After almost a month, the class had been started.
Realiti hidup sebagai seorang pelajar Kolej Maha Busy atau dengan nama jawa Kolej Mara Banting, tidaklah semudah yang disangka.
Seronok tu adalah jugak. Well, kalau nak compare life dengan lepasan SPM yang hanya bangun, makan, solat, tidur, (refer to myself) rasanya lagi seronok life sebagai IB student.
" Kau gila buat statement ni?"
Eh, tak. Ni jujur dari hati.
Sememangnya, kalau nak dibandingkan dengan life aku selama 19 tahun ni, aku berani katakan ini lah saat - saat hidup aku yang paling hectic.
Bayangkanlah, dalam masa 3 minggu, almost setiap hari ada meeting. Dan 1 hari sampai boleh ada 5 meeting. Rasanya DS Najib pun tak sesibuk aku. Ceh, haha.
Lagi-lagi, baru baru ni KMB first time nak buat "Megafair" yang julung-julung kalinya dibuat. Dengan tujuan untuk memperkenalkan KMB kepada masyarakat sekitar.
Hampir semua tugasan telah diletak di atas bahu MPP. Yeah, tak mahu komen panjang mengenai benda ni, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Biasalah, organisasi mana yang perfect kan?
Tapi, sungguh dalam proses nak handle karnival kali ni, aku telah dapat banyak pengalaman yang tak mungkin aku akan dapat dalam kelas. Even kepala hampir pecah memikirkan event yang sepatutnya di organise sebulan sebelum, tapi kami berjaya laksanakan dalam masa 2 minggu, tapi ilmu dan kesilapan yang dibuat merupakan benda yang paling berharga pernah aku dapat.
Dan, kali ni jugak aku dapat involve dalam nasyid buat kali pertama dalam hidup aku =) Mungkin sebelum ni aku hanya banyak menggunakan suara dalam bab2 tarannum dan quran, kini aku cuba hendak mengembangkan potensi aku sebagai da'ie tetapi melalui wadah yang lebih menarik !
My first show =)
Then, diteruskan jugak ada event penutup di mana Hafiz hamidun dijemput untuk menyampaikan zikir terapi beliau dan menutup majlis dengan selawat beramai-ramai. Kelebihan jadi penganjur program? Boleh berkomunikasi dengan artist ! :D
Nervous first time kena interview.
Promo Album beliau
Memang seronok dapat berborak dengan pendakwah yang aku sanjungi sejak form 1 lagi. Mungkin, ini petanda. Wallahua'alam. Masih banyak yang aku perlu belajar.
Kemudian, berakhir karnival,
Dan hidup sebagai seorang pelajar diteruskan semula. Mungkin agak sukar bagi aku pada mulanya. Ye lah, bayangkan bila masuk kelas, dah ada kawan-kawan yang sempat baca dulu sebelum cikgu ajar dan mereka lagi advance ke hadapan. Sedih, cemburu, down, semua ada. biarlah, cemburu dalam mengejar ilmu itu dibolehkan dalam islam. Jadi, ini lah pembakar semangat untuk aku teruskan perjuangan.
Dan normal untuk pelajar IB bila perkataan EE mula disebut dalam sem 2 ni.
"EE tu apa?"
EE tu sejenis makanan yang sekali makan 9 bulan tak rasa lapar.
Eh, tak tak.
EE adalah extended essay.
Ala - ala mini research.
Hurm, sounds like "mini" but still banyak benda kena buat.
4000 words to be written independently.
Kena cari tajuk untuk research dah cukup menggatalkan kepala yang tak berkutu ni.
Mungkin senang bagi rakan2 yang dah ada link, senang nak buat experiment guna lab university lain.
Tapi, aku yang hanya lah insan kerdil mana nak dapat mak cik dan pak cik hebat2 macam mereka.
Jadi, cuti 5 hari thaipusam dan maulidurrasul digunakan untuk pulun otak.
Alhamdulillah, dapat jumpa my mak long yang kerja dekat Institute Medical Research,
dia cakap dia boleh tolong sikit2. Phew~ Tarik nafas lega.
Now, waiting for me, JPAM camp, next week, Amal Islami camp, Pushing Boundaries camp, dan tak cukup space nak tulis segala camp dan aktiviti yang sedang menunggu.
Lupakan apa yang aku bebel kat atas.
Kerana, apa yang penting, adalah ambil ibrah dan pengajaran.
Rasul Allah S.A.W telah bersabda : Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.
Jadi, kepada hadek hadek lepasan SPM, plan cuti anda betul2. Enjoy enjoy jugak, tapi jangan lupa buat mutabaah amal.
Doakan saya.
Warm regards.
Arifuddin.
No comments:
Post a Comment