Monday, January 23, 2012

Nothing is impossible in this world.

     Assalamualaikum,hye guys.

  Sebenarnya aku rase sangat lah malasnya nak update blog yang dah lame tak hantar service nih.haha. Tapi memandangkan aku sudah kebosanan tahap melampau, so aku tulis je laa ape2 pon. wahaha.

                                                         Yeah,rumah aku ni.HAHA


  Oh ye,semalam ber-BBQ bersama keluarga tersayang,saudara-mara,and nenek tunggal ku.Rasa enjoy sangat melihat mereka yang dah berubah dan mempunyai identiti yang berbeza-beza. Serius aku cakap, aku tak sangka setelah beberapa tahun tak jumpa, rasa macam lain gila. Well, duduk hostel lima tahun kott. Kawan2 kat kejiranan aku ni pon sorang je. tu pon pergi PLKN. so boleh bayangkan lah betapa bosannya duduk rumah menunggu result SPM yang sangat menakutkan tu (Asal laa lambat sangat result ni keluar.kalau keluar besok boleh takk?)

  Okay,back to the story, aku menjadi seorang silencer semalam. For the first time in my life, aku cuma makan seketul ayam and 2 ketul tembikai je. Selebihnya aku just tolong2 kemas and panggang. Aku akui, memang takde mood kot. Ye lah, disebabkan kes dengan sorang KAWAN ni, hidup aku jadi tak tentu arah. Takpe lah,May Allah Bless You my friend. Then majlis berbeku yang bermula dari pukul 4 petang semalam berakhir sampai pukul 10 malam. Fuh,rumah aku sangat memekak. Tapi well,jiwa aku terasa sangat kosong.Thanx again kawan sebab buat aku rasa macam ni.

   Then, aku ingat nak tidur awal, tapi tiba2 pulak penarik hati aku iaitu FACEBOOK and SKYPE ni berjaya membatalkan niat aku untuk tidur.Akhirnya jam di dinding menunjukkan jam 3 pagi. Hebat betul penangan FB nih.So bila aku bangun pagi tadi,mak aku jerit,"Arif! bangun! da pukul 7 pg ni!(aku tak tahu lah sama ada mak aku saje nak buat aku gelabah ke hape tapi memang mak aku akan cakap pukul 7 even jam tunjuk pukul 6.saje nak bagi aku bangun cepat) tapi aku rasa memang aku bangun lambat pun pagi tadi.Astaghfirullah.

   Then bangun pagi2 aku ingat nak teman adik2 aku pergi library shah alam, tapi, bila bukak website dia,  tiba2 keluar nih,

PENGUMUMAN : Kepada pengunjung yang dihormati, untuk makluman perkhidmatan perpustakaan kelolaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ditutup bermula hari Isnin 23 Januari 2012 hingga Selasa, 24 Januari 2012 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Perkhidmatan perpustakaan akan beroperasi seperti biasa mulai Rabu, 25 januari 2012. Pihak pengurusan dan seluruh kakitangan PPAS ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua. Kepada yang bercuti di kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Terima kasih.


 Aku pon, WTH? aduh, tak pasal2 cancel.haha.


Okey done. Just nak inform, nothing is impossible in this world. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...