Assalamualaikum. Setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak update blog. *tiup2 habuk.
Selesai dengan 1 event yang boleh dikatakan agak besar, Teater Perdana MARA. Dan alhamdulillah berjaya dengan gempak serta sukses.
Tujuan aku menulis kali ini bukanlah untuk bercerita mengenai teater ini, atau test bio dan chemist yang telah berlalu, tapi aku ingin menceritakan kisah hidupku baru baru ini dimana ianya merupakan suatu rasa atau suatu keadaan diriku yang sangat ganjil dan pelik. Bukan senang nak luahkan apa yang aku rasa ni dalam 1 post yang bertaip apatah lagi hendak berkongsi rasa dengan sahabat lain.
Dahulunya time kat sekolah menengah, aku jarang mengalami 'masalah' ini. Atau boleh kata hampir tak pernah dek keadaan dulunya yang lebih menyentuh aspek realiti kehidupan tanpa hadirnya telefon bimbit, laptop, facebook atau twitter. Dengan kata lain, hostel's life. Sungguh aku tak pernah ambil kisah sama ada nak bersosial di laman sosial atau stay up all night hanya untuk bermain dan main serta main games serta movie. Keadaan ketika itu hanya penuh dengan rasa untuk terus berjihad, dan persekitaran ku hanya penuh dengan sahabat2 muslimin yang menjalinkan hubungan atas dasar ukhuwah fillah.
Tetapi kini, selepas SPM, aku kian jauh dari dunia itu. Hati yang telah dipasang tembok yang kukuh selama bertahun-tahun kian rapuh dimakan dosa dan al-lagha. Aku kian lalai dengan apa yang aku lihat dengan mata kasar. Ego serta sifat hasad dengki kian bertakhta. Apatah lagi kalau hendak bercerita mengenai rasa ujub serta riak yang seolah-olah menjadi lumut kekal di dalam hati. Sungguh, aku tak pernah menyangka benda ini secara senyap2 bertunas dan bercambah menjadi ranting-ranting serta menjadi semak yang kian tebal hari demi hari.
Bukannya aku tidak sedar. Bukannya aku tidak mahu keluar dari masalah hati dan jiwa yang kian meruncing, cuma aku terlalu slow untuk mencari jalan keluar sehingga aku hilang arah. Aku tak jumpa pintu keluar. Hari demi hari masalah aku kian bertambah, dan akhirnya aku diberikan amanah untuk memegang badan tarbiyah di KMB. Bukan senang nak terima. Tapi aku cuba gagahkan jua. Dan part yang paling penting, aku mula bangkit. Aku mula mencari support system aku sendiri.
Tetapi, aku tersalah langkah. Aku membina support systemku di atas satu asas berupakan manusia yang tidak kekal. Aku mula berkongsi masalah. Masalah demi masalah aku lambakkan diatas tapak yang ku bina dengan harapan supaya diri aku lebih ringan dan dapat bergerak lebih jauh. Tapi apakan daya, tapak yang kubina atas rupa manusia itu tidak kekal lama. Sahabatku mula menyedari masalah dan kepincangan dari support systemku ini. Dia terus bangkit dan mengejar matlamat kami yang sama. Tetapi, aku telah jatuh terjelepuk. Aku telah terbaring serta menjadi lemah untuk bangkit kembali. Aku tak berdaya untuk bangkit. Aku tak berdaya untuk membina kembali tembok serta mujahadah diri yang sudah sekian lama ku tinggalkan berkarat dalam diri. Aku tak jumpa cara nak 'polish' batu mujahadah ini. Aku tercari-cari dimana serpihan 'tundukkan pandangan' aku. aku tercari-cari serpihan 'hati yang bersih' aku. Aku sedang mencari dan terus mencari.
Aku tidak menyalahkan sahabatku yang terus bangkit dan berlari mengejar matlamat yang kami cita bersama dahulu. Itu adalah impian semua orang. Impian semua muslim dan mukmin. Hidayah Allah telah sampai ke hati dia dahulu dari hatiku ini. Dan hati ku ini hanya sedar akan hinanya diri ini selepas sahabatku ini pergi. Mungkin ini hidayah Allah untukku. Mungkin caranya agak berbeza, tapi DIA lebih tahu apa yang terbaik buatku. Dan aku bersyukur atas hidayah ini. Meskipun agak pahit serta berbisa umpama hati diremuk dan dibasuh dalam washing machine, tapi aku rela dari dibakar dalam api neraka kelak.
Jika dulu, masalah aku sering lambakkan kepada sahabatku, tapi kini, aku tiada lagi tempat bergantung. Aku jatuh tersungkur dan aku harus bangkit kembali. Ya. Aku harus bangkit. Benarlah kata orang, cintakan bunga, pasti akan layu, cintakan manusia, manusia akan mati, cintai Allah, DIA lah kekal abadi. Sesungguhnya tiada tempat bergantung yang lebih baik selain daripada ALLAH. Masih belum terlambat untuk aku memulakan langkah baru. Tapi aku memohon pada Allah supaya dikirimkan sahabat yang sanggup memimpin daku kembali untuk bersama mencapai matlamat yang satu.
Aku sedang berusaha. Walaupun hati ini tidak stabil. Tetapi ku harap agar tiada yang memandang serong kepadaku. Aku akan memulakan proses pencarian dan doakan aku supaya ditunjukkan jalan kembali :'( Sungguh aku ingin menangis, tapi walau air mata darah keluar sekali pun, tiada apa yang dapat diubah. Hanya perlu bermujahadah dan terus bermujahadah.
Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku tidak akan mencari hikmah itu, tapi akan ku cipta hikmah itu sendiri. Doakan aku untuk terus kuat bangkit dari semua ini !

ala..relax jela..
ReplyDeletemanusia selalu buat silap..