Saturday, January 26, 2013

Ibrah hidup yang hectic

After almost a month, the class had been started. 

Realiti hidup sebagai seorang pelajar Kolej Maha Busy atau dengan nama jawa Kolej Mara Banting, tidaklah semudah yang disangka. 

Seronok tu adalah jugak. Well, kalau nak compare life dengan lepasan SPM yang hanya bangun, makan, solat, tidur, (refer to myself) rasanya lagi seronok life sebagai IB student.

  " Kau gila buat statement ni?"

Eh, tak. Ni jujur dari hati. 

Sememangnya, kalau nak dibandingkan dengan life aku selama 19 tahun ni, aku berani katakan ini lah saat - saat hidup aku yang paling hectic. 

Bayangkanlah, dalam masa 3 minggu, almost setiap hari ada meeting. Dan 1 hari sampai boleh ada 5 meeting. Rasanya DS Najib pun tak sesibuk aku. Ceh, haha. 

Lagi-lagi, baru baru ni KMB first time nak buat "Megafair" yang julung-julung kalinya dibuat. Dengan tujuan untuk memperkenalkan KMB kepada masyarakat sekitar. 

Hampir semua tugasan telah diletak di atas bahu MPP. Yeah, tak mahu komen panjang mengenai benda ni, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Biasalah, organisasi mana yang perfect kan? 

Tapi, sungguh dalam proses nak handle karnival kali ni, aku telah dapat banyak pengalaman yang tak mungkin aku akan dapat dalam kelas. Even kepala hampir pecah memikirkan event yang sepatutnya di organise sebulan sebelum, tapi kami berjaya laksanakan dalam masa 2 minggu, tapi ilmu dan kesilapan yang dibuat merupakan benda yang paling berharga pernah aku dapat. 

 Dan, kali ni jugak aku dapat involve dalam nasyid buat kali pertama dalam hidup aku =) Mungkin sebelum ni aku hanya banyak menggunakan suara dalam bab2 tarannum dan quran, kini aku cuba hendak mengembangkan potensi aku sebagai da'ie tetapi melalui wadah yang lebih menarik !

My first show =)

Then, diteruskan jugak ada event penutup di mana Hafiz hamidun dijemput untuk menyampaikan zikir terapi beliau dan menutup majlis dengan selawat beramai-ramai. Kelebihan jadi penganjur program? Boleh berkomunikasi dengan artist ! :D

Nervous first time kena interview. 

Promo Album beliau

Memang seronok dapat berborak dengan pendakwah yang aku sanjungi sejak form 1 lagi. Mungkin, ini petanda. Wallahua'alam. Masih banyak yang aku perlu belajar. 

Kemudian, berakhir karnival,

Dan hidup sebagai seorang pelajar diteruskan semula. Mungkin agak sukar bagi aku pada mulanya. Ye lah, bayangkan bila masuk kelas, dah ada kawan-kawan yang sempat baca dulu sebelum cikgu ajar dan mereka lagi advance ke hadapan. Sedih, cemburu, down, semua ada. biarlah, cemburu dalam mengejar ilmu  itu dibolehkan dalam islam. Jadi, ini lah pembakar semangat untuk aku teruskan perjuangan. 

Dan normal untuk pelajar IB bila perkataan EE mula disebut dalam sem 2 ni.

   "EE tu apa?"

EE tu sejenis makanan yang sekali makan 9 bulan tak rasa lapar. 

Eh, tak tak. 

EE adalah extended essay. 

Ala - ala mini research. 

Hurm, sounds like "mini" but still banyak benda kena buat. 

4000 words to be written independently. 

Kena cari tajuk untuk research dah cukup menggatalkan kepala yang tak berkutu ni.

Mungkin senang bagi rakan2 yang dah ada link, senang nak buat experiment guna lab university lain. 

Tapi, aku yang hanya lah insan kerdil mana nak dapat mak cik dan pak cik hebat2 macam mereka.

Jadi, cuti 5 hari thaipusam dan maulidurrasul digunakan untuk pulun otak. 

Alhamdulillah, dapat jumpa my mak long yang kerja dekat Institute Medical Research, 

dia cakap dia boleh tolong sikit2. Phew~ Tarik nafas lega. 

Now, waiting for me, JPAM camp, next week, Amal Islami camp, Pushing Boundaries camp, dan tak cukup space nak tulis segala camp dan aktiviti yang sedang menunggu. 

Lupakan apa yang aku bebel kat atas. 

Kerana, apa yang penting, adalah ambil ibrah dan pengajaran. 

Rasul Allah S.A.W telah bersabda : Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.

Jadi, kepada hadek hadek lepasan SPM, plan cuti anda betul2. Enjoy enjoy jugak, tapi jangan lupa buat mutabaah amal. 

Doakan saya. 

Warm regards.

Arifuddin.






Sunday, January 20, 2013

Reset hati. Reset minda.

Alhamdulillah selesai 2 minggu yang sangat sibuk.

Usai menjalankan amanah sebagai pemimpin.

Dan kini, aku perlu beri keutamaan kepada amanah ku yang lagi satu.

Amanah sebagai seorang mujahid penuntut ilmu.

Tak mudah untuk kembali untuk 'reset' otak.

Jadi,

Mari guna cara lain.

Mari kita 'reset' niat.

Bangkitlah wahai semangat.

Bangkitlah wahai jiwa.

Mari kita berlari mengejar redha Allah.

Masya Allah.

Subhanallah.

Sungguh hebat Allah menciptakan hati manusia.

Kerana hati, tindakan selalunya akan berubah.

Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan wahai sahabat?

Bersyukurlah.

Alhamdulillah.

Mari study!

=')




Sunday, January 13, 2013

Buat sahabatku sekalian.

Salam perpaduan, salam ukhuwwah, dan salam persahabatan.

Sebenarnya ingin ku dedikasikan post ini kepada semua sahabat2 yang sentiasa berada di sisi aku, sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Aku ingin memohon,

Jutaan kemaafan.

Sesungguhnya, aku ini hanyalah seorang sahabat,

Yang sering mengguris hati dan perasaan,

Yang sering berkata-kata tanpa berfikir,

Yang sering melihat, keburukan mu sahaja,

Yang sering mengatakan kata-kata manis tanpa dilaksanakan,

Yang sering menegurmu untuk kepentingan diri sahaja,

Yang sering memikirkan perasaan sendiri semata,

Yang sering bermasam muka tika kau memandangku,

Yang sering membangkang, kata-katamu,

Yang sering lupa, untuk bertanya khabarmu,

Yang sering lupa untuk mengajakmu untuk ke syurga,

Aku menangis sendirian.

Aku terkedu, dikala semua sahabatku menegurku,

"Arif, kau sudah semakin kurang bercakap"

Aku sedar, terlalu banyak silapku.

Terlalu besar dosaku terhadapmu.

Terlalu sesatnya aku, dalam membimbingmu.

Sesungguhnya, aku kesal. Aku tahu aku tidak sempurna.

Dan aku sering membiarkan diriku berada di dalam ketidaksempurnaan ini.

Tetapi ingatlah wahai sahabat,

Sedangkan saidina Umar mampu menerima nasihat rakyatnya,

Apatah lagi aku, sahabat yang hina dengan dosa ini lagi sombong dengan egoku.

Aku mahukan yang terbaik,

Untuk aku dan engkau.

Tegurlah aku wahai sahabat!

Bimbinglah aku wahai sahabat!

Pimpinlah aku ke syurga wahai sahabat !

Agar bersama kita dapat menikmati nikmat syurga yang kekal abadi.

Allahu.

Ku doakan di kau bahagia wahai sahabatku sekalian.

Aku ingin tahu bahawa aku tidak akan menuntut segala dosaku kepada mu sahabat.

Telah ku maafi semua.

Agar tiada kaitan kelak di akhirat.

Dan aku harapkan dikau begitu juga sahabat.

Pimpinlah daku ke syurga Allah.

Agar bersama,

Kita bahagia.

=')



Wednesday, January 9, 2013

Bagaimana Mahu Menjadikan Urusan Kahwin Itu Mudah?

Bagaimana Mahu Menjadikan Urusan Kahwin Itu Mudah?

Bagaimana Mahu Menjadikan Urusan Kahwin Itu Mudah? | Apabial menyentuh soal perkahwinan, ramai golongan yang dikira layak untuk berkahwin seperti merasakan ia agak sukar untuk dilaksanakan. Mungkin terpaksa berhadapan dengan masalah wang hantaran yang semakin meningkat tinggi. Ataupun masih lagi menganggap belum lagi bersedia melangkah ke alam rumah tangga. Banyak kisah yang diriwayatkan oleh para sahabat tentang perkahwinan ini.
Pada suatu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian Baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: “Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, maka kahwinkanlah aku dengannya.”
Mas kahwin
Nabi SAW segera bertanya: “Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Nabi SAW bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin.”
Lantas sahabat itu pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata: “Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin. Maka Nabi SAW bersabda lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.”
Lalu sahabat itu pulang dan datang kembali serta berkata: “Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya.” (Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda: “Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan itu tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain itu engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.”
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil.
Apabila sahabat itu sampai, Nabi SAW bertanya: “Apakah yang engkau miliki daripada al-Quran?”
Sahabat itu menjawab: “Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Nabi SAW bersabda: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermaskahwinkan ayat atau surah al-Quran yang engkau hafaz.”
Perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah SAW yang juga penyelesaian terbaik terhadap tuntutan fitrah manusia di samping mengatasi masalah sosial dalam masyarakat. Orang yang berkahwin dapat mengatur kehidupan yang baik, sempurna dan penuh bertanggungjawab.
Firman Allah SWT bermaksud: “Antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan (jodoh) bagi kamu daripada (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi orang yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Perbanyakkan puasa sunat jika tak mampu berkahwin
Islam menggalakkan umatnya yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin memperbanyakkan puasa sunat sebagai cara mengawal nafsu.
Sabda Nabi SAW: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa daripada kalangan kamu yang mempunyai kemampuan, maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan itu akan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia mampu mengekang/mengawal syahwat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pada dasarnya, hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat.
Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan Imam al-Shafie, golongan pemuda yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun, kebiasaannya mempunyai nafsu yang tinggi, semangat yang kuat, tenaga yang berlebihan dan ingin mencuba pelbagai perkara.
Maka sewajarnya, mereka yang berusia sebegini diberi perhatian agar segera dan dipermudahkan urusan perkahwinan bagi mengelak perkara yang tidak elok dan seharusnya diingati bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan kepada sesiapa pun.
Sumber

19 th birthday

   Alhamdulillah.

*Selesai solat sunat 2 rakaat disusuli sujud syukur

Akhirnya bertambah 1 lagi angka dalam umurku.

Alhamdulillah.

Moga umurku yang panjang ini bukanlah sia-sia.

Umur yang diberkati lebih baik dari umur yang panjang.

Semoga hati ini terus tetap atas landasan yang benar

Moga aku dapat menjadi lebih matang.

Semoga aku mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.

Dan Semoga aku dapat kahwin awal. 

Allahumma ya muqallibal qulub. Tsabbit qulubana ala dinik. Wa ala Toatik.





Tuesday, January 8, 2013

Result Sem 1

   Assalamualaikum and greetings.


After 5 months of studying, finally the result is out.

As expected. I get what I want.

What do u expect when u just playing around and not pushing enough for your study?

Yeah, I pass the passing mark. So that my mum wont be called for the academic day. But then, its not good enough for MARA passing mark. Not an honour roll absolutely.

New sem.

New spirit.

Tonnes of work

But, I will try harder.

In Sha Allah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...