Tuesday, June 10, 2014

Perdebatan isu gelatin babi. Dr Maza dan Ustaz Kazim

      Bismillahirrahmanirrahim. Kali ini kita ubah sedikit genre. Kita cuba lihat kepada perbincangan mengenai isu gelatin babi yang kian hangat di Malaysia. Berakarkan isu cadbury dan kini mengenai bihun yang tiada cop halal jakim, saya percaya bahawa isu gelatin babi ini lebih teras dan penting kerana apabila saya perhatikan terdapat sedikit perselisihan pendapat di antara dua ilmuwan islam tersohor di negara kita. Saya tidak berniat untuk memberikan apa-apa komen, tetapi ingin mengumpulkan rentetan-rentetan hujah yang diberikan oleh para agamawan tersebut supaya rakyat marhaen seperti saya lebih jelas mengenai hujah di antara mereka sekaligus mengelakkan berlakunya fitnah yang akhirnya menghancurkan umat islam sendiri.

Ustaz Kazim

Syeikh Yusuf Qardawi dan Dr Maza


Pada mulanya, saya ada terbaca artikel yang dikeluarkan oleh sebuah laman sesawang yang pada saya agak diragui sumbernya, tetapi setelah meminta bantuan beberapa sahabat untuk mencari artikel berkenaan Yusuf Qardawi menghalalkan penggunaan gelatin babi atas sebab 'istihalah' (salah satu cara untuk mengeluarkan hukum) di laman web rasmi beliau, maka benarlah, ada artikel tersebut.

Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain. Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut. “Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun. “Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan. “Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata. Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’. Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran. Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM. Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan. Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.

Sumber: (Suara TV, 2014)
Artikel dari laman web Syeikh Yusuf Al-qardawi: qaradawi.net

Tetapi, saya telah terbaca sanggahan oleh Ustaz Kazim mengenai penggunaan fatwa ini di Malaysia yang agak tidak kena pada uruf dan adat masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana fatwa yang telah dikeluarkan oleh syeikh yusuf ini adalah untuk masyarakat islam di Eropah yang lebih terdedah dengan makanan yang tidak pasti halalnya.


SHAH ALAM – Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias. Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak. "Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya. Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini. "Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging. "Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya. Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak. "Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Video ada di sini

Sumber: (Sinar Harian, 2014)

Secara ilmu dan hujahnya, ada benar dan logik akalnya. Beserta dalil yang diyakini beliau. Tetapi, agak mengejutkan apabila Dr Maza telah menyangkal dakwaan ustaz Kazim yang kelihatan seperti merendahkan kebolehan Syeikh Yusuf Al-Qardawi.



MENGULAS PENCERAMAH BEBAS YANG MERENDAHKAN DR YUSUF AL-QARADAWI Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram. Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi. Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas. Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini. Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya. Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah. Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat. Jika kita semak, pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani. Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi. Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi. Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan. Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan. Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkenaan membabitkan banyak produk yang wujud sekarang terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna

Sumber: Page Dr Maza

Setelah ditegur secara tidak langsung oleh Dr Maza, Ustaz Kazim telah memberikan respons yang juga agak emosional dari segi cara penulisan beliau.


Demikian adalah petikan dari facebook beliau. ” Saya sebut secara umum tentang masalah DNA Babi dlm satu ceramah di sebuah syarikat penerbitan. Tiada temubual diadakan tetapi petikan ucapan sy dijadikan sebuah tajuk bg sebuah berita maka jd hebohlah.. Ada pulak seorg Dr menjawab kata2 sy dgn hujahnya yg detail, elok dan bagus hujahannya.. maklumlah berhujah sorang2 dlm fbnya.. Sy tidak menolak atau menyanggah pdpat Dr Yusuf, siapalah saya utk itu ttp kata2 sanggahan itu ditulis oleh si wartawan bukan sy kata sy sanggah.. Itu pendapat Dr Yusuf, hak dia, dia ada ilmu. Cuma sy kata knp kita hanya melihat kpd pndapatnya sahaja n tidak melihat kpd pendapat ulama lain.. Bukankah ilmu fiqh ini luas dan knp kita tidak merujuk kpd Fatwa sedia ada dr kalangan ilmuan di negara kita? Sy sebutkan kesepakatan mazhab dlm pemakanan daging babi sy tak sebut dlm pggunaan organ atau bahagian lain babi yg menjadi khilafiah.. Yg Dr. sorang ni pulak main nak taram saya pasal pulak? Balik pd konteks yg dibncangkanlah iaitu dna babi bukan bahagian2 lain..Lain kali tanyalah dy dulu sblum nak ulas pjg lebar dlm fbnya.. Cubalah kembali semula kpd disiplin ilmu, hormat menghormati bukan mai tibai aje, siasat dulu antara tajuk akhbar online dgn isi ceramah yg begitu pendek. Jgn anggap kita aje bijak org lain kurang bijaknya, kita ada majlis fatwa maka adalah lebih afdhal utk merujuk ke majlis fatwa spy selesa n selesaikan masalah. Sy mengajar di masjid dan surau menggunakan kitab2 tulisan Dr Yusuf n sy kagum dgn keilmuannya yg bagus tp dlm isu dna babi sy berpendapat adalah lebih molek kita merujuk kpd yg berhak didalam negara kita krn sesuai dgn uruf masyarakat setempat.. Dia berhak dgn pendapat ilmunya dan kita jugak berhak memilih fiqh selagi mana bertepatan dgn nas syarak .. Tlg lah hormati pendapat ulama2 yg lain jgk berlapang dada n kalau boleh kalau nak menulis di fb ke tweeter ke apa ke adalah lebih molek berbincng dan dapati duduk perkara yg sebenarnya bukan main tulis sahaja.Sy hormati pendapat Dr Yusuf dan sy jgk menghormati pendapat ulama2 lain, maka sy jgk berhak utk memakai atau bersetuju utk pndapat2 tersebut. Ilmu Allah sgt luas dan jgnlah kita paksa org lain menerima pendapat kita.. Kalau dah rasa dna babi tu halal terpulang la, bg sy buat masa sekarang zaman belum darurat tiada sebab utk sy memakan apa2 perkara yg berunsur babi atau dna babi..Bab khilaf mazhab ttg perkara lain ttg babi mmg saya akui sy maksudkan dlm ceramah sy ialah pemakanan daging babi itu sendiri, harap maklum..Ok la tu panjang dah ni jgn nanti ada org yg ternak babi bukan utk dimakan cuma utk dibuat dna babi….fikir2 kan lah.”

Sumber: Networked blog

Dan akhirnya Dr Maza dalam respons beliau yang terakhir, beliau berkata:


KESIMPULAN ISU ISTIHALAH KHINZIR Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara Majma' al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil? Saya ingin rumuskan seperti berikut; 1. Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa proses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih. 2. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain. Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan 3. Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram termasuk dari khinzir tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan: Fatwa (34) Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods? A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin: First: compounds of artificial chemical origin. Second: compounds of vegetal origin Third: compounds of animal origin Fourth: compounds dissolved in Alcohol The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following: The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items. The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal. As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter. Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do. Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut; 1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar) 2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon) 3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland) 4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France) 5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan) 6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK) 7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK) 8. Sheikh Ounis Qurqah (France) 9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK) 10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia) 11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain) 12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania) 13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK) 14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar 15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Saudi Arabia) 16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia) 17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait) 18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France) 19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan) 20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar) 21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK) 22. Sheikh Tahir Mahdi (France) 23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway) 24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan) 25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany) 26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE) 27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany) 28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim) 29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia) 30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany) 31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia) 32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland) 4. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah. Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah. 5. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya. 6. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal. 7. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.

Sumber: Page Dr Maza


Kesimpulannya:

Tahniah kepada yang telah membaca sehingga habis. Tujuan saya membuat kompilasi hujah dari 2 orang ulama' hebat ini BUKAN untuk melaga-lagakan ulama' sama sekali. Saya amat menyegani akan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua ulama' ini. Cuma yang hendak saya tekankan di sini, saya hendak sampaikan kepada golongan marhaen seperti saya ini juga mengenai hujah-hujah yang disampaikan oleh kedua-dua ilmuwan ini. Terpulang kepada diri masing-masing untuk memegang mana-mana dalil yang anda lebih yakin.

Pesanan saya, kadangkala janganlah kita menghakimi seseorang itu melalui cara penghujahan beliau semata. Kerana ulama' juga adalah manusia. Mereka boleh jadi terikut dengan emosi apatah lagi jika melibatkan ilmu yang dimiliki. Sikap keterbukaan kadangkala menjadi sesuatu yang sukar dicapai apabila melibatkan diri dan personaliti seseorang itu.

"Lihatlah pada apa yang disampaikan, dan janganlah lihat kepada siapa yang menyampaikan semata"
Tambah ilmu di dada, mantapkan iman di hati, tajamkan akal di minda, jadilah pemuda yang qawiy. In sha Allah.


1 comment:

  1. Ceramah dari ustaz azhar idrus mengenai isu dna khinzir ni.. Masih ingat kata-kata beliau..

    "DNA khinzir ni ibarat kain putih yang terkena lumpur. Kain putih tu hati kita lumpur tu DNA khinzir, jika kita sengaja kotorkan kain putih tu sememangnya kain itu akan kotor, tapi...jika kita tak sengaja pun, tersepak ke, terpijak kain tu dengan lumpur..kotor jugak kan?"

    Itulah hati, walau tak sengaja pun akan kotor juga. Hati diibarat kain putih. Moga kita semua dijauhi dengan perkara ini, perkara yang akan mengotorkan hati kita semua sebagai muslim. InshaAllah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...