Sunday, February 6, 2011

Pinanglah daku kerana dakwah~


Salam alaik~
So,this is my last post for this month~
i took it from I luv Islam~
agak menarik lah~ this is for you.Yes,for you.
All da best for SPM~
Dengarkanlah~
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya [B]adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu[/B]. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian  sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah  akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah  perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik  sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita  yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang  sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem),  sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan  serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang  sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih  couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka  tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang  memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya  sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya.  Ada juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang  tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang  terbaik mahu antum ikuti.

[B]Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri[/B]. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal,  hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk  diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah  suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

[B]Melamar secara direct[/B]

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima  berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut  ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; [B] sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut[/B].

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya  kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika  bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu  syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan  terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, [B]bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita[/B].

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. [B]Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita[/B].

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah,  namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan  bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara  direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada  ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

[B]Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.[/B]

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

[I]' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'[/I]

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah  yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada  hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada  nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level  dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada  yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah  dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang  lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan  dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya  syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka,[B] pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah[/B].

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah  keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu  menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah  dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap  langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu  sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat  keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta  manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan  kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat.  Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan  dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda  tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat  sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya  kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa  comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit  kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan  hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas  jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, [B]jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu[/B] (ini jika pinangan itu [I]direct[/I] padamu). Walaupun cara itu salah dan  tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai  ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu  kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa  merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara.  Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati  kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para  ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut  dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan  cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin  dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan  perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya  orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan  peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada  yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita  dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya  sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang  mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

[B]Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.[/B]

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

[B]Jadilah moderate dalam prosesnya[/B]

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah.  Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di  dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu  bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan  kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran,  segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selalulah berdoa~

   “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.

1 comment:

  1. mm..interesting..really interesting....
    wait okay...10 yrs more...
    in that time..prepare yourself to be like what's inside this..

    ReplyDelete

Kawan-kawan setia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...