Tuesday, December 20, 2011

Senarai Biasiswa Di Malaysia


Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Mesti ramai yang masih belum pasti tentang biasiswa ini. Jadi, saya harap entri di Oh Malaysia ini dapat memberi panduan kepada anda semua.
1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh memohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Kuota untuk biasiswa JPA ialah 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera.
2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Permohonan untuk biasiswa MARA juga menggunakan laman web yang sama dengan permohonan untuk biasiswa JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar yang berbangsa Melayu dan Bumiputera sahaja. Temuduga MARA tidak seperti temuduga JPA di mana temuduga JPA adalah secara berkumpulan manakala temuduga MARA secara individu, face to face dengan dua orang penemuduga.
Ada kursus tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, kursus-kursus lain seperti Perubatan, Bioteknologi, Kejuruteraan, Perakaunan dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA.
Antara JPA dan MARA, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.
  • Peluang untuk dapat biasiswa MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.
  • Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa sepenuhnya walaupun keputusan peperiksaan kurang cemerlang semasa pengajian di peringkat ijazah. Kalau MARA, ada bahagian yang anda kena bayar kalau keputusan peperiksaan tidak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.
  • JPA – anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA – anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja malah di luar negara sekalipun.
  • Jika anda memohon kursus Perubatan, JPA biasanya menawarkan program berkembar/twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula,  biasanya 5 atau 6 tahun di luar negara. Kalau saya, saya akan mohon MARA.
3. Petronas
Petronas ada menawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila anda dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).
Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan kursus yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan perlu bentangkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di sini.
4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah mohon biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK, Australia dan lain-lain negara.
Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di luar negara selama 3 tahun dan pulang ke Malaysia untuk buat program pendidikan selama  1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.
Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.
5. FELDA
Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. Jadi sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.
6. Yayasan TNB
7. Yayasan TM
8. Yayasan Khazanah
9. Yayasan UEM
10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja
11. Bank Negara Malaysia (BNM)
12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
13. Maybank
14. Proton
15. Shell
Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian, Utusan Malaysia atau The Star supaya tidak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.
Ada juga yayasan atau kerajaan negeri yang menawarkan biasiswa seperti Yayasan Terengganu, Kerajaan Negeri Sabah dan Melaka. Jadi, anak-anak Terengganu, Sabah dan Melaka bolehlah mohon dengan syarat tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa lain.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...