Friday, September 17, 2010

Kebenaran yang lebih terang drpd matahari terik di tghari~



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.





Cinta antara 2 jantina ( jantina = jantan + betina)


Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. “[al-Hujurat:13].




Hmmm, daripada ayat ini, kita boleh ambil beberapa point yang agak menarik dan unik.



Pertama sekali, Allah jadikan manusia berjantina dan berkaum-kaum supaya kita saling kenal-mengenali.

Mengapa?

Kerana hanya dengan perbezaanlah baru manusia boleh saling-kenal mengenali.



Kalau Allah jadikan manusia semua satu jantina dan satu bangsa sahaja (1Malaysia), Allah tidak akan menggunakan perkataan "agar kamu saling kenal-mengenali" tetapi "agar kamu kenal sesama kamu".





Tetapi, apa yang menarik sangat pasal perbezaan antara jantina dan keturunan? Bukankah manusia mempunyai banyak lagi perbezaan seperti harta, pangkat, kebolehan yang berbeza dan banyak lagi aspek-aspek yang menyebabkan setiap manusia berbeza antara satu sama lain?


Jawapannya, memanglah manusia mempunyai terlalu banyak perbezaan, tetapi ketika manusia dilahirkan (dalam keadaan bayi), hanya 2 perkara itulah yang membezakan mereka, iaitu jantina (sama ada lelaki atau perempuan) dan keturunan(kaum, warna kulit, warna rambut, bentuk muka dan lain-lain). Kemudian, apabila manusia semakin besar, barulah wujud sempadan-sempadan lain yang dicipta oleh manusia sendiri seperti miskin kaya, pandai bodoh, rajin malas dan bermacam-macam perbezaan fizikal dan spiritual. Tetapi pada asasnya, hanya 2 perkara itulah yang membezakan manusia.





Kedua, ...... errr, saya tidak bercadang untuk menghuraikan lebih banyak mengenai ayat ini, takut nanti posting ni panjang sangat (sebab ada orang komen, posting saya semua panjang-panjang). Baiklah, bertepatan pun dengan tajuk posting ni, saya ingin ambil satu aspek sahaja, iaitu jantina.



------------------------------------------------------------------------------------------------




Manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan. Satu perkara yang unik yang jarang difikirkan.

Dan satu lagi perkara yang penting ialah:




Pernahkah anda berfikir kenapa anda dilahirkan sebagai seorang lelaki?




Pernahkah anda berfikir kenapa anda dilahirkan sebagai seorang perempuan?


Pernahkah anda berfikir, kenapa anda berbeza dengan adik-beradik anda? Kenapa abang anda lahir sebagai lelaki? Kenapa kakak anda lahir sebagai perempuan? Kenapa ibu anda lahir sebagai seorang perempuan manakala ayah anda pula lahir sebagai seorang lelaki?





Bukan sahaja tidak pernah terfikir, malah tidak ada sesiapa pun yang datang memberitahu anda kenapa anda lahir sebagai seorang lelaki atau perempuan. And the educational system today also are not going to tell you why and who really you are. This educational system is designed to control your mind from you small until you finish and graduate and teach you to compete between boys and girls to get employed by the capitalist. This system teaches boys and girls about competition between genders in study and in the whole life, but God never creates boys and girls to compete each other. This show how bad is the system nowadays.




Allah tidak pernah menciptakan lelaki dan perempuan untuk bersaing. Jika dilihat dalam acara sukan peringkat antarabangsa sekalipun, lelaki dan perempuan tidak diletakkan dalam satu acara untuk berlawan sesama sendiri. Dalam sesetengah anugerah seni, terdapat pengasingan anugerah untuk kategori lelaki dan kategori perempuan.Malah negara Barat yang memperjuangkan persamaan hak antara lelaki dan perempuan sekalipun, mereka tetap mengasingkan tandas mengikut jantina, tanads lelaki dan tandas perempuan. Tempat solat dalam Islam pun diasingkan lelaki dan perempuan. Ketua agama bagi semua agama telah dikhaskan untuk lelaki dan perempuan tidak perlu bersaing untuk mendapatkannya. Di mana-mana sahaja anda akan lihat bahawa lelaki dan perempuan adalah saling memerlukan dan tidak bersaing.


Di mana-mana sahaja anda akan dapati lelaki dan perempuan saling memerlukan, kecuali di dalam sistem pendidikan yang bodoh yang ada sekarang ini dan sistem pekerjaan ciptaan Kapitalis yang kejam yang mengajar bahawa lelaki dan perempuan perlu bersaing agar puak Kapitalis mendapat keuntungan.




Apa dia? Tak dengar?

Nak saya ulang?


Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah......
Hanya dalam sistem pendidikan bodoh inilah...... lelaki dan perempuan diajar untuk bersaing.







Pernahkah anda jumpa mana-mana institusi pendidikan yang mengasingkan anugerah untuk pelajar terbaik lelaki dan pelajar terbaik perempuan sebagaimana anugerah seni mengasingkan anugerah untuk pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik?





Jawapannya takde. Sekolah-sekolah Islam dan Universiti-universiti Islam sekalipun, semuanya sama sahaja.





Saya ingat sistem pendidikan hari ini akan melahirkan orang pandai, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Saya ingat orang yang berada di kelas-kelas dan universiti semuanya pandai-pandai, tetapi merekalah sebenarnya yang mengajak kepada perbuatan bodoh ini, iaitu bersaing antara lelaki dan perempuan.





HANYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN YANG BODOH DAN SISTEM PEKERJAAN YANG KEJAM PADA HARI INI SAHAJA YANG MENCIPTA SATU SENARIO YANG PALING BODOH DALAM SEJARAH MANUSIA, IAITU PERSAINGAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.



Jika umat-umat dahulu semenjak Nabi Adam berkumpul dan melihat umat akhir zaman ini, pasti mereka akan ketawakan kita dengan teruk sekali kerana umat akhir zaman ini sibuk bersaing antara lelaki dan perempuan. Sudahlah matawang umat akhir zaman pun hanya diperbuat daripada kertas sedangkan duit-duit umat zaman dahulu semuanya diperbuat daripada emas dan perak.


Malah orang-orang yang memperjuangkan persaingan di antara lelaki dan perempuan ini bukanlah orang-orang jalanan dan orang-orang biasa, tetapi orang yang mempunyai gelaran yang panjang berjela, mempunyai sijil bergulung-gulung dan mempunyai pangkat yang tinggi.



Itulah yang terjadi apabila anda tidak tahu kenapa anda dilahirkan sebagai lelaki dan kenapa anda dilahirkan sebagai seorang perempuan.




-----------------------------------------------------------------------------------------------





Baiklah, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi, bukan bersaing. Tapi as simple as that ke?





Apa maksud saling lengkap melengkapi? Adakah lengkap melengkapi dalam semua aspek? Jika anda salah faham dan salah aplikasi maksud lengkap melengkapi, sistem organisasi sosial manusia akan kucar-kacir.










Well, kita bincang benda lain dulu.

~~~~~

Dalam Islam, hukum taklif bermula selepas anda baligh. Ini bermakna anda mula dipertanggungjawabkan setiap perbuatan anda selepas anda baligh. Apakah petanda baligh?


Jika anda mengkaji petanda-petanda mencapai umur akil baligh, anda akan dapati bahawa semua petanda baligh adalah berkaitan dengan organ-organ yang akan menyebabkan seseorang itu akan mempunyai perasaan terhadap kaum berlainan jantina.





Kenapa?





Kenapa penting sangat tarikan antara lelaki dan perempuan sehinggakan ia menjadi petanda bahawa seseorang itu telah baligh?






Kerana hanya apabila wujud perasaan terhadap kaum berlainan jantina sahajalah akan mewujudkan perhubungan di antara lelaki dan perempuan. Apabila wujud perhubungan antara lelaki dan perempuan, maka akan wujud pulalah sebuah keluarga dan daripada keluarga akan lahir masyarakat dan seterusnya negara yang lebih besar.





Dan ini bermaksud apabila seseorang itu baligh, tubuh fizikalnya sudah dipersiapkan untuk membina dan menguruskan sebuah keluarga, masyarakat dan negara, sebagaimana ulat bulu yang bertukar menjadi rama-rama. Tubuh fizikal rama-rama telah dipersiapkan oleh Tuhan yang Maha Pencipta untuk menjalankan tugasnya menjalankan proses pendebungaan.




Rama-rama diberikan nikmat dapat terbang tetapi turut memainkan peranan penting mengutip debunga disamping menjalankan proses pendebungaan.

Begitu juga manusia, manusia diberi nikmat perasaan antara lelaki dan perempuan tetapi sebagai balasannya mereka harus bertanggungjawab menjalankan proses mentadbir bumi ini.




Setiap nikmat datang dengan tanggungjawab. Fikirkanlah..........





Baiklah, bercakap mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan, pasti ada banyak faktor yang menyebabkan lelaki dan perempuan saling tertarik tapi saya akan sentuh satu sahaja, iaitu "CINTA", sesuai dengan tajuk posting ni.


Tapi orang hari ni hanya nampak cinta di antara lelaki dan perempuan hanya sekitar percintaan mereka sahaja, tanpa mereka sedari bahawa cinta mereka boleh memberi kesan kepada sebuah negara. Kerana itu, bab cinta bukan satu benda yang main-main.




Cinta adalah nikmat yang datang dengan tanggungjawab.







----------------------------------------------------------------------------------------------



Baiklah, apa itu cinta?



Cinta sebenarnya cuma sejenis perasaan, sama seperti perasaan takut, marah, geram, sedih, gembira dan lain-lain. Maka cinta ni adalah sejenis perasaan sahaja. So kenapa ia begitu istimewa?






Jawapannya, kerana anda sendiri yang menganggap ianya istimewa. Anda membiarkan diri anda dilamun cinta.

Sama juga seperti jika anda membiarkan diri anda dilamun perasaan takut, maka dengan itu perasaan takut akan sentiasa menghantui anda.







So, bagaimana ingin mengawal perasaan cinta ini?




????????????



Untuk menjawab persoalan ini, saya bagi sebuah analogi.





Ada orang kata (aku la tu) cinta ibarat drift (gelangsar).






Kenapa?



Sebelum tu, biar saya terangkan dahulu apa itu drift.




Drifting adalah satu teknik pemanduan kereta seperti yang selalu lihat dalam filem-filem, di mana teknik ini adalah bertujuan untuk memandu pada kelajuan yang paling maksima ketika mengambil selekoh tajam (ni definisi yang watak dalam cite initial D bagi).





Tetapi hakikatnya, drift adalah satu situasi yang mana kereta berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana tayar belakang kereta sudah hilang cengkaman dengan jalan raya. Hanya tayar hadapan sahaja yang masih memegang jalan walaupun orang nampak macam hebat.



Kalau nak lebih faham, tengok video ni. Anda akan nampak kereta yang sedang drifting sebenarnya dikawal dalam keadaan kereta itu hilang kawalan (tayar belakang).






Maka seperti yang anda telah lihat, kereta yang sedang "drifting" akan membiarkan tayar belakangnya bergeser hilang cengkaman dengan jalan (sama ada tayar itu dihentikan secara mengejut dengan handbrake atau di"accelerate" secara mengejut menggunakan gear rendah) dan hanya tayar hadapan yang mencengkam jalan dan digunakan untuk mengawal kereta.




Dan orang-orang yang melakukan drift ini sebenarnya mereka membiarkan kereta mereka dalam keadaan hilang kawalan dan cuba mengawal kembali kereta mereka dalam keadaan tersebut. That's the fact. Silap sikit sahaja boleh menyebabkan kemalangan yang teruk kerana pemandu hanya menggunakan tayar depan kereta untuk memandu.





Bolehkah anda melakukan aksi drift di jalan raya biasa?



~~~

Tidak boleh, polis pasti akan menyaman anda dan kereta anda mungkin akan disita (saya tak pasti sangat pasal hukuman) atas tuduhan memandu secara berbahaya.



Tetapi jika anda masih mahu melakukan drift juga, masih ada caranya yang sah mengikut undang-undang.


Bagaimana?



Jawapannya ialah dengan melakukannya di gelanggang atau litar khas (yang bukan menjadi laluan awam). Anda boleh membuatnya sendiri atau menyewa. Kemudian anda persiapkan kereta anda supaya menepati spesifikasi yang sesuai untuk melakukan drift. Kemudian lengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan dan berdriftlah sepuas hati kerana polis tidak akan menganggu anda lagi.








Apabila anda melakukan drift di jalan biasa, anda akan membahayakan nyawa anda sendiri dan nyawa orang lain. Sudahlah jalan yang anda gunakan tidak dibina untuk kesesuaian seorang pelumba (lagi-lagi jalan kat Malaysia yang buruk yang banyak lubang dan bonggol disamping banyak tol), kemudian akan menganggu pula pemandu-pemandu lain.




Tapi apabila anda melakukannya di litar khas, barulah keselamatan terjamin.





------------------------------------------------------------------------------------------------





So apa kaitannya drift dengan cinta (antara lelaki dan perempuan)?



Pertama, sebagaimana yang saya cakap tadi, drift adalah satu keadaan di mana kereta dalam keadaan hilang separuh kawalan. Begitu juga dengan cinta. Apabila seseorang membiarkan dirinya dilamun cinta, dia akan kehilangan kawalan terhadap dirinya.



Maka, apabila seseorang ingin membiarkan dirinya dalam keadaan "hilang kawalan", maka dia perlukan satu "platform" khas, iaitu perkahwinan.




Bahaya cinta sebelum berkahwin adalah lebih daripada bahaya melakukan drift di jalan biasa.



Kenapa bahaya? Kerana cinta mampu mebuatkan anda tidak sedar dan hilang kawalan. Jika anda bercinta dalam "lingkungan" perkahwinan anda lebih terjaga. Tetapi jika anda bercinta tanpa ikatan perkahwinan, macam-macam benda boleh terjadi tanpa anda sedari kerana anda melakukannya atas dasar "cinta itu buta".





-----------------------------------------------------------------------------------------------



Baiklah, apa itu berkahwin?




Jika anda seorang yang suka berfikir, anda akan dapati bahawa "sistem perkahwinan" bukanlah idea ciptaan manusia. Kenapa? Cuba anda fikir, siapakah agaknya orang pertama yang menonjolkan idea bahawa lelaki dan perempuan perlu berkahwin?


Sape sebenarnya yang pertama sekali menonjolkan idea bahawa lelaki dan perempuan perlu berkahwin?


Takde siapa.


Jawapannya, mustahil ia datang daripada pemikiran manusia. Jika ditanya manusia, sudah pastilah manusia ingin bercinta antara lelaki dan perempuan tanpa ada batasan dan peraturan kerana manusia memang suka berseronok.






Dan yang pasti, "perkahwinan" sebenarnya adalah idea atau ilham atau wahyu yang datang daripada Allah, Tuhan sekalian alam. Manusia mahukan keseronokan tetapi Tuhan ajarkan kebahagiaan.





Apa beza "seronok" dengan "bahagia"?




Biar saya terangkan. Dunia ini penuh dengan nikmat. Dan ada 2 cara untuk mengecapi nikmat-nikmat dunia yang banyak ini iaitu pertama mengecapinya dengan keseronokan dan yang kedua mengecapinya dengan kebahagiaan.


Syaitan sentiasa menyeru kearah keseronokan tetapi Allah menyeru kearah kebahagiaan.

Keseronokan bersifat sementara manakala kebahagiaan bersifat kekal. Hari ini begitu ramai manusia memburu keseronokan dengan mengorbankan kebahagiaan mereka. Cinta sebelum perkahwinan adalah keseronokan manakala cinta selepas perkahwinan adalah kebahagiaan. Anda sendiri boleh faham ayat ini.



Seronok lebih bersifat sementara dan menipu manakala bahagia adalah bersifat lebih kekal dan bersifat sebenar. Saya tidak pasti sama ada anda sudah faham atau tidak.




Sebagaimana juga dadah, lumba haram dan lain-lain kejijikan yang hanya menjanjikan keseronokan tetapi diakhiri dengan kesengsaraan yang akan menghapuskan kebahagiaan.





Sedutan lirik daripada sebuah lagu, Dua Dunia, Too Phat ft Datuk Siti Nurhaliza :


"Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah, kerna bila dilamun indahnya tidak terkata...".




Cinta berakhir dengan pasrah. (lagu-lagu jiwang macam ni apabila menyebut perkataan cinta, mereka hanya memaksudkan cinta sebelum perkahwinan). Ini pengakuan daripada mereka sendiri. Kenapa ingin bercinta juga jika kesudahannya hanyalah kesedihan dan kekecewaan? Alasannya hanya satu sahaja, iaitu kerana bila dilamun cinta indahnya tidak terkata.

Inilah yang dinamakan keseronokan sementara yang akan menghapuskan kebahagiaan.
Kerana keseronokan yang tidak terhingga, mereka sanggup melupakan kesengsaraan yang besar dipenghujungnya.




------------------------------------------------------------------------------------------------



Apa kepentingan berkahwin?



1. Meneruskan kelangsungan zuriat.
Tanpa perkahwinan, perempuan tidak akan sanggup mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Kenapa? Kerana tiada lelaki yang akan tolong menjaga dan menyara dirinya dan anaknya. Jika melakukan hubungan haram, dia akan memilih untuk tidak mengandung. Jika termengandung sekalipun, bayi tersebut akan dibuang. Tanpa pernikahan, anak-anak tidak akan dilahirkan. Lihatlah apa yang berlaku di negara Barat. Kadar pertumbuhan mereka terlampau kecil berbanding dengan orang Islam kerana mereka menghalalkan zina.

Jika zina tidak diharamkan, orang akan seronok menjalinkan hubungan tanpa memikirkan tanggungjawab. Maka kaum wanita juga takut untuk melahirkan anak. Kesannya, institusi kekeluargaan akan runtuh kerana masyarakat merasakan perkahwinan itu tidak perlu.

Jika ada anak haram yang lahir pun, cubalah anda fikir sendiri bagaimana perasaan anak itu ketika remaja nanti yang tidak lahir dalam sebuah suasana keluarga yang sah, tanpa kehadiran emak dan ayah.






2. Menguatkan jati diri.
Lelaki dan perempuan saling memerlukan dan saling kuat-menguatkan. Tetapi jika salah caranya, kesannya akan jadi terbalik. Sebagai contoh, orang-orang yang hebat, berjawatan tinggi sama ada dalam sejarah atau pun zaman sekarang, semuanya sudah berkahwin. Ini kerana perkahwinan akan menguatkan spiritual mereka. Tetapi kehebatan mereka akan musnah apabila mereka bercinta (skandal) dengan perempuan lain (tanpa perkahwinan).

Lihatlah pula betapa ramai remaja yang hancur hidup mereka kerana bercinta sebelum berkahwin. Mereka kecewa apabila putus cinta, sedangkan "putus cinta" selalunya memang tidak dapat dielakkan dalam percintaan sebelum perkahwinan.







3. Pintu kebahagiaan.
Sebagaimana yang telah saya ceritakan tadi, perkahwinan lambang kebahagiaan manakala cinta sebelum perkahwinan hanyalah keseronokan. Dan keseronokan pula sifatnya tidak berkekalan. Apabila anda telah tua nanti, adakah pasangan haram tersebut akan kekal?


Tidak.


Lihat lah orang-orang tua sekarang. Hanya keluarga yang sah yang menemani mereka dipenghujung usia mereka. Ini kerana keluarga adalah lambang kebahgiaan dan kebahagiaan bersifat berpanjangan.

Anda mungkin merasa seronok dengan pasangan haram anda, tetapi anda hanya akan bahagia dan tenteram apabila bersama pasangan halal.









4. Memenuhi tuntutan nafsu.
Lelaki dan perempuan memang mempunyai nafsu sesama sendiri. Lelaki dan perempuan suka bergurau senda bersama-sama, suka berborak, mengusik dan lain-lain. Jika lelaki dan perempuan dibenarkan untuk bersuka ria bersama-sama tanpa perkahwinan, sudah pastilah kaum lelaki tidak akan balik segera ke rumah untuk bersama dengan isterinya. Lebih baik mereka berbual, bergurau senda dan mengusik kawan-kawan perempuan di tempat kerjanya.


Anda boleh lihat di mana-mana sahaja, lelaki dan perempuan bergelak ketawa seolah-olah perkara tersebut tidak haram. Mereka memberi alasan mereka hanya "berkawan". Pernahkah Nabi "berkawan" dengan perempuan?

????


Kerana itulah Islam telah menetapkan bahawa lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin tidak boleh berbual-bual, bergurau-gurau dan lain-lain kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan "keistimewaan" perkahwinan. Seorang suami tidak lagi menganggap isterinya istimewa kerana dia masih boleh berdamping dengan perempuan-perempuan lain jika lelaki dan perempuan dibenarkan bergaul secara bebas. (Lelaki dan perempuan hanya boleh berhubung jika mempunyai perkara penting, dan ketika berurusan mestilah serius).



Namun, sebaliknya yang terjadi pada hari ini. Hubungan antara suami isteri semakin tidak ceria apabila masing-masing merasakan bahawa mereka boleh "berkawan" dengan kaum berlainan jantina di luar rumah. Rumah tangga semakin sunyi daripada gelak ketawa dan senda gurau suami isteri yang menyebabkan hilangnya kebahagiaan. Suami hanya balik ke rumah setelah penat di luar sana. Setelah lama berkahwin, perasaan untuk cepat-cepat pulang ke rumah menemui isterinya semakin hilang kerana "keistimewaan" senda gurau suami isteri telah hilang. Apabila hilang kebahagiaan, mereka cuba menggantikannya dengan keseronokan seperti pergi ke pesta ria dan lain-lain. Tetapi hakikatnya, kebahagiaan tidak dapat digantikan dengan keseronokan. Keseronokan hanya sementara. Anda hanya penat berseronok. Kemudian habis.


Anak-anak turut terkena kesannya. Mereka akan rasa bosan tinggal di rumah kerana kebahagiaan tidak lagi wujud. Mampukah ibu bapa mereka memberikan keseronokan kepada mereka setiap saat?


Tidak, keseronokan tidak akan berterusan tetapi ibu bapa perlu memberikan kepada anak-anak mereka kebahagiaan. Hanya kebahagiaan yang akan terus wujud di dalam diri mereka pada setiap detik dan saat.

Ibu bapa sibuk memberikan anak-anak mereka keseronokan, memberikann anak mereka permainan, memberikan anak mereka kebabasan dan macam-macam lagi. Tetapi pernahkah mereka berfikir, adakah mereka telah memberikan kebahagiaan kepada anak-anak mereka disamping keseronokan?


.......






5. Membentuk masyarakat.
Hanya perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sah dan tersusun sahajalah yang boleh melahirkan masyarakat. Hari ini, terlalu banyak wujud perhubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak sah dan tidak terancang. Semuanya mengikut hawa nafsu.

Saya ingin membuat satu perumpamaan. Satu pertubuhan atau organisasi yang kuat mesti mempunyai asas yang kuat. Biro-biro kecil di bawah persatuan atau organisasi tersebut juga mesti dibentuk dengan kuat. Setiap ahli telah ditetapkan biro dan bidang tugas mereka dan tidak boleh dicampur adukkan dengan biro-biro lain.

Begitu jugalah masyarakat. Kekuatan sebuah masyarakat bergantung kepada kekuatan keluarga. Perhubungan antara lelaki dan perempuan sepatutnya perlulah disusun dan diatur sebagai mana ahli-ahli setiap biro ditentukan bidang tugas mereka. Begitulah pentingnya institusi keluarga.




6. Dan banyak lagi.










"Hari ini anda boleh tunjukkan kepada saya erti keseronokan, tetapi 20 tahun akan datang saya akan tunjukkan kepada anda erti kebahagiaan" - pesanan ini khas untuk seseorang yang tak puas hati ngan aku minggu lepas.... XD







-------------------------------------------------------------------------------------------------




Artikel di bawah dicopy dari laman web www.iluvislam.com


Bercouple Bukan Budaya Umat Islam 



BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman;

Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)


Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?


Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.


Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.


No comments:

Post a Comment

Kawan-kawan setia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...