Saturday, January 21, 2012

Bacaan Unik Dalam Quran

   Assalamualaikum,haha.lame rasenye tak update blog nih since dah dapat kerja.Penat tersangat bila dah start keje.Btw,dapat offer ajar budak mengaji,Arab and P.Islam for primary school tambah budak f1 and f2 sikit2.Yeah,mengajar budak2 ni bukan benda yang mudah.Kita yang dah besar nih kena study behaviour sorang2 dulu.Kalo kita standardize kan semua budak2 same je,memang takkan masuk lah apa yang kita ajar.

  So,bila malam2 nih rase sedih+bingung (love story of course), cube lah cari something as hiburan.Then jumpe satu blog ni cerita pasal bacaan-bacaan unik yang ada dalam quran.Sebab pagi tadi baru je mengajar budak2 ni ayat2 yang pelik dalam quran and kita takkan belajar benda ni tanpa guru.

  Here is the article,


1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

************
2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

**********

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

**********

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)




______________________________________

p/s : sekarang pergi ambil al-Quran masing-masing dan tulis lah note tepi tu. Kalau nak ingat macam susah je kan, baca al-Quran bukannya khatam tiap-tiap minggu (kalau ya, ALHAMDULILLAH) boleh baca ulang-ulang kali.

p/s lagi : sebar-sebarkan ini untuk kebaikan bersama :)

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...