakan. Tidak sihat untuk remaja itu sendiri, juga tidak sihat untuk hubungan kekeluargaan.

                Veteran yang Hilal kasihi. Hilal yakin, veteran tidak lupa, bahawa veteran juga adalah manusia. Belum tentu lagi, segala keputusan veteran betul. Tepat. Lebih makan garam belum tentu menjadikan kita betul sentiasa. Ya, tidak dinafikan juga, remaja seperti Hilal ini juga manusia. Semestinya ada kekurangan. Sebab itu nota ini bukan untuk memenangkan remaja. Tetapi mengajak remaja dan veteran berkolaborasi.

                Berbanding sekadar menyatakan – tidak boleh -, - kena ikut cakap Mama dengan Papa jugak – dan sebagainya, Hilal mencadangkan agar veteran menjadi ‘mesra remaja’. Maksudnya, membuka kepada perbincangan. Menjadi yang mendengar dan membimbing. Sebagaimana seorang guru kaunseling, yang mendengar luahan masalah pelajarnya, dan membimbing.

                Bukankah itu lebih baik?
                Anak-anak akan menjadi tidak takut untuk berkongsi, dan Hilal rasa, di situ ada peluang yang cantik untuk para veteran membimbing, mengadun anak-anak untuk melakukan sesuatu yang tepat.

                Janganlah sampai sikap veteran, menimbulkan rasa kurang enak pada diri anak-anak untuk menjadikan veteran tempat rujukan mereka. Janganlah dihamburkan kata-kata yang keras seperti “Cinta ini semua melalaikan!”, “Ini semua merosakkan pelajaran.”, “Kau nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” dan sebagainya.

                Itu semua hanya akan membuatkan remaja menjadi lebih liar. Suka buat keputusan sendiri dan sebagainya. Rebel orang inggeris kata. ^^

                Dan janganlah sesekali veteran menilai dari sekadar umur. Merendah-rendahkan umur remaja yang ingin berkahwin. “Umur pun tak sampai 20, nak bercinta.” , “Awak tu muda lagi, boleh ke nak sara anak isteri?” dan 1001 lagi ayat yang mengguris hati.

                Ada sahaja remaja yang kuat berusaha, matang, dan memang layak berkahwin. Mengapa tidak didengari perancangannya, dibantu usahanya? Mengapa mesti dihamburkan dengan kata-kata yang mengguris jiwa? Mengapa mesti tidak dipedulikan?

                Ada pula veteran, yang sengaja menangguh-nangguhkan perkahwinan. Anak sudah ada duit, sudah ada pendidikan, tetapi sengaja ditangguhkan. Dan kuasa veto Ibu Bapa akan dikibarkan.

                Hilal tidak nampak pun keperluan itu semua.

                Hilal kira, kalau para veteran boleh menjadi satu susuk pembimbing di dalam hal ini, pasti gfejala couple, gejala anak luar nikah, gejala zina di kalangan remaja, akan berkurangan. Kerana mereka punya pembimbing. Mereka punya tempat rujukan.

                Bukankah indah? Bukankah kebaikan yang veteran mahukan? Hilal yakin akan itu.

                Hilal amat yakin, kalau wujud kolaborasi ini, pastinya banyak kebaikan yang akan terjadi.
                ^^

Penutup: Remaja, Veteran, saling memerlukan.
Seorang tokoh bernama Umar Tilmisani pernah berkata:

                “Hikmah orang tua, perlu wujud dalam semangat membara orang muda.”

                Itu petanda pentingnya orang muda, remaja, untuk sentiasa mengutip hikmah dan pendapat daripada orang yang lebih tua. Agar kesilapan veteran tidak remaja ulangi, agar kejayaan veteran dapat remaja sambungi dan tingkatkan.

                Tetapi pada masa yang sama, veteran juga perlu bijak menjadi pembimbing. Pada Hilal, tidak wujud kuasa veto veteran. Tidak wujud. Bagaimana boleh ada satu ‘veto’ pada yang tidak sempurna. Maaf sekali lagi Hilal sebut, veteran juga perlu sedar bahawa veteran adalah manusia. Umur bukan pengukur hakikatnya. Maka jangan sesekali, pada Hilal, veteran keluarkan kata-kata seperti:

                “Ikut cakap aku, sebab aku orang tua!”

                Itulah dia veteran yang tidak reasonable pada Hilal. Apa salahnya buka pada perbincangan? Apa salahnya mendengar anak-anak menyatakan mereka cintakan siapa walau berapa pun umur mereka? Veteran dengar, dan kemudian bimbing. Itu lebih cantik dan lebih bersih, pada Hilal.

                Pada saya, inilah dia kolaborasi yang telah hilang dalam kebanyakan masyarakat kita.
                Semua terdidik dengan Hollywood. You you, me me.
                Jangan. Islam tidak mendidik sedemikian.

                Mari sama-sama. Remaja, veteran, kita muhasabah akan perkara ini.

                Bukan untuk sesiapa. Untuk kita juga. Keluarga remaja, adalah sebahagian daripada keluarga veteran juga bukan? ^^

Hilal Asyraf 

Friday, March 9, 2012

Bagaimana nak buat resume.

     Salam and greetings everyone.

 So mengikut masa di windows 8 saya ni, pukul 10.03 PM dan pada tarikh 9/3/2012. Eh kejap, 9 haribulan sudaa? Lagi 13 hari before the SPM results to be announced. Okay chill bro, its not the end of the world yet. So memandangkan tarikh result pun dah makin dekat, so now makin banyak GLC and scholarship organization dah start buat iklan nak tarik anak-anak muda Malaysia untuk mengambil biasiswa mereka. Tak kisah lah biasiswa ke, pinjaman ke, yang penting bantuan untuk sambung belajar dan meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah ni.

  Well, nak mudahkan cerita, now let me tell you how to make a real resume and what are the things that you need to get prepared before going for any scholarships. So some people ask me,Ape differences between resume,CV,and personal statement(PS)??tolong terangkan??" "




   Ok guys, actually resume-CV-personal statement tu benda yang sama. 
What is a resume for scholarship applications?


      An opportunity to tell us important things about yourself that are not addressed or apparent in the application. In making decisions about scholarships, we want to consider your personal attributes and gain some sense of who you are; your experiences, accomplishments, and a variety of qualities such as motivation, self-discipline, leadership, commitment to others, your intended field of study and your career goals as well as your academic record. 


Senang cerita, resume ni untuk korang cerita pengalaman hidup korang in a single documents. Masa ni lah korang nak show off to the world how good you are, what have u done  for your schools, and so on.


Now here is the guidelines on how to make a good resume:


1)Tajuk - Nak memudahkan korang tahu biasiswa apa yang korang nak apply.


2)Nama - Ikut dalam IC 


3)Alamat -Ikut dalam IC


4)Nombor telefon - The latest punya.


5)Email - Pastikan korang create satu email yang official dan jangan bubuh nama pelik2 ie : 
minahrempitgurls@yahoo.com.


6)IC number - tak perlu explain kan?


7)Senarai nama sekolah yang pernah korang attend. - rasanya tadika tak perlu kot.


8)Involvement and Achievements/Activities - Okay, now is the crucial part. Seriously ini adalah faktor terpenting dalam resume korang. Pastikan yang top sekali adalah the latest achievement korang. Rasanya korang boleh list dari sekolah rendah je kot. Jangan sampai tadika.


9)Jawatan - Put your highest title in school.


10)Work experience. - sesiapa yang buat part time lepas SPM tu amat digalakkan.


11)Now tell us your behaviours/attitudes/manners. - korang describe lah diri korang macammna pon. cuma jangan over sangat. HAHA.


12)Any extra info that can hook up your readers. - Erm, ni depends kat korang.


13) referees -  cannot be a family member actually. 
it has to be someone who is not related(blood-related/family) instead, a teacher/boss/someone that can confirm your academic and co-curriculum participations along with what you have written as your personal statement. (your skills/attitude etc)

Nak contoh?
tekan sini

Okay,  for those yang nak tips for interviews. tekan sini

And for those yang nak tengok lists of interviews available. click here

And one more advice. sekarang zaman kita dah maju. Most scholarships kita kena apply online. So look here, these are the things yang korang kena prepare:

1)PMR certificates.sbb kdg2 ade certain schlarships yg mnx.
2)Slip exam akhir tahun form 4. kalau ade lah...
3)Slip trial SPM.both.kalau nak amik, amik yg the highest lah.
4)IC korg, mak , and ayah.
5)now comes to certificates korg.( susun ikut the latest+the highest.ie:antarabangsa)


#Okay, now bile dah kumpul all those things, korg pg scan. sape2 yg xde scanner, boleh amik options ni:
1)pinjam scanner kwn2 korg.
2)dh x de sgttt, pg kedai gambar, suruh dorg scan and masuk dlm USB drive,
3) Fon korg mahal2 kan?haaa. amik gambar, pastikan full pic. haha.


#Okay, then korg kumpulkan all those things dlm 1 folder. letak kat dekstop or HDD korg.tulis lah pape, "things for scholarships" ke. then korg download software ni:
http://download.cnet.com/Image-to-PDF-Converter-Free/3000-10743_4-10900970.html


#Ni khas untuk korg compilekan sume image korg dlm 1 PDF. then korg simpan leklok PDF korg tuh.
#Maybe korg nk tny, "ape aloy merepek ni", well, honestly korg akn perlukan mnde ni sebelum korg nak apply scholarships.Sbb nnt korg kne upload attachments nak buktikan details yg korg bg tu betul. ni kire mcm soft copy lah.
Kenapa aq x kte "upload satu2 je gamba tu?" sbb usually limit file yg korg dibenarkan untuk upload mybe 3 MB je, so bygkan 1 gmba korg da dekat 1 MB. so kalo masuk PDF dy akn compresskan 10x ganda. jadi kecik.Kalo ade anything to ask, feel free to ask. 


Lately saya baru isi scholarship programme under Exxonmobil. Doakan saya berjaya ye kawan2 :)

Sekian, Wallahua'alam ^_^

Sunday, February 26, 2012

"You don't know what my life is like,so shut up."

       "You don't know what my life is like,so shut up."

Salam and greetings. After a long long time, I didnt even look at my own blog for weeks. Its not because Im busy or something but im just feeling so lazy to click on the 'new post' button. Well, as people can see, Im having my 3 months holiday after my SPM exams. And there will be about 5 more months holiday after my SPM exam's  results had been announced. Till that moment, I ll just wait patiently and I heard of some rumours saying that the results will be announced on 22 March. Some others say "No!, its 2 weeks earlier!" I dont wanna give any damn predictions but If possible, I wanna take my own result tomorrow. Its a painful moment to be waited. I can wait no longer. I wish I could take my result as soon as possible and start thinking of my future.

   So, when we are talking about future, what is "FUTURE" meaning exactly? well, when I was 5 years old, my future is "Hey, I wanna be like jimmy neutron so that I can invent some cool stuffs!" And when I was form 5, I was like. "Hey, I wanna get married right after SPM!" Okay, thats hilarious. Well, thats what do we call as our "aim" maybe? Everyone has their own äim" and "future". So, in order to tell my target and my future to the world, I need to be precise. As my age is not 5 years old anymore but right now Im 18!. Okay theres nothing cool about being 18 as long as U didnt enter the universities yet. Uni life is awesome!

  Well, This is just a babbling post as I dont have any intention why I make this post but I just wanna try to make something in english. My english is getting rusty and rusty. I need someone that really good in english to talk to but I cant found anyone here. So maybe I just wanna test my english proficiency here. Sorry for taking your time but thanks for reading! :)

   "The awkward moment when you try to lighten the mood in a serious conversation by making a joke & everyone looks at you like you ate a puppy."

Sunday, January 29, 2012

Another Special Scholarships from MARA.

   Assalamualaikum, hey guys.

 So, sambungan dari post hari tu, so hari ni nak share pasal satu lagi program yang agak baru jugak lah diperkenalkan under MARA. Apa advantage dia ?


  • Tiada foundation. Terus masuk first year.
  • 1 Tahun kat Malaysia, 2nd year kat Jordan (JUST)
  • The best part is. for the first 3 sems, ujian dia semua OBJEKTIF. best? lagi senang dari SPM.haha.
So kalau nak tau, u can read it from my special interview with my beloved sister, Wanie Cham :)
#Seorang hafizah taww~ :)

"Salam and greetings. 

this post is for the dearest juniors. although I'm not sure if this can do any help much.. as our experiences r the same not.

ok so, it happened that i was told to tell a story about how it all turned out to be here, the place where I'm currently studying at. 
I'm currently studying, by His will, in unikl mestech (institute of medical sc and technology if I'm not mistaken), doing prep/foundation to further study in jordan, insyaAllah. jordan, as in JUST (jordan university of science and technology).

so how did i get here? 

turns out after spm, u need to fill in some forms in...(a link will be b provided in advertisements in the newspaper). so u go there and u choose either MARA/JPA. although i was notified that there will b no more JPA scholarships for this year. their policy changed for some reason (most probably because they r lacking money). so the path which i clicked on, it was MARA as i wasn't confident with the result that i had. of course before u can even start showing off ur talent in the interviews u firstly need to qualify urself to the interviews with ur result. so there, i chose MARA. and when u fill in the forms, there will be a section when u have to choose basically the place that u wish to study. again, uncertain of my results i chose medicine timur tengah (although i really wished i would have clicked non timur tengah and go study abroad in UK or something. but nnt takut kena campak dekat india and indonesia pulak... ==) 

fast forward a few billion months, alhamdulillah got an sms from mara saying that i need to attend myself at the MARA office in shah alam on certain days. my experience, that day also happened to be my exam day in Darul Quran! and after a few call to the MARA HQ they said that if u can't attend on that day then there was nothing else that they could do~ == 

so i spoke to the person in charge in DQ pulak, saying that i needed to save my future and attend the interviews. lol. and alhamdulillah, Allah cleared my way, and made it easy at last. i was to sit for the exam in the morning at quickly rushed myself to shah alam for the interview in the afternoon/petang. 

upon arriving, had a few complications because they said that my name was in the morning session and they thought that i didn't attend the interview. but at last, they still gave me some form to fill up, and year subhanallah! its time for interview! 
mind u, before u go for the interview u still need to fill up some forms and they will ask u again which place do u think u prefer to study. some people say they actually look at the choice in the form that u fill up, not the one in the online form. so at that time i thought that i wanna go to aussie at least, so i put aussie instead of timur tengah. alas, Allah noes better of what He has for me. 

so my interview session was the last session for the day, and i was like so nervous because everyone else had gone back and finished their interviews, only left a few more people like me. we have 6 people in the group at that time, 3 boys and 3 girls. and i made friends with one of the girls whom happened to get UPU UM kott, which was like superb. her results were great, all A+ except for her english. and i thought that,,.perghh habis lah aku nnt! but never mind, just do ur best. 

so fast forward another billion months, alhamdulillah i managed to get the scholarship! subhanallah...it was when my house was robbed that we got the news. and Allah really noes best of what He has for me, for us... His servants. 

so this program I'm in, its like a twinning program but aint one. this is the 3rd batch that MARA is offering to do this. instead of going to INTEC for three months then straight away go to jordan to start ur first year there, we are to stay here and do our first year here. since the first year of medicine according to jordan's scheme of study is kinda like foundation, so they think that maybe its better to study here first. as u noe, there r like 800 students doing medicine in JUST so u may not get used to the overpopulation and ur studies might get bumpy there. 

so this program, for medicine = 1 year here and the next 5 years there. n ill be graduating under JUST, takd beza whatsoever than the people dr INTEC then straightaway go to jordan. and for dentistry pulak, 1 year here and 4 years there in jordan. 

although u need to get 3.5 CGPA if u wanna go to jordan.. bear in mind that. 

so i guess thats it. any inquiries Arifuddin, do ask me. haha! penat ahh tulis niiii! =) 

the end.

Saturday, January 28, 2012

Special scholarships ( untuk melayu sahaja?)

   Assalamualaikum,

hey guys , rasenye nak share something dengan korang. Tapi korang kena baca sendiri lah satu conversation antara aku dengan sorang budak Malaysia yang dah 2nd year kat UK buat engineering. Dia ni nak kata top student tu tak lah tapi dia ni mestilah straight A, then dia dpt offer satu scholarships ni yang 3 bulan lepas result dah fly. YES. I SAID BULAN 6 DAH FLY. Meh sini aku share dengan korang.



  • 12 hours ago
    Arifuddin Adam
    • wasalam

  • 12 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • rahsia kerajaan yang orang melayu je boleh tau

  • 12 hours ago
    Arifuddin Adam
    • ok dpt

  • 12 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • ak taleh gtau open3

  • 12 hours ago
    Arifuddin Adam
    • cte skit weh?
    • haha
    • okey2

  • 12 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • betullah
    • sebab
    • kat cni
    • program orang melayu
    • pastu cam.
    • ikut rezeki la

  • 12 hours ago
    Arifuddin Adam
    • o0o0~

  • 12 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • sebab ni prog khas orang melayu
    • ak pon tah cemane leh dapat

  • 12 hours ago
    Arifuddin Adam
    • cne kau apply ehh??

  • 12 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • ak minx jpa je cam biasa
    • tapi
    • dia macam pilih certain2 orang (kriteria dia aku tatau)
    • untuk datang cni
    • tapi kitorg bkn the best la. (pndpt ak)
    • but ko apply je jpa cam biasa.
    • ak minx german kot aritu
    • tapi dpt sini
    • -.-'
    • tapi, kalo ko nak jalan yang insyaAllah konfem dapat sni
    • paling sng amik dgn exxon
    • tade la sng
    • tapi
    • kalo lpas interview dy
    • konfem sini kalo tak silap
    • sbub dak exxon mostly kat sana
    • people that i know of la

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • owhhh. tapi tahun aq da xde jpa lahh bro...

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • ouh
    • haha
    • erk
    • ak tatau la cenggane
    • -.-'
    • torai la exxon
    • kalo ada.
    • tak pon mara

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • owh
    • ade pape tips or nak share psl biasiswa nih?

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • erm
    • erk
    • ouh em
    • ko nak amik course apa?

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • medic
    • tp kalo pape pon x kisahlah
    • asalkan fly
    • haha

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • dude
    • jgn doe
    • buat mistake mati hang blaja tak larat.
    • haha
    • gini
    • kalo interview tu
    • just be yourself

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • and whatever you do
    • jangan nak poyo2 buat cerita
    • kalo ko salu tdo
    • cakap je salu tdo
    • but make sure
    • ko kene nak jadi baik la
    • and then
    • honest la
    • kalo tak ske
    • ckp je tak
    • tapi jgn plak cakap ko benci kerajaan
    • -.-'
    • tu mang carik maut la
    • and then
    • doa byk2
    • it works miracle
    • betulkan niat kenapa nak blaja sume2 tu

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • wow
    • lagi2??

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • sat na


  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • hahahaha


  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • -.-'
    • bereh boh
    • pelas
    • jgn tamak

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • ok 

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • kalo da tau nak apa
    • amik je course ap yg ko nk
    • jgn nak mengada amik course2 lain pny scholar (pndpt ak)
    • but make sure
    • decision ko betul
    • and not much to tell act, just be honest and yourself, cos they all want to evaluate you
    • and not your lies
    • be sure you are confident

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • ok aq nak medic! 

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • cos when you're honest
    • ko boleh cerita dgn selesa
    • and, vanderbilt, is for engineers. but kalo dapat sini,, ko boleh kaw team dgn advisor untuk amik premed. which jalan dia lagi lama nak jadi doctor la

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • slalunya scholar ape yg org tak tau tapi ada?
    • mcm kau pny tuh
    • ade lg x?
    • yg special2

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • ouh
    • erm
    • tak byk
    • ko kene carik
    • mostly yang luar ngr la
    • ko kene rajin google
    • taim ak ak rajin gak google
    • tapi
    • nak selesa
    • mara or jpa
    • but kalo nak kaya
    • khazanah la
    • woot woot

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • but everything else is just ok
    • ko kene carik
    • ada satu dul
    • dulu
    • uwc kot
    • dunia pny
    • ada malaysia sorg dapat
    • and then ada a few more
    • kalo ko rakyat tengganu bes gak
    • ada dorg nye scholar sndr

  • 11 hours ago
    Arifuddin Adam
    • tp mostly yg tu kan just agama pny subjects

  • 11 hours ago
    Fateh Lani Moq
    • erk
    • kinda la
    • just google like everyday la
    • bkn keje pon
    • unless ko masuk apa nama nye tu
    • tahfiz la cam wanie
    • insyaAllah no problem
    • but like i said, keep your heads low and pray to Allah
    • insyaAllah you will be fine.






      Got it guys? InsyaAllah I ll bring some more experience from genius students. 

      tata~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...