Tuesday, December 14, 2010

Negara Islam(Daulah Islamiah)

Assalamualaikum.

    Kali ni post untuk info wahai penduduk bumi sekalian.Sekali pandang agak nampak macam berpolitik,tapi sebenarnya tidak.Saya baru sahaja mendengar seorang ustaz ni ade bg ceramah.(mcm jarang je dgr).So,im here to share it with you.

   Sebenarnya apa yang korang faham dengan negara Islam?Adakah semata-mata hukum hudud?Adakah hanya hukuman rejam terhadap orang yang berzina?Adakah hanya hukuman potong tangan bagi yang mencuri?

   Sebenarnya tidak.Sebenarnya minda rakyat di negara kita telah dipesongkan dengan cerita-cerita yang tidak munasabah.Tahukah korang apa sebenarnya senario yang berlaku di negara kita ni?Sebenarnya kita telah ditipu dengan perkataan negara islam sebagai negara beragama.Istilah ini tak sepatutnya wujud.Sebab kerana inilah ramai yang takut nak menerima konsep negara Islam kononnya nanti nak kena jaga tatasusila korang lah,ape lah.

   Sebenarnya fobia ini telah wujud di Eropah pada suatu zaman dahulu.Ingat tak lagi bagi sesiapa yang dah belajar sejarah tingkatan 4?Zaman reinassance?Dimana zaman ni dikenali sebagai zaman kegelapan.Pada ketika ini,golongan paderi telah menguasai pentadbiran di Eropah.Mereka telah membuat pelbagai onar sehinggakan konsep negara beragama ni telah disalahtafsirkan oleh masyarakat kita di Malaysia.Ianya dianggap sebagai mengongkong.Tetapi,sebenarnya negara Islam ni adalah negara sivil.Negara yang penuh dengan harmoni.

   Antara perkara yang perlu dijaga oleh pemimpin Ialah:

  1. Menjaga Agama
  2. Menjaga diri (hifzu nafs)
  3. menjaga akal
  4. menjaga keturunan
  5. menjaga harta
  6. Ada ulamak yang menambah menjaga maruah.


    Kita ambil contoh suatu kisah dimana Saidina Umar Al-khattab,menjadi khalifah menggantikan Saidina Abu Bakar As-siddiq.Ada seorang sahabat nabi yg bernama Salman Al-Farisi.Salman dengan berani telah menegur Saidina Umar dengan berkata "'Wahai Umar,mengapakah baju yang kau pakai lebih besar dari kami?(Saidina Umar bertubuh besar sedikit),sedangkan pakaian yang kami dapat adalah sama dari Baitulmal?".Maka saidina Umar pon menyuruh anaknya menjawab,"sebenarnya pakaian yang berlebihan itu adalah milikku.Badan ku yang kecil ini hanya mmerlukan sedikit kain sahaja.".so,the point here,Kalaulah masih ada orang di negara ni yg seperti Salman ni,rasanya tak timbul masalah politik yang aneh2.Saya maksudkan yg aneh2.So paham2 lah sendiri.Ustaz ni jgk ada sebut yg kita BOLEH memberi pendapat kita terhadap pemerintah bahkan dibenarkan juga untuk MENGKRITIK apa2 yg rasenye salah pd logik manusia.Tapi,pastikan ikut saluran yg betul.(bukan di kedai kopi ye)

      Selain itu,Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah bercakap, "saya sebenarnya samalah dengan kalian.Manusia biasa.tiada perbezaan taraf.Cuma saya telah diberikan amanah yang lebih sikit daripada kalian.".Agak2nya kalo ada pemimpin kat Malaysia yg cakap macam tu korang nak undi tak?(tu pun kalau ADE lah~)

     Every nation has their own administration.Tapi,negara yang terbaik adalah negara yang mengikut hukum ALLAH.So guys,just think about it.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...