Salam, seperti yang aku dah janjikan dalam last post, aku akan share a bit berkenaan majlis kahwin aku yang telah berlangsung 4 bulan yang lepas. Tapi aku nak letak disclaimer, tujuan aku share ni hanyalah untuk diri aku sendiri. Because I always imagine that I will be reading all my blog posts yang dulu-dulu bila aku dah tua nanti. To remind me of my own journey and how I was feeling at that time.
1) Kahwin muda? Aku tahu it sounds cliche. Nikah gantung, dan sebagainya, memang dah lama ada dalam kepala aku untuk direalisasikan. Tak percaya boleh lah tanya kawan-kawan yang pernah rapat dengan aku sejak zaman sekolah lagi. Aloy dan bab kahwin memang tak dapat dipisahkan. Bukan aku tak fikir soal masa depan yang lain seperti alam kerjaya dan lain-lain, tapi aku lebih memberi fokus kepada soal kahwin.
2) Mungkin jawapan paling selamat aku boleh bagi adalah kerana aku telah dibesarkan dalam suasana sekolah yang memang menganggap kahwin muda bukanlah suatu masalah. Mana tak nya, setiap kali ada senior datang untuk beri ceramah, hampir kesemua mereka kahwin di usia muda. Hence, me myself secara tidak langsung tertarik lah juga untuk mencuba kan? I guess subconscious advertising is really that scary.
3) by saying that I always have that intention to get married early, it is also one of my safety measure untuk jaga ikhtilat. Dari zaman sekolah juga, kalau nak cakap dengan perempuan, hanya benda-benda penting sahaja. Dan secara fitrah aku sebagai seorang lelaki normal, siapa je yang tak rasa nak rebel bila senior kau panggil masuk bilik 'gelap' untuk ditarbiah mengenai soal jaga ikhtilat. Dan kebetulan I was antara few male debaters and antara golongan minoriti dalam debate team (sebab mostly perempuan). So isu ikhtilat ni (walaupun pernah rebel) telah sedikit sebanyak meletakkan suatu mind set dalam diri aku yang kalau nak rapat atau bercakap dengan perempuan, the only way is halal way.
4) Selepas zaman sekolah, aku kena mild cultural shock. Masuk je KMB, dah kena start buat assignments in group of lelaki and perempuan. By looking at ada some of my friends yang duduk sebelah perempuan pun aku dah rasa awkward sangat. Bukan nak bajet alim ke apa, but I was trained to do so masa zaman sekolah. Lol. So as the time goes by, bila dah lama duduk KMB, aku pun dah start 'dilute'. As this is the adapting process I guess. But no worry, diri ini masih terjaga at that time. Siapa suruh volunteer jadi ketua BERKAT (Like badar in school) lol.
5) Perspective aku banyak berubah bila fly overseas. Bila orang sebut soal ikhtilat, in my mind ada such a spectrum of situation about it. Sebab aku dah mula boleh menerima hakikat yang lelaki dan perempuan boleh jadi kawan tanpa ada sebarang 'feelings'. Dulu aku serius tak tahu how some people do that. And now only I can understand it.
6) Bila masuk tahun 2, the urge to have someone tu tiba2 datang. Dan aku ada satu prinsip yang aku masih gunakan sampai sekarang.
7) And the process to mencari starts. Disebabkan aku agak memilih dan kriteria aku agak strict, lama lah jugak sebenarnya proses ni. The climax starts when lepas habis 2nd year, aku balik cuti summer kat Malaysia for 3 months. Dan masa tu dah start Ramadhan. And as usual, aku pergi qiam dekat masjid negeri selangor (bukan nak riak, it's part of the story). Disebabkan kawan-kawan aku semua belum cuti lagi, maka aku pun pergi mana-mana program drive sorang-sorang lah. Dan pada malam ke-20 Ramadhan, aku drive seorang diri pergi sana. Malam tu, aku doa lain sikit.
8) Esok pagi-nya, seperti biasa duduk kat rumah sebab puasa dan penat nak pergi mana-mana waktu siang. Tengah baring atas katil sambil scroll newsfeed facebook. Tiba-tiba nampak satu picture dekat timeline aku.

Kalau nak approach mana-mana wanita, I will always set my mind to have marriage as the end point.Again. I dont know how some people boleh couple lama-lama tanpa fikir soal kahwin. Biarlah 30 tahun lagi ke, yang penting kita as lelaki kena set marriage as the end point. Kalau tak, itu yang macam-macam masalah sosial yang jadi tu.
7) And the process to mencari starts. Disebabkan aku agak memilih dan kriteria aku agak strict, lama lah jugak sebenarnya proses ni. The climax starts when lepas habis 2nd year, aku balik cuti summer kat Malaysia for 3 months. Dan masa tu dah start Ramadhan. And as usual, aku pergi qiam dekat masjid negeri selangor (bukan nak riak, it's part of the story). Disebabkan kawan-kawan aku semua belum cuti lagi, maka aku pun pergi mana-mana program drive sorang-sorang lah. Dan pada malam ke-20 Ramadhan, aku drive seorang diri pergi sana. Malam tu, aku doa lain sikit.
Ya Allah, aku rasa aku dah bersedia untuk tamatkan zaman bujang aku. Pertemukan lah aku dan cepatkanlah jodohku
8) Esok pagi-nya, seperti biasa duduk kat rumah sebab puasa dan penat nak pergi mana-mana waktu siang. Tengah baring atas katil sambil scroll newsfeed facebook. Tiba-tiba nampak satu picture dekat timeline aku.
Tiba-tiba rasa kena letrik haha
Warna belon tu yang menarik minat sebenarnya haha. Dan Im just curious dah berapa lama dia join. And bermula lah sesi PM di facebook. Sebenarnya last kitorang chat lebih kurang 3 tahun lepas masa lepas SPM dan itu pun hanya untuk tanya result SPM and halatuju lepas ni. We started to be friends since form 3 dekat Facebook. Tapi sebab beliau berpurdah, maka aku pun segan lah nak borak sangat. And I always have a thing with people pakai purdah. Rasa tenang gitteeww! Dan dah lama lah sebenarnya menyimpan crush bak kata orang putih.
9) Lepas start tanya pasal gambar kat atas, tiba-tiba:
Straight to the point, jeopardising my chance.
Like i said, kalau nak approach perempuan, terus ke arah marriage. Biarlah orang nak kata apa, yang penting itu yang nabi sarankan.
10) Seminggu lepas raya, terus pergi beraya dan merisik dengan parents. Dan alhamdulillah, memang beliau berasal dari keluarga yang baik. At this point, I never saw her face di sebalik niqab yang dipakai. Even dekat facebook, beliau dah start pakai purdah dari zaman sekolah. And I was clueless how she looks like. Masa before datang merisik, adalah jugak mak aku mengusik "kalau tak lawa macam mana?". Aku gelak je. Aku dah lama minat dekat beliau bukan sebab rupa, tapi sebab agama beliau. I know this sounds poyo, tapi kau nak wanita yang mampu lahirkan tentera-tentera islam out of your marriage kan? Kena lah jadikan itu sebagai kriteria utama.
11) Both parents agreed dan selang seminggu, terus set untuk bertunang next week. Sebab lepas lagi seminggu, aku dah kena balik Dublin. Rushing? Yeah sangat and sangat gamble lol. So tarikh telah di set dan kalau semuanya berjalan lancar, in sha Allah next January kitorang akan diijabkabulkan. And alhamdulillah we did :)
12) Sepanjang tempoh bertunang, dan berkenalan, memang agak mencabar. Bayangkan kitorang pernah dating sekali je. Itu pun bawak adik perempuan sebab nak jaga. Then terus fly balik Dublin. Dengan time zone yang berbeza, I can say that it was a tough period. Dan dengan kebijaksanaan beliau, beliau telah create satu whatsapp group which ada me, beliau dan our mums. So, everything yang kami cakap dan plan akan diperhatikan oleh our both parents. Segan jugak lah mula-mula sebab ada bakal mak mertua dalam group tu. Tapi luckily they jadi pemerhati senyap je hehe.
13) Habis je exam semester, terus fly balik for good untuk ready everything for majlis. Alhamdulillah, 3 weeks of preparation memang dipermudahkan. Dan kini, sudah 4 bulan kami diikat dengan lafaz sakinah.
Lepas akad nikah
Majlis belah perempuan
Majlis belah lelaki
14) Cuma sedih sikit sebab kena PJJ for 6 months kejap lepas kahwin. Beliau chose to do her internship in Gontor, Indonesia while im in Penang continuing my study here.
I guess I have to go first. Alhamdulillah, so much blessings I have got so far.
So my tips untuk yang masih mencari:
Doa
Azam
Betulkan niat
Carilah yang terbaik
Berani
Percaya pada rezeki yang Allah akan bagi.
Salam :)